Tuesday 25 April 2017

BERBOOTH DI KARNIVAL USAHAWAN HOLISTIK UITM SHAH ALAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Pada 21 haribulan yang lepas, saya bersama adik tersayang telah menyertai satu karnival keusahawanan di UITM Shah Alam. Karnival tersebut dinamakan sebagai Karnival Usahawan Holistik di UITM Shah Alam.

Asalnya hanyalah untuk menolong adik tersayang sambil menimba pengalaman berniaga secara offline.

Sebelum ini, saya hanya berniaga secara car booth sale di Behrang bersama-sama dengan anak tersayang.

Pada mulanya, saya ingat tiada student yang membeli Perfume DEXANDRA ini. Yalah, rata-rata mereka terdiri daripada para pelajar UITM.

Ada ramai yang berminat dengan perfume DEXANDRA ini. Kalau nak beli yang orginal, memang mahallah. Harganya yang berpatutan dan kualiti mengatasi harganya .

Mungkin disebabkan harga yang berpatutan dan kualiti perfume yang tahan lama dan terus boleh dibawa bersolat, menyebabkan dia menjadi pilihan para pelajar UITM ini.

Ditambah lagi dengan pakej-pakej yang menarik yang ditawarkan seperti cabutan bertuah setiap bulan dan juga setiap botol DEXANDRA yang ada point.

Bermakna setiap kali beli perfume DEXANDRA, maka secara automatik akan dapat 100 point.

Bestkan, macam itu. Karnival keusahawanan ini berakhir pada hari Ahad dan bersyukur segalanya berjalan dengan lancar sekali.

Jika ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang apakah lagi keistimewaan perfume DEXANDRA ini, bolehlah terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 18 April 2017

LEBIH BAHAGIA BERSAMA DEXANDRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulillah. Syukur masih dapat bernafas seperti biasa dan jalankan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pagi ini, cuaca teramat sejuk. Mungkin sebab sekarang tiap petang hujan dan keadaan akan secara automatik menjadi sejuk.

Selesai menghantar anak dara tersayang, maka saya menjalankan segala aktiviti rumahtangga seperti biasa.

Masih saya ingat, pada pagi tadi, anak dara tersayang akan sekolah dan dia tidak pernah sesekali lupa untuk memakai sedikit perfume sebagai pelengkap keyakinan diri semasa hendak ke sekolah.

Sama ada anak dara tersayang ataupun si anak teruna, mereka berdua sangat sukakan perfume. Maka tidak hairanlah, perfume senantiasa ada atau sebagai salah satu benda wajib yang selalu ada dirumah.

Salah satu yang menjadi pilihan kami sekeluarga ialah perfume Dexandra. Perfume Dexandra, terdapat pelbagai wangian yang sesuai untuk lelaki dan juga perempuan. Tidak kira tua ataupun muda perfume Dexandra sesuai untuk semua peringkat umur.

Perfume Dexandra tahan sehingga lebih daripada 8 jam, bebas daripada bahan-bahan yang merbahaya, senang dibawa kemana-mana saja dan boleh terus dibawa bersolat.

Wangian perfume Dexandra setanding dengan jenama-jenama yang ada di pasaran antarabangsa dan boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan sekali.

Dengan hanya satu semburan dari perfume Dexandra, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan didalam sebuah keluarga dan dapat meningkatkan lagi kualiti kebahagiaan yang sedia ada.

Aura positif dari hanya satu semburan mampu mengubah diri seseorang untuk menjadi lebih berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti seharian setiap hari.

Jadi, kehidupan akan tambah lebih bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin.



Sekian Terima Kasih.


Monday 17 April 2017

HUJAN YANG TURUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kuasa Allah, atasi segala-galanya. Kalau dengan izinnya, jika hendakkan hujan turun selebat-lebatnya, apalah daya kita sebagai hambanya.

Bersyukur dikurniakan hujan yang turun melimpah ruah ke daerah tersayang ini. Walau bukan tanah kelahiran, tapi di sinilah segala perjuangan bermula. Perjuangan untuk lebih membahagiakan orang- orang tersayang sekaligus dapat memberi sumber inspirasi buat semua.

Jujur, dah agak hujan akan turun pada pagi ini. Dalam hati selalu berdoa, kau turunkanlah segala rahmatmu dan elakkan perkara- perkara yang tidak diingini berlaku.

Menyusuri segala liku-liku kehidupan, tambah membuatkan diri senantiasa lebih bersemangat menghadapi hari- hari yang lebih indah.

Melihat anak-anak makin membesar dan makin matang menyusun segala rancangan untuk mencapai sebuah impian. Walau impian yang dilakar tidak seindah pelangi, namun tetap keindahan itu terserlah dengan sendirinya.

Kehidupan bukan setakat sebagai pelengkap kesempurnaan, malah kekurangan itulah yang lengkapkan segala-galanya.

Saling perlu memerlukan dan tidak terlalu cepat menghukum sesama sendiri. Apa sahaja yang terjadi pasti ada sebab dan hikmahnya.

Sebagaimana Allah menciptakan hujan, panas , ribut taufan dan sebagainyan Tanpa hujan, mana kan mungkin kehidupan dapat bermula semula. Kerana dengan turunnya hujan, ianya mampu membersihkan segala kekotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh akal manusia.

Indah bukan?

Terima kasih, Ya Allah. Kau ciptakan segalanya  lengkap dan tiada yang lebih indah selain dari ciptaanMU.

Sesekali, saat coretan ini ditulis, guruh bergema bagaikan memberi suatu isyarat yang tertentu. Tidak tahu mengapa. Mungkin setakat itu rahmat Allah turun ataupun sebaliknya.

Hujan bagaikan telah reda. Beburung masih gigih berusaha mencari rezeki dari limpahan rahmat Allah.

Moga semua nikmat ini tidak melekakan diri yang senantiasa alpa dan lalai dalam menjalankan segala tanggungjawab sebagai hambaMU sebaik yang mungkin.

Ya, Allah kau sucikanlah hati ini sebagaimana kau sucikan segala kekotoran bumi dengan segala rahmatMU.

Sekian Terima Kasih

Monday 10 April 2017

DEXANDRA FAMILY ORIENTAL 2017


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Pertama kali saya hadir adalah pada DFO 2016. Asalnya hanya nak temankan adik tersayang, tapi tidak tahu pula, sudah terjatuh cinta.

Macam orang tua-tua cakap, tak kenal maka tak cinta, Dah kenal, tidak lena tidur pulak.

Sebenarnya banyak ilmu yang sangat berguna semasa DFO 2017 ini. Bukan hanya mengenali lebih lagi tentang produk perfume ini, malah lebih dari itu.

Segala perkongsiaan dari yang telah berjaya dalam perniagaan Dexandra ini, sehinggalah perkongsiaan ilmu dari mentor-mentor yang hebat seperti coach Zie dari ESQ MALAYSIA dan mentor yang sangat terkenal dalam jalankan perniagaan secara online iaitu sifu FB ADS.

Antara ilmu yang sangat terkesan dihati saya semasa belajar tentang lebih dekat kan diri pada Allah dan senantiasa menghargai setiap inci nikmat kehidupan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Memohon dahulu kepada Allah apabila nak lakukan sesuatu pekerjaan. Andaikata dahulukan Allah dalam setiap perkara.
Semua ini belajar dari seorang mentor ESQ yang hebat iaitu Coach Zie yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Selain daripada itu, sempat juga belajar secara ringkas tentang FB ADS dari sifu yang sangat terkenal di laman sosial iaitu sifu Jamal.

Belajar tentang untuk tidak terlalu beriklan dan membuat ayat-ayat copywriting yang mampu buatkan pelanggan tidak sabar-sabar untuk membeli produk daripada kita.

Dan jika nak belajar lebih lagi tentang FB ADS, bolehlah daftarkan diri untuk belajar dengan lebih mendalam bersama dengan sifu FB FBS iaitu sifu Jamal.

Terlalu banyak ilmu yang telah dipelajari dan harus dipratikkan secepat yang mungkin.

Seminar DFO 2017 ini telah dikendalikan oleh seorang mc sensasi yang sangat hebat iaitu MC NACS.

Sekalung ucapan terima kasih juga buat pn Erna yang merupakan pengasas DEXANDRA INSPIRED PERFUME.

Paling menariknya di DEXANDRA ada menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi oleh sesiapa saja yang membeli perfume Dexandra.

Thursday 6 April 2017

GENAP 12 TAHUN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Begitu cepat masa berlalu. Hari ini genaplah 12 tahun umur anak dara tersayang Nur Damia Rifqah. Dilahirkan dihospital Selayang 12 tahun yang lalu.

Kalau ikutkan, memang tidak sangka disahkan mengandung pada masa itu. Yalah, masa itu abangnya baru sahaja masuk ke sekolah tadika.

Anak dara yang seorang ini, lahir pada waktu tengahari dan sangat berbeza dari abang dan juga arwah kakaknya. Abang dan arwah kakaknya semuanya lahir pada waktu pagi sebelum masuk waktu Subuh.

Tapi dia pula, lahir pada tengahari. Sudahlah macam itu, lahirnya secara paksa atau induce.
Walau pintu rahim dah terbuka 3 cm, saya masih tidak rasa langsung sakit nak bersalin.

Satu-satuya anak yang sepenuhnya menyusu badan sehinggalah dia berumur 2 tahun lebih. Masa itu saya baru nak bekerja, dia sanggup minum hanya air kosong sehinggalah saya pulang dari kerja dan terus menyusukannya.

Melihat dia membesar, terasa cepat sangat masa berlalu. Sejak saya berpisah sehinggalah sekarang, dia tetap bersemangat
melalui segala aktiviti hariannya.

Apa pun saya bersyukur, walau dia kurang kasih seorang ayah, dia tetap mendapat keputusan yang cemerlang didalam pelajarannya disekolah.

Suka menghabiskan masa lapangnya dengan membaca, menonton rancangan Running Man, bermain bersama semua kucing-kucing kesayangannya.

Mujur hobi membaca ini, adalah satu hobi yang sama dengan saya dan juga abangnya. Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar suatu hari nanti.

Selamat hari jadi buat anak dara tersayang Nur Damia Rifqah dan semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.


Sekian Terima Kasih

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...