Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamualaikum. Hai! Selamat Tahun Baru Cina bagi semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Semoga tahun 2017 ini akan lebih memberikan kebahagiaan dan juga kekayaan bagi masyarakat Cina.
Amboi! Rasa ucapan terlalu rasmi pulak. Memang rasmi pun. Lagipun inikan masih di mood hari raya Cina. Seperti masa bila tiba raya Cina ini, saya selalunya tiada istimewa yang nak dihabiskan. Cuma kena kerja shift dari pagi sampailah ke malam.
Bermula dari hari Jumaat sampailah berakhir semalam. Bukan mudah juga nak bertahan sampai ke malam itu. Almaklumlah, tenaga yang ada itu, kena digunakan sebaik yang mungkin.
Keadaan ditempat kerja, biasalah. Walau banyak yang negatif, tapi saya usahakan juga untuk berfikir sepositif yang mungkin. Sebab kalau terlalu asyik fikirkan semua masalah yang ada, secara automatiknya akan sebabkan semangat saya mudah luntur dan hilang terus.
Dah sibuk bekerja dua, tiga hari ini, sampaikan saya terlupa nak update semua status yang penting di laman sosial Facebook. Semua itu penting sebagai salah seorang peniaga online di laman-laman sosial yang tertentu.
Selalunya saya akan buat rutin harian itu di wall peribadi facebook dan juga di akaun peribadi Instragram.
Mana tahu, akan ada rezeki yang melimpah ruah pulak di online ini. Asyik sibuk siapkan entri ini, menyebabkan saya rasa mengantuk dan terpaksa berehat sebentar.
Alhamdulillah. Dah pun masuk waktu Zohor.
Jom kita tunaikan solat Zohor dahulu sebelum selesaikan aktiviti yang lain ya.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment