Tuesday 31 July 2018

PENTINGNYA MENJAGA EMOSI ANAK-ANAK


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah.
Semoga dipermudahkan segalanya.
Walau tengah kerja, tapi asbab dah ada idea baik saya draft dulu entri untuk hari ini.
Sesekali agak risau jugak kenangkan anak-anak yang jauh belajar.
Tak mampu nak kata apa, hanya berdoa semoga mereka berdua senantiasa dirahmati Allah yang maha esa.
Dah bertahun juga berpisah tapi tidak pernah rasa sunyi dari apa saja dugaan.
Membesarkan anak-anak bersendirian, bukanlah satu perkara yang mudah.
Tambah pula, anak-anak yang sedang meningkat remaja dan pra dewasa.
Demi nak menjaga dan memastikan perasaan mereka tidak terganggu, saya dah buat keputusan untuk ketepikan dulu kebahagiaan sendiri dan tumpukan sepenuh perhatian kepada mereka berdua.
Anak-anak yang berpisah kedua ibubapa ini, pada saya amat perlukan perhatian yang serius terutama dari segi emosi mereka.
Sebagai ibubapa amat penting untuk kita senantiasa peka akan segala perubahan yang berlaku ke atas anak-anak.
Ada masanya anak-anak senang untuk bercerita dan berkongsi apa saja. Tapi ada masanya juga, mereka tidak bersedia untuk meluahkan segala.
Jadi sebagai ibu dan bapa sekaligus, saya harus fikirkan secara lebih kreatif macam mana nak tahu lebih lagi tentang isi hati kedua anak tersayang.
Kalau ikutkan perangai si adik, tiadalah masalah sangat.Sebab si adik agak agresif dalam suarakan segala pendapatnya. Tapi agak berbeza sikit dengan si abang yang agak pendiam dan pemalu sikit. Nak bercakap pun, tak boleh main terus terjah je. Kena ada cara tersendiri untuk faham segala tindak balas dari si abang.
Mujurlah saya suka membaca dan tahulah serba sedikit perangai si abangnya. Alhamdulilah sebagai ibu saya senantiasa berdoa agak Allah senantiasa merahmati anak-anak tersayang. Semoga mereka berdua berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Monday 30 July 2018

TAK TIDUR LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Syukurlah untuk rezeki hari ini.
Rezeki yang datang kadang bukan dalam
bentuk duit, tapi dalam macam-macam bentuk.
Kebetulan anak dara kurang sihat hari ini.
Dah pun pergi ke klinik tapi masih jugak kurang sihat.
Harapnya lepas ini, dia sihat dan tiada apa yang buruk berlaku.

Malam ini balik awal.
Tapi mata ni masih tak boleh nak lelap juga.
Baca semua status rakan fb tadi di wall fb, maka terlahirlah entri ini.
Entri orang nak tidurlah agaknya ini.

Harapnya adalah yang sudi singgah membacanya ya.

Semangat nak tulis ini terasa berkobar-kobar.
Jadi tengah rasa bersemangat ni, sayanglah pulak kalau tidak ditulis sebagai entri dalam blog kesayangan ini.

Mana tahu lepas tulis entri terasa mengantuk pulak kan??

Hari ini terlalu banyak perkara yang berlaku.
Habis saja satu-satu bulan, macam-macamlah yang perlu difikirkan.
Asbab terlalu fikirkan semuanya sampai terlupa nak mohon dulu pada Allah yang maha esa.

Sudahnya saya sedar, bahawa yang tentukan segalanya hanyalah Allah yang maha esa. 
Biarlah saja Allah yang aturkan semuanya.
Selebihnya usaha dan jangan sesekali berhenti berdoa.

Terasa mengantuk pulak.
Jom kita tidur awal dan teruskan lagi misi mencari cinta ilahi.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 25 July 2018

MENULIS LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kalau ikutkan hari-hari offday ini, saya boleh saja duduk-duduk atau baring saja.
Tapi disebabkan jejari ni tengah gatal sangat nak menulis maka terhasillah entri ini.
Lagipun agak lama jugak tak update entri yang baru.

Rasanya baru minggu lepas saya publish entri untuk blog ini.
Idea nak menulis tu selalu ada.
Ada masa dah siap draft, lupa pulak nak sambung balik.
Sudahnya terbiar macam tu sahaja.
Dulu kalau masa fikiran saya tengah serabut macam-macam nak tulis.
Tersalah tulis, tertulis pulak perkara yang negatif.

Nampak sangat saya tidak berfikir lebih panjang masa nak menulis itu.
Bila ternampak akan sesuatu perkara yang berlaku, tercetuslah idea masa itu hendak menulis.
Yang salahnya saya yang tak buat catatan segala idea.
Tulah sebabnya idea hilang macam tu saja.

Apa pun kini saya gigih untuk menulis dan cuba latih diri untuk lebih berdisplin dalam menulis entri-entri yang lebih baru dan segar.
Buat permulaan, membaca adalah salah satu cara untuk saya mengasah bakat menulis agar lebih santai.

Macam seolah-olah bercakap je dengan yang sedang baca entri saya ini.
Ada masanya saya rasa macam terlalu terpengaruh dengan tulisan masa zaman SPM dulu.
Yang pastinya saya perlu belajar lagi untuk menulis dengan lebih baik lagi.
Insha Allah.
Mohon tolong doakan saya juga ya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SATU UJIAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kenapa ya kalau offday ini, cepat sangat masa berlalu?
Rasa masa itu lagi mahal dari emas.
Kalau jual masa ini, rasanya dah ramai yang kaya.
Betul tidak??

Itulah keadaan masa sekarang ini.
Pejam celik dah malam.
Dah nak solat Isyak dan berapa jam lagi solat Subuh pulak.

Sekarang masa bukan tunggu kita.
Tapi diri kitalah yang berperang hebat dengan masa yang ada.

Dalam setiap masa yang ada pasti ada saja ujian yang datang sebagai salah satu teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.
Masa tengah menaip status ini pun, saya juga sedang hadapi satu ujian juga.

Agaknya mungkin sebab dah terlalu lama sihat, maka sekarang giliran Allah pulak kurniakan saya sedikit ujian kesakitan.
Mungkin sebab cuaca yang agak panas dan juga kurang minum air.
Asyik nak minum air yang ada ais je, sebab itulah jadi macam ini.

Apa pun jika ujian yang datang ini sebagai salah satu teguran dari Allah, saya dengan lapang hati redha hadapi semuanya.
Satu ujian boleh ajar manusia untuk jadi lebih sabar dan percaya hanya Allah yang dapat selesaikan segalanya.

Kalau nak diikutkan ujian yang saya hadapi ini taklah hebat mana. Jika nak dibandingkan dengan segala ujian-ujian yang lepas.
Dengan ujian itulah, mengajar saya untuk jadi lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sesama makhluk Allah.

Paling penting saat ujian dilanda, usahalah untuk memohon seribu kemaacan dari Allah yang maha esa.
Bukanlah saya nak kata yang kerap kali ditimpa ujian itu, banyak dosa atau apa, tapi sebagai tanda Allah sangat sayang terhadap hamba-hambanya. Dan jangan sesekali kita lupa bahawa disebalik ujian yang datang itu, terselit juga hikmah atau rahmat yang langsung kita tak tahu.

Maka tiap kali ujian yang datang itu, bersyukurlah Allah dah semakin dekat dihati kita ini.
Jadi buat sesiapa saja yang sedang baca entri ini dan sedang ditimpa satu ujian yang hebat, maka janganlah berputus untuk berdoa dan minta terus kepada Allah yang kurniakan segalanya.
Alhamdulilah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Monday 16 July 2018

INILAH DUNIAKU



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alahai!!
Panas betul cuaca hari ini.
Maka secara rasminya, peluh pun makin meriahlah
keluarnya.
Hari ini, terpaksa berkerja keras dari pagi
sampailah ke malam.

Sebenarnya, tak sangka kerja pagi hari ini.
Semua last-last minit. 
Tu pun dapat wasap dan messages pun dah terlambat.
Balik malam pukul 11.30, mana tidak mengantuk.
Dah terbangun, tapi asbab ngantuk sangat, dalam pukul 8.30 pun
terus terlena.

Kalau nak tahu, dah agak lama jugak saya kerja kat tempat 
sekarang ini.
Kadang terasa sangat macam tak sesuai dengan jiwa saya ini.

Apa pun tanggungjawab yang utama ini harus saya selesaikan sebaik yang mungkin dan lakukan semuanya hanya kerana Allah yang 
maha esa.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Saturday 14 July 2018

KISAH SEMALAM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Cepat sungguh masa berlalu, kan?
Maka secara rasminya berakhirlah tirai bulan Syawal.
Jika nanti dah beralih ke bulan yang lain, janganlah
kita hilangkan terus sikap bermaaf-maafan sesama sendiri.

Sebenarnya, rasa sunyi jugak semenjak anak-anak dah 
balik belajar ini. 
Kalau ada transport sendiri, nak je saya terbang sekejap menjenguk
anak-anak tersayang melepaskan segala rindu.
Mungkin sekarang tak de rezeki lagi nak ada kenderaan sendiri.
Tapi esok lusa mana tahu.
Betul tidak??

Asbab nak hilangkan rasa rindu dendam kepada anak-anak ini,
hanya inilah saja yang mampu saya lakukan.
Selain berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada anak-anak,
saya memilih untuk tulis entri ini sebagai salah satu melepas rindu terhadap anak-anak tersayang.

Mengimbas kisah semalam, bukan mudah membesar dan juga
mendidik anak-anak sendirian.
Bergelar seorang ibu tunggal tanpa diduga, bukanlah perkara yang
jadi impian seorang wanita.
Semua wanita termasuklah saya mengimpikan sebuah rumahtangga 
yang bahagia hinggalah ke jannah.

Apa pun kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan tuhanlah yang tentukan segalanya.
Pada peringkat awal perceraian, semuanya menjadi agak kelam-kabut.
Saya tercari-cari arah tujuan dan berusaha membina kembali kehidupan tanpa seorang yang bergelar suami.

Jujurnya semuanya bukan mudah.
Tambah memeritkan waktu itu rasa kasih dan sayang terhadap bekas suami masih menebal.
Walau agak huru-hara saya tidak henti-henti untuk terus berdoa semoga Allah tunjukkan jalan yang sebenarnya.
Mujur ada keluarga dan juga sokongan daripada adik-beradik dan juga keluarga tersayang.

Biasalah dalam masyarakat kita, apabila berlaku je satu perceraian, kebanyakannya banyak salahkan pihak si isteri. Antara yang dah terbiasa dengar dah mesra ramai yang salahkan pihak si isteri tak pandai jaga suami, jaga anaklah, teramat sibuk dengan kerjalah dan macam-macam hal lagi.
Jujur tahun pertama bertukar gelaran, amatlah memeritkan.
Rasanya waktu tu, sayalah orang yang paling gagal dalam dunia ini.
Gagal jadi seorang isteri yang baik dan segala mak nenek hal yang banyaksalahkan diri sendiri.
Kira jadi negatif sangat. Dan gelaran seorang ibu tunggal tu, macam teramat hina sangat.

Tetapi sampai bila saya nak jadi macam ini??

Semua hal itu wujud, bila saya rasa dah terlampau penat memikirkan hal yang tak sepatutnya.
Bila terpandang wajah anak-anak, saya tahu, yang kehidupan saya belum musnah berkecai lagi.

MujurTak jugalah saya ada kenalan seorang yang bergelar ustaz dan juga peguam syarie. Dialah yang banyak nasihatkan saya.
Tiada gunanya menyimpan dendam dan salahkan diri sendiri.
Ada baiknya memaafkan segalanya dan serahkan semuanya kepada Allah yang maha esa.
Perjalanan masih jauh dan ada anak-anak yang perlu dijaga dan dididik sebaik yang mungkin.

Alhamdulilah.
Berkat kesabaran dan tidak putus berdoa kepada Allah, saya telah berjaya melepasi apa saja pada peringkat awal perceraian. 
Susah payah membina kembali kehidupan bersama-sama anak-anak akhirnya berbaloi jugak.
Walaupun kehidupan tidak semewah mana, tapi saya rasa sangat bersyukur.
Pada peringkat permulaan, walau keputusan peperiksaan anak-anak taklah secemerlang mana, tapi saya sangat bersyukur.
Kesanggupan anak-anak untuk bersusah payah dahulu ada hikmahnya.

Kini anak bujang saya sedang menyambung pengajian di Politeknik di Semambu Kuantan.
Manakala anak yang perempuan bersekolah diasrama penuh di sebuah 
sekolah menengah agama di Slim River.

Memang buat masa ini saya tinggal keseorangan dirumah, tapi bila rasa rindu yang teramat sangat, hanya berdoa kepada Allah semoga semua urusan anak-anak untuk menimba ilmu sehingga berjaya dipermudahkan.

Dengan menulis entri ini, dapatlah juga sedikit sebanyak hilangkan segala rindu yang bersarang selama ini.
Amboi!!
Panjang juga entri kali ini.
Ingat tadi nak tulis pendek-pendek sahaja.
Tapi tulah!
Entah macam mana terpanjang pulak.

Sebelum saya akhiri entri ini, apa saja dugaan ada hikmahnya.
Makin besar dugaannya, maka besarlah jugak nikmatnya.
Yang penting bersabar dan teruskanlah berdoa kepada Allah yang maha esa ya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik





Monday 2 July 2018

HARI YANG BARU JUGA SEMANGAT YANG PADU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Dah tak lama lagi berakhirlah bulan Syawal ini.
Tidak kira bulan Syawal atau tidak, maka apa 
yang baik itu, kita patut amalkan selalu.
Contohnya, sikap bermaafan sesama sendiri.
Apa yang buruk tu atau ada kesalahan dimana-mana
ada baiknya dilupakan saja.

Walau hari raya yang lepas tak sempat nak jumpa kekawan dan
ada juga saudara-mara yang tidak jumpa, tapi saya rasa sangat bersyukur.
Bersyukur sebab dapat raikan hariraya yang lepas bersama anak-anak,
ayah,makcik dan juga adik-adik tersayang.

Apa yang ada disamping kita selalu, patut kita lebih hargai
mereka. Mungkin nanti saat-saat macam inilah yang buatkan
jadi rindu sangat.

Untuk bulan Julai ini, saya cadang nak aktifkan balik blog kesayangan ini.
Berapa kali saya nak update blog ini, tapi tak pernah buat betul-betul dan lebih fokus. 
Tahun 2018, ni pun dah masuk pertengahan tahun.
Kalau tak paksa diri untuk update dengan entri yang baru, jadi
bila lagi kan??

Dengan semangat yang membara dan padu ini, saya harus paksa diri
untuk lebih berdisplin dalam memupuk kembali semangat untuk menulis.
Tahu tulisan saya ini, tidaklah sehebat mana tapi saya perlu latih diri untuk terus menulis dan tumpukan sepenuh perhatian kepada entri-entri baru yang lebih segar dan beri manfaat.

Kepada tuhan saya memohon doa agar segala usaha-usaha saya ini dipermudahkan oleh Allah yang maha esa.
Insha Allah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 1 July 2018

KASIH SEORANG IBU

Teks :  Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi!!
Rasa dah naik bersawang labah-labah blog ini
sebab dah lama tak update dengan entri yang baru.
Bulan puasa yang lepas pun rasanya tak de tulis entri
yang baru.

Sebelum blog kesayangan ini jadi sejarah, baik usaha
tulis entri yang baru lagi fresh.
Sejak anak-anak dah balik belajar ni, rasa sunyi pulak.
Yalah. Dah tak de siapa nak dibebelkan setiap hari.
Kalau tak bangun pepagi, memasing nak kena selalu diingatkan
apa nak buat, walaupun dah besar.

Tapi itulah walau asyik saja bebelkan mereka juga marahkan namun 
sebenarnya sangat sayangkan mereka berdua.
Nak-nak sejak anak bujang sambung belajar dan anak
dara dah masuk asrama.

Sayangkan mereka berdua,bukanlah bermakna manjakan mereka berdua sangat, tapi kena terangkan setiap satu perkara secara lebih jelas dan terang dengan sejujur-jujurnya.

Memang tidak dapat dinafikan bukan mudah mendidik anak-anak bersendirian. Bergelar seorang ibu dan juga ayah, ada masanya terpaksa berfikir dalam dua pemikiran. Iaitu sebagai seorang ibu dan ayah.

Mengenangkan agak sukar untuk memberi tumpuan kepada hal yang lain, maka sebagai seorang ibu saya telah mengambil keputusan untuk melupakan buat sementara kebahagiaan sendiri demi anak-anak tersayang.

Secara kebetulan pulak, ada banyak hal lain juga yang harus diambil kira termasuklah juga untuk mencapai segala impian yang telah lama terkubur sejak dari awal perkahwinan lagi.

Demi untuk lihat anak-anak terus fokus kepada segala cita-cita mereka, maka tiada salahnya saya sebagai seorang ibu korbankan sedikit supaya mereka berjaya didunia dan juga diakhirat.

Itulah!!
Dah agak lama tak tulis entri yang baru ni, nak berhenti menulis macamlah dah tak de breknya. Nak start engine nak menulis ni punyalah payah. Dah tu, nak stop pun susah.

Sebagai seorang ibu, saya tidak pernah jemu-jemu berdoa untuk kedua anak-anak yang tersayang, Muhammad Aiman Hakimi dan juga Nur Damia Rifqah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik




SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...