Monday 27 February 2017

GENAPLAH USIA 43 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Sekejap je masa berlalu . Lagi dua hari, maka berakhirlah bulan Februari. Dan dengan itu secara rasmilah dah genap 43 tahun saya menjalani seluruh kehidupan ini.

Walau tiada sambutan secara besar-besaran dan hanya ucapan dari rakan-rakan juga anak tersayang, namun semua itu amat bermakna bagi saya. Semua itu dah memandai.
Semangat untuk terus kuat menghadapi segala macam dugaan yang bakal ditempuhi nanti.

Bertambahlah usia, maka selalu dipanjatkan rasa syukur kerana Allah masih memberi peluang untuk memperbaiki segala kelemahan dan juga memberi peluang untuk membuat seberapa banyak kebaikan sementara masih berkesempatan.

Alhamdulilah. Walau diduga dengan pelbagai dugaan, saya tetap percaya dan yakin, semua yang datang itu, bagaikan satu tanda teguran Allah dengan penuh kasih sayang untuk senantiasa mengingatkan diri dan tidak leka dengan segala nikmat yang ada.

Apa pun, saya tetap bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Tahniah juga buat rakan sekerja yang juga menyambut hari jadi yang sama dengan saya walaupun berlainan tarikh.

Perjalanan masih jauh dan semoga saya diberikan kesabaran dan juga keimanan yang kuat untuk hadapi apa saja dugaan.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...