Monday, 16 January 2017

NIKMATNYA SEBUAH KEJAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Mendungnya cuaca pagi ini. Agak-agak macam nak hujan je. Tapi kalaupun hujan atau sebaliknya, saya tetap rasa bersyukur.
Bersyukur kerana Allah itu masih lagi beri peluang untuk saya menjalani kehidupan sebagai hambanya dan membuat seberapa banyak kebaikan tidak kira kepada sesiapa sahaja.

Paling bermakna dalam sebuah kehidupan, apabila kita dapat capai suatu kejayaan. Tidak kiralah kejayaan itu besar ataupun kecil. Tapi impaknya sangat bermakna dalam kehidupan kita ini kan.

Nak capai suatu kejayaan bukanlah perkara yang mudah bukan. Perlu banyak berusaha, sabar dan juga jangan sesekali lupa untuk berdoa. Sebab kalau buat apa pun, jika tidak berdoa, memang susah berjaya.

Siapa lagi yang menguasai seluruh alam maya ini, jika tidak Allah yang maha esa.

Dalam nak capai satu kejayaan, pasti kita terpaksa berkorban apa sahaja. Korbankan masa santai yang ada dan luangkan lebih banyak masa dalam menjalankan aktiviti yang ada kaitan dengan sebuah kejayaan.

Maknanya tiada jalan singkat nak berjaya. Nak capai satu kejayaan itu memang agak perit, tapi setelah berjaya harungi semua dugaan, pasti akan terasa akan sebuah kenikmatannya.

Seronok dan bahagia bukan?
Tapi perlu bersabar dan jangan sesekali berputus asa untuk berusaha lagi, jika ditengah jalan nanti, kita gagal.

Okey. Perjalanan masih jauh dan perjuangan tidak akan pernah berhenti. Teruskan segala usaha sehingga membuahkan hasil yang paling membanggakan.

Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat yang Allah kurniakan.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...