Tuesday 31 July 2018

PENTINGNYA MENJAGA EMOSI ANAK-ANAK


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah.
Semoga dipermudahkan segalanya.
Walau tengah kerja, tapi asbab dah ada idea baik saya draft dulu entri untuk hari ini.
Sesekali agak risau jugak kenangkan anak-anak yang jauh belajar.
Tak mampu nak kata apa, hanya berdoa semoga mereka berdua senantiasa dirahmati Allah yang maha esa.
Dah bertahun juga berpisah tapi tidak pernah rasa sunyi dari apa saja dugaan.
Membesarkan anak-anak bersendirian, bukanlah satu perkara yang mudah.
Tambah pula, anak-anak yang sedang meningkat remaja dan pra dewasa.
Demi nak menjaga dan memastikan perasaan mereka tidak terganggu, saya dah buat keputusan untuk ketepikan dulu kebahagiaan sendiri dan tumpukan sepenuh perhatian kepada mereka berdua.
Anak-anak yang berpisah kedua ibubapa ini, pada saya amat perlukan perhatian yang serius terutama dari segi emosi mereka.
Sebagai ibubapa amat penting untuk kita senantiasa peka akan segala perubahan yang berlaku ke atas anak-anak.
Ada masanya anak-anak senang untuk bercerita dan berkongsi apa saja. Tapi ada masanya juga, mereka tidak bersedia untuk meluahkan segala.
Jadi sebagai ibu dan bapa sekaligus, saya harus fikirkan secara lebih kreatif macam mana nak tahu lebih lagi tentang isi hati kedua anak tersayang.
Kalau ikutkan perangai si adik, tiadalah masalah sangat.Sebab si adik agak agresif dalam suarakan segala pendapatnya. Tapi agak berbeza sikit dengan si abang yang agak pendiam dan pemalu sikit. Nak bercakap pun, tak boleh main terus terjah je. Kena ada cara tersendiri untuk faham segala tindak balas dari si abang.
Mujurlah saya suka membaca dan tahulah serba sedikit perangai si abangnya. Alhamdulilah sebagai ibu saya senantiasa berdoa agak Allah senantiasa merahmati anak-anak tersayang. Semoga mereka berdua berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...