Saturday 14 July 2018

KISAH SEMALAM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Cepat sungguh masa berlalu, kan?
Maka secara rasminya berakhirlah tirai bulan Syawal.
Jika nanti dah beralih ke bulan yang lain, janganlah
kita hilangkan terus sikap bermaaf-maafan sesama sendiri.

Sebenarnya, rasa sunyi jugak semenjak anak-anak dah 
balik belajar ini. 
Kalau ada transport sendiri, nak je saya terbang sekejap menjenguk
anak-anak tersayang melepaskan segala rindu.
Mungkin sekarang tak de rezeki lagi nak ada kenderaan sendiri.
Tapi esok lusa mana tahu.
Betul tidak??

Asbab nak hilangkan rasa rindu dendam kepada anak-anak ini,
hanya inilah saja yang mampu saya lakukan.
Selain berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada anak-anak,
saya memilih untuk tulis entri ini sebagai salah satu melepas rindu terhadap anak-anak tersayang.

Mengimbas kisah semalam, bukan mudah membesar dan juga
mendidik anak-anak sendirian.
Bergelar seorang ibu tunggal tanpa diduga, bukanlah perkara yang
jadi impian seorang wanita.
Semua wanita termasuklah saya mengimpikan sebuah rumahtangga 
yang bahagia hinggalah ke jannah.

Apa pun kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan tuhanlah yang tentukan segalanya.
Pada peringkat awal perceraian, semuanya menjadi agak kelam-kabut.
Saya tercari-cari arah tujuan dan berusaha membina kembali kehidupan tanpa seorang yang bergelar suami.

Jujurnya semuanya bukan mudah.
Tambah memeritkan waktu itu rasa kasih dan sayang terhadap bekas suami masih menebal.
Walau agak huru-hara saya tidak henti-henti untuk terus berdoa semoga Allah tunjukkan jalan yang sebenarnya.
Mujur ada keluarga dan juga sokongan daripada adik-beradik dan juga keluarga tersayang.

Biasalah dalam masyarakat kita, apabila berlaku je satu perceraian, kebanyakannya banyak salahkan pihak si isteri. Antara yang dah terbiasa dengar dah mesra ramai yang salahkan pihak si isteri tak pandai jaga suami, jaga anaklah, teramat sibuk dengan kerjalah dan macam-macam hal lagi.
Jujur tahun pertama bertukar gelaran, amatlah memeritkan.
Rasanya waktu tu, sayalah orang yang paling gagal dalam dunia ini.
Gagal jadi seorang isteri yang baik dan segala mak nenek hal yang banyaksalahkan diri sendiri.
Kira jadi negatif sangat. Dan gelaran seorang ibu tunggal tu, macam teramat hina sangat.

Tetapi sampai bila saya nak jadi macam ini??

Semua hal itu wujud, bila saya rasa dah terlampau penat memikirkan hal yang tak sepatutnya.
Bila terpandang wajah anak-anak, saya tahu, yang kehidupan saya belum musnah berkecai lagi.

MujurTak jugalah saya ada kenalan seorang yang bergelar ustaz dan juga peguam syarie. Dialah yang banyak nasihatkan saya.
Tiada gunanya menyimpan dendam dan salahkan diri sendiri.
Ada baiknya memaafkan segalanya dan serahkan semuanya kepada Allah yang maha esa.
Perjalanan masih jauh dan ada anak-anak yang perlu dijaga dan dididik sebaik yang mungkin.

Alhamdulilah.
Berkat kesabaran dan tidak putus berdoa kepada Allah, saya telah berjaya melepasi apa saja pada peringkat awal perceraian. 
Susah payah membina kembali kehidupan bersama-sama anak-anak akhirnya berbaloi jugak.
Walaupun kehidupan tidak semewah mana, tapi saya rasa sangat bersyukur.
Pada peringkat permulaan, walau keputusan peperiksaan anak-anak taklah secemerlang mana, tapi saya sangat bersyukur.
Kesanggupan anak-anak untuk bersusah payah dahulu ada hikmahnya.

Kini anak bujang saya sedang menyambung pengajian di Politeknik di Semambu Kuantan.
Manakala anak yang perempuan bersekolah diasrama penuh di sebuah 
sekolah menengah agama di Slim River.

Memang buat masa ini saya tinggal keseorangan dirumah, tapi bila rasa rindu yang teramat sangat, hanya berdoa kepada Allah semoga semua urusan anak-anak untuk menimba ilmu sehingga berjaya dipermudahkan.

Dengan menulis entri ini, dapatlah juga sedikit sebanyak hilangkan segala rindu yang bersarang selama ini.
Amboi!!
Panjang juga entri kali ini.
Ingat tadi nak tulis pendek-pendek sahaja.
Tapi tulah!
Entah macam mana terpanjang pulak.

Sebelum saya akhiri entri ini, apa saja dugaan ada hikmahnya.
Makin besar dugaannya, maka besarlah jugak nikmatnya.
Yang penting bersabar dan teruskanlah berdoa kepada Allah yang maha esa ya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik





No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...