Thursday 8 February 2018

TUHAN JAGAKAN MEREKA BERDUA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah.
Baru baru sahaja selesai segala urusan anak dara tersayang masuk sekolah menengah agama.
Walaupun dapat panggilan kali yang ke tiga, tapi si anak dara yang seorang ini sangat berpuas hati.

Sebelum ini pernah mohon SBP dan MRSM, tapi mungkin sebab tidak cukup syarat kedua permohonan ini tidak berjaya.
Nak jugak saya buat rayuan untuk SBP dan MRSM, tapi anak dara cakap biarlah. Sebab dah mohon SMKA SLIM RIVER.

Agaknya dah memang rezeki dia nak sekolah agama, maka baru hari Selasa yang lepas dapat panggilan dari sekolah menengah agama tersebut.

Sebenarnya, saya tidak pernah langsung berpisah lama dengan anak dara nan sorang ini.
Selama hampir 13 tahunlah saya mendidik dan membesarkan abang dan adik bersendirian.

Memanglah perit dan payah, tapi saya tidak sesekali menyerah kalah.
Dalam sibuk uruskan anak-anak dan juga kerja, saya tidak sedar betapa cepat masa berlalu.

Hampir bertahun jugaklah saya bergelar seorang ibu tunggal. Tapi saya langsung tidak kisah akan gelaran ini.
Ada hikmahnya Allah aturkan kehidupan saya macam ini.
Jadi lebih berdikari dan tidak mudah menyerah kalah akan segala apa dugaan.

Baru je beberapa jam, anak dara masuk asrama, tapi saya asyik terbayang-bayangkan dia je, macam manalah keadaan dia malam ini. Dalam sibuk fikirkan tentang mereka berdua ini, tidak putus-putus saya berdoa, semoga Allah senantiasa lindungi anak dara dan juga abangnya.

Hanya Al-Fatihah dan segala doa saya mohon dari Allah, jadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Semoga Allah senantiasa merahmati anak dara dan juga abangnya dibawah lindungan kasih sayangnya.

Apa pun saya tetap berdoa, agar Allah kurniakan saya kesihatan yang baik agar dapat berusaha dengan lebih gigih lagi buat kedua anak tersayang.

Tiba-tiba sahaja hujan turun.
Macam tau-tau je hati saya sedang sedih terharu dengan pencapaian anak-anak tersayang.

Semoga mereka berdua berjaya dunia dan akhirat dan dapat doakan saya dan juga abahnya kelak.
Aaminn Ya Mujib.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 5 February 2018

SABAR ITU TERSANGAT BERAT TAPI INDAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Agak lama juga ya, tak tulis entri yang baru ini.
Risau takut blog kesayangan ini bersawang, jadi 
tak reti-reti nak buat sesuatu.
Selalunya orang akan reka alasan untuk
selamatkan diri sendiri.

Dan benda yang sama itulah yang sedang berlaku kepada diri sendiri.
Memanjang asyik sibuk dengan tuntutan kerja yang tidak akan pernah habis. Apa pun saya berusaha juga untuk entri ini, walaupun tidak sehebat entri-entri di blog orang lain.

Dalam kehidupan ini, kita tidak pernah sepi daripada masalah dan juga dugaan yang maha hebat.
Boleh katakan setiap hari, ada saja masalah yang datang.
Tidak kira apa sebabnya dan mengapa.
Dan setiap orang  tidak sama dugaan dan masalahnya.
Nama pun manusia.
Sah-sahlah ada bermacam-macam perangai. Yang boleh hadapi semua mak nenek masalah itu pun kena ada juga caranya.


Saat masalah atau dugaan datang, rasa tak boleh nak bernafas pun ada.
Yang lagi best sempat pulak cakap, kenapalah Allah asyik nak duga
aku je???
Pernah tidak rasa macam itu??
Padahal kita tidak sedar atau tidak tahu, bahawa disebalik dugaan itu semua juga terselit rahmat dan hanya Allah sajalah yang tahu akan segalanya.
Jadi jalan paling terbaik dan mujarab nak hadapi semua masalah atau dugaan itu hanya bersabar, berusaha dan jangan sesekali rasa penat nak berdoa kepada Allah.

Ada sebab mengapa Allah uji kita dan dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita yang sebenarnya.
Pendek kata janganlah sesekali bersangka buruk dengan Allah.
Memanglah jadi sabar itu sangat berat. Dan lebih berat dari pikul bebanan diatas bahu. 
Tapi keindahan disebalik kesabaran itu masyallah sukar nak dibayangkan macam mana.

Bersabar bukan untuk satu tempoh yang sekejap, malah ada yang makan masa bertahun lamanya.
Itulah yang saya lalui hampir sekian lamanya.

Dan alhamdulillah tidak akan pernah kesal akan segala yang berlaku.
Syukur alhamdulillah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...