Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah. Dah seminggu memasuki tahun 2017. Cepat sangat masa berlalu kan! Kebiasaannya, waktu persekolahan ini, masa memang berlalu begitu pantas sekali.
Jangan terkejut dan takut ya, bila tengok gambar biawak itu. Tapi saya selalu juga terserempak biawak ini di dalam semak-samun sedang khusyuk menangkap ayam belaan jiran sebelah rumah. Ayam kampung banyak memang jadi daya tarikan bagi biawak ini.
Tapi apa kaitan biawak dengan entri saya kali ini ya?
Sebenarnya banyak. Biawak seumpama suara-suara kecil yang berunsur negatif yang senantiasa menjadi penghalang untuk membuat suatu kebaikan. Jangan salah faham ya! Suara-suara negatif itulah saya umpamakan seperti biawak dan kini saya telah lenyapkan dia terus dari kehidupan saya buat selama-lamanya.
Selalu bila kita nak buat sesuatu, ada masanya seakan ada satu suara kecil yang bersuara dari dalam diri kita.
Contohnya, " Hari ini aku nak niaga all out kat sinilah."
Maka suara biawak ini akan menghasut kita, " Boleh ke kau niaga kat situ?"
" Kang ada orang marah. Padan muka kau."
Itu hanya sebagai satu contoh.
Tapi bagaimana kita nak NYAHkan terus semua suara biawak hidup itu ya?
Semuanya berbalik kepada apa matlamat kita dalam kehidupan. Tidak akan selamanya kita masih nak berada di tahap yang sama tanpa sesuatu perubahan yang boleh membanggakan dan memberi kepuasan kepada diri kita.
Apabila sampai sesuatu saat, kita akan berasa bosan melakukan aktiviti yang sama dan ingin lakukan perubahan yang lebih besar dan yang pastinya dapat menyenangkan dan membahagiakan kedua ibubapa tersayang.
Setiap hari, katakan pada diri apa yang kita mahukan dan apa yang ingin dicapai setiap hari, Dan yang sangat penting haruslah banyak berdoa dan minta teruslah pada ALLAH yang maha esa.
Insha Allah, jika diamalkan selalu semua suara-suara biawak itu akan terus lenyap terus dan tiada lagi kedengaran dari dalam diri kita.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment