Thursday, 12 January 2017

GALAU DI HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Pagi ini agak mendung sangat. Rasa macam nak hujan. Tapi tidak pun tunjukkan macam nak hujan.
Hari ini, dah pun hari Jumaat. Cepat sungguh masa berlalu kan?

Tidak lama lagi, akan menyambut pula, perayaan Hari Raya Cina. Dan seperti biasa dan tahun-fahun sebelumnya, saya akan bekerja lebih masa, selama beberapa hari.

Ada masanya, saya bosan juga, asyik buat benda yang sama setiap tahun. Untuk sementara ini, biarlah saya bersabar dahulu.

Sekarang ini saya sedang sibuk belajar tentang bau dari perfume Dexandra. Entah apa yang membuatkan saya begitu tertarik hati dengan wangiannya itu.

Mungkin juga sebab kesannya dan yang paling utama, ialah dapat terus dibawa bersolat. Apa pun saya menyimpan yang sangat besar dalam Dexandra ini.

Bukan setakat nak pakai saja, malah bercita-cita ingin berjaya berniaga bersama Dexandra dengan menyebarkan segala kebaikan yang ada dalam empayar perniagaan Dexandra ini.

Risau itu selalu ada. Tapi kalau nak selalu fikirkan tentangnya susah juga. Fikir tapi tidak mahu usaha dan juga bertindak.
Lebih baik buat sahaja terlebih dahulu.

Tengah sibuk menaip entri ini, tidak sedar anak dara dan juga abangnya telah pun ke sekolah. Si abangnya sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPMnya.

Ehem!! Sebab itulah si adik ini agak manja sedikit. Okey. Sebelum saya terlupa, YES di Dexandra dah berakhir ya. Maka secara automatik, harganya kembali kepada harga asal iaitu,

RM 65, 35ml dan jika beli 2 botol pulak, berharga RM 120 dan percuma 1 botol tester 3ml. Yang paling BESTnya berpeluang menang Ipad Pro untuk cabutan bertuah bulan Januari 2017 ini. Jika ada yang berminat, bolehlah hubungi saya, Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...