Wednesday, 18 January 2017

PROGRAM PERJUMPAAN ( MESRA WARIS ) IBUBAPA PENJAGA TAHUN 6

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirrahim. Moga segala rahmat dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang singgah membaca di blog ini.

Pada 18 Januari yang lepas, saya telah menghadiri satu Program Perjumpaan Ibubapa bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2017. Anak dara tersayang juga adalah salah seorang calon bagi peperiksaan UPSR tahun 2017. Banyak agenda menarik yang para guru dan ibubapa bincangkan.

Di antara yang paling menarik perhatian ialah menubuhkan satu kelab ibubapa khusus untuk para pelajar yang dinamakan sebagai GROW. 
Agenda utama penubuhan kelab ini adalah lebih untuk mengadakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR ini nanti. Dan yang paling menarik perhatian ialah guru besar barunya telah pun mengaktifkan semula blog sekolah, bagi Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam ini. Banyak program-program menarik yang bakal dijalankan untuk semua murid tahun 6 ini. 
Dan kerjasama semua ibubapa dan juga guru-guru sangat-sangatlah dialu-alukan.
Segala perbincangan semasa program itu dijalankan berjalan dengan lancar dan jayanya. Yang paling membanggakan dan rasa terharu adalah apabila guru besar sekolah mengumumkan bahawa nama dara tersayang tersenarai bagi target sekolah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 orang pelajar yang akan mendapat 6A. Saya berdoa semoga apa yang dicita-citakan akan tercapai dan melepasi target semua guru-guru. Mana tahun pada tahun ini murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam mendapat 12 orang yang mendapat 6A. 
Siapa tahu kan?
Semuanya tiada yang mustahil. Asalkan berusaha bersungguh-sungguh dan teruskan berdoa dan insha Allah semuanya akan tercapai. 
Aamiin.



Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...