Thursday 6 April 2017

GENAP 12 TAHUN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Begitu cepat masa berlalu. Hari ini genaplah 12 tahun umur anak dara tersayang Nur Damia Rifqah. Dilahirkan dihospital Selayang 12 tahun yang lalu.

Kalau ikutkan, memang tidak sangka disahkan mengandung pada masa itu. Yalah, masa itu abangnya baru sahaja masuk ke sekolah tadika.

Anak dara yang seorang ini, lahir pada waktu tengahari dan sangat berbeza dari abang dan juga arwah kakaknya. Abang dan arwah kakaknya semuanya lahir pada waktu pagi sebelum masuk waktu Subuh.

Tapi dia pula, lahir pada tengahari. Sudahlah macam itu, lahirnya secara paksa atau induce.
Walau pintu rahim dah terbuka 3 cm, saya masih tidak rasa langsung sakit nak bersalin.

Satu-satuya anak yang sepenuhnya menyusu badan sehinggalah dia berumur 2 tahun lebih. Masa itu saya baru nak bekerja, dia sanggup minum hanya air kosong sehinggalah saya pulang dari kerja dan terus menyusukannya.

Melihat dia membesar, terasa cepat sangat masa berlalu. Sejak saya berpisah sehinggalah sekarang, dia tetap bersemangat
melalui segala aktiviti hariannya.

Apa pun saya bersyukur, walau dia kurang kasih seorang ayah, dia tetap mendapat keputusan yang cemerlang didalam pelajarannya disekolah.

Suka menghabiskan masa lapangnya dengan membaca, menonton rancangan Running Man, bermain bersama semua kucing-kucing kesayangannya.

Mujur hobi membaca ini, adalah satu hobi yang sama dengan saya dan juga abangnya. Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar suatu hari nanti.

Selamat hari jadi buat anak dara tersayang Nur Damia Rifqah dan semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.


Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...