Monday 17 April 2017

HUJAN YANG TURUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kuasa Allah, atasi segala-galanya. Kalau dengan izinnya, jika hendakkan hujan turun selebat-lebatnya, apalah daya kita sebagai hambanya.

Bersyukur dikurniakan hujan yang turun melimpah ruah ke daerah tersayang ini. Walau bukan tanah kelahiran, tapi di sinilah segala perjuangan bermula. Perjuangan untuk lebih membahagiakan orang- orang tersayang sekaligus dapat memberi sumber inspirasi buat semua.

Jujur, dah agak hujan akan turun pada pagi ini. Dalam hati selalu berdoa, kau turunkanlah segala rahmatmu dan elakkan perkara- perkara yang tidak diingini berlaku.

Menyusuri segala liku-liku kehidupan, tambah membuatkan diri senantiasa lebih bersemangat menghadapi hari- hari yang lebih indah.

Melihat anak-anak makin membesar dan makin matang menyusun segala rancangan untuk mencapai sebuah impian. Walau impian yang dilakar tidak seindah pelangi, namun tetap keindahan itu terserlah dengan sendirinya.

Kehidupan bukan setakat sebagai pelengkap kesempurnaan, malah kekurangan itulah yang lengkapkan segala-galanya.

Saling perlu memerlukan dan tidak terlalu cepat menghukum sesama sendiri. Apa sahaja yang terjadi pasti ada sebab dan hikmahnya.

Sebagaimana Allah menciptakan hujan, panas , ribut taufan dan sebagainyan Tanpa hujan, mana kan mungkin kehidupan dapat bermula semula. Kerana dengan turunnya hujan, ianya mampu membersihkan segala kekotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh akal manusia.

Indah bukan?

Terima kasih, Ya Allah. Kau ciptakan segalanya  lengkap dan tiada yang lebih indah selain dari ciptaanMU.

Sesekali, saat coretan ini ditulis, guruh bergema bagaikan memberi suatu isyarat yang tertentu. Tidak tahu mengapa. Mungkin setakat itu rahmat Allah turun ataupun sebaliknya.

Hujan bagaikan telah reda. Beburung masih gigih berusaha mencari rezeki dari limpahan rahmat Allah.

Moga semua nikmat ini tidak melekakan diri yang senantiasa alpa dan lalai dalam menjalankan segala tanggungjawab sebagai hambaMU sebaik yang mungkin.

Ya, Allah kau sucikanlah hati ini sebagaimana kau sucikan segala kekotoran bumi dengan segala rahmatMU.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...