Wednesday, 1 February 2017

FEBRUARI DATANG LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Langit mendung dan cuaca nyaman sekali.
Alhamdulillah. Permulaan pagi yang sangat mendamaikan. Walau ada hati yang sedang bergolak hebat, namun kehidupan ini perlu diteruskan. Kerana percaya dan juga yakin sedang dari kita ada bahagian memasing.

Kalau hari ini kita sakitkan hati orang lain, tidak mustahil, Allah akan rancangkan perkara yang sama dalam kehidupan kita kelak.

Percayalah setiap apa yang dirancangkan dan terjadi dalam kehidupan kita itu ada sebabnya yang tersendiri. Dalam rakusnya kita mengejar segala impian, adakalanya kita terlepas pandang akan sesuatu.

Rencana Allah itu adalah yang lebih terbaik. Kadang kita tidak suka, tapi itulah yang terbaik. Allah menguji setiap masa dan saat.

Jadi semuanya terpulang kepada diri kita. Pilih yang terbaik bukan saja untuk diri sendiri malah juga untuk semua insan yang kita sayangi.

Bulan Februari datang lagi membawa seribu sinar kebahagiaan yang tersendiri. Hidup bukan sahaja untuk menerima akan sebuah kebahagiaan, tapi bertanggungjawab juga untuk membahagiakan kehidupan yang lain.

Jangan pernah cepat berputus asa. Kelak kebahagiaan itu tetap ada kini dan juga selamanya.
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

MENULIS SATU TERAPI

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Tiada Http://sariahawangsenik.blogspot.com Rasa macam dah lama sangat tidak menulis ini. Terasa pulak...