HARI YANG LEBIH INDAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Indah nyaman di pagi hari. Bulan dan juga bintang masih bersinar dan berseri di awal pagi.
Syukur alhamdulilah diatas segala rahmat.
Dapat bangun dan bernafas seperti sebelumnya.

Mengimbas kembali kisah semalam, bagaikan masih baru dan segar di benak seorang ibu.
Menatap gambar dua insan atau dua cinta hati yang senantiasa memberi semangat baru untuk menjalani kehidupan seharian.


Waktu ini, dua cinta hati sedang asyik membaca dan membuat kerja sekolah. ASekarang si anak dara, Nur Damia Rifqah dan juga abangnya Muhamad Aiman Hakimi.

Indah dan bahagia bila melihatnya. Anugerah Allah yang telah diamanahkan untuk dididik dan jaga sebaik yang mungkin.

Apa pun, kini mereka berdua telah pun berusia 12 fahun dan juga abangnya hampir berusia 18 tahun. Abangnya sekarang sedang menunggu keputusan SPM .

Sebagai seorang ibu juga seorang ibu tunggal, saya akan berusaha sebaik yang mungkin agar kehidupan kami anak beranak akan lebih indah dan bahagia dari hari yang sebelumnya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Popular posts from this blog

TUNTUTAN NAFKAH ANAK-ANAK SELEPAS PERCERAIAN

BILIARY ATRESIA

KERANA ALATAN GAJET HUBUNGAN KEKELUARGAAN SEMAKIN RENGGANG