Posts

Showing posts from May, 2014

MUSIM CUTI SEKOLAH

Teks : Sariah Awang SenikAssalamulaikum, tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula selama hampir 3 minggu. Seperti biasa,.banyak yang anak-anak rancang untuk ke sana dan ke sini tetapi masih belum tahu akan kedudukan kewangan dan juga masa kerja yang terlalu panjang yang terpaksa ibunya lalui selama ini.Walaubagaimana pun aku berdoa, semoga cuti sekolah ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Hari Khamis nanti anak lelakiku akan pulang dari asrama dan sebagai seorang ibu,aku merasa teramat teruja sekali. Biarpun hanya kami 3 beranak yang berada di rumah, namun itulah masanya kami sekeluarga dapat bersama-sama semula sebagai sebuah keluarga.Cuma yang bezanya, akulah ibu dan begitu jugalah sebagai seorang ayah. Perjalanan kami 3 beranak masih jauh dan berliku namun aku dan anak-anak tetap tabah menghadapinya dan berdoa segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

ULASAN KELAS BLOG

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : FacebookMinat menulis banyak yang telah mendorong saya untuk membuat satu blog yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan beberapa tahun yang lepas. Dengan blog tersebut, hampir setiap hari menulis tentang apa yang terjadi di dalam kehidupan seharian. Apabila telah selesai menulisnya, dan membacanya semula, baru saya terfikir adakah ada orang yang sudi singgah membaca blog saya tersebut.
Semasa membuat blog tersebut, memang tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk membaca blog tersebut.Sehinggalah suatu hari saya terbaca suatu kenyataan, bahawa bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan berdasarkan minat yang kita ada. Pertemuan yang tidak sangka, di saat sedang tercari-cari peluang untuk memajukan diri dan bangkit semula dengan semengat yang baru setelah melalui pelbagai episode kedukaan yang terlalu perit di dalam kehidupan yang lepas. Hamba Allah tersebut ialah Anys Idayu Zakaria, yang telah banyak menyedark…

CUTI HUJUNG MINGGU

Teks : Sariah Awang SenikTidak berapa lama lagi, akan tiba musim cuti persekolahan selama hampir 3 minggu. Kalau diikutkan, minggu ini, anak bujang yang duduk di asrama memang tidak boleh balik ke rumah . Tetapi dek kerana terlalu rindukan suasana rumah,anak bujang aku memohon juga untuk balik ke rumah walaupun hanya beberapa hari.Sejak hari Jumaat lagi, dia beria-ria hendak pulang ke rumah. Anak bujang yang seorang ini memang agak pendiam sedikit. Namun sebagai seorang ibu dan juga bergelar ibu tunggal itu bukanlah alasan terbaik untuk mendidik anak secara ala kadar sahaja. Percaya setiap apa yang dilakukan kepada anak-anak pasti akan anak-anak lakukan hal yang sama kepada kedua ibu dan bapanya.Bila balik ke rumah, anak bujang yang seorang ini, selalu meminta diriku memasak sesuatu masakan kegemarannya. Apa sahaja yang makanan kegemarannya pasti aku akan berusaha memasaknya sepenuh rasa kasih dan sayang. Sebelum balik ke asrama, anak bujang yang seorang ini meminta aku menolongnya un…

PERCA KAIN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Koleksi : Sendiri
Assalamulaikum, moga semuanya dan segala yang di rancang berjalan dengan lancar. Lama juga tidak mencoret di ruangan kesayangan ini. Mengikut perancangan, ruangan ini hendaklah di kemas kinikan selalu.
Beberapa minggu yang lalu, saya telah menerima banyak perca kain terbuang tetapi semuanya masih boleh di gunakan semula.
Walaupun sekarang mesin jahit kesayangan rosak, namun itulah bukanlah halangan saya untuk meneruskan minat saya di dalam bidang jahitan.
Di fikiran saya telah terbayang untuk membuat sarung bantal segera dengan hanya menjahitnya dengan tangan saya sendiri. Process untuk membuatnya adalah sama seperti menjahit sarung bantal yang lain. Cuma bezanya dengan hanya jahitan tangan. Jahitannya haruslah kemas dan juga teliti. Sejak dari petang menjahit, hingga ke malam barulah selesai menjahit sarung bantal segera tersebut.
Namun di dalam masa terdekat ini, saya berazam untuk membeli mesin jahit yang baru, memandangkan ianya amatlah…

DROPSHIP RAMADHAN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : FacebookTerasa terlalu cepat masa berlalu. Kini kita semakin hampir ke pertengahan tahun. Tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan ramadhan iaitu bulan yang paling mulia sekali.Sebagai seorang wanita yang senantiasa sibuk dengan kerja dan juga rumahtangga, pasti segala urusan masak-memasak ingin di selesaikan secepat yang mungkin.
Kita juga senantiasa memikirkan apakah juadah istimewa yang dapat kita sediakan untuk santapan keluarga di dalam jangka masa yang singkat.
Antara yang resipi yang istimewa ialah :PES NASI ARAB
Terdiri daripada nasi mandy ayam.dan juga kambing. Set ini juga mengandungi beras basmathi serta rempah nasi arab. Cara memasak ada tertera pada kotak nasi arab tersebut.
Hidangan sesuai untuk 5-6 orang tetamu. Harganya ialah RM15.PES MEE BANDUNG
Berat 400gm.
Pes ini sangat sedap dan menyelerakan dan ianya sangat sesuai sebagai hidangan di waktu petang ataupun juadah istimewa berbuka puasa. Hidangan ini juga sesuai untuk hidangan 5-…

PROGRAM MOTIVASI KE IBUBAPAAN. UNTUK KELAS PEPERIKSAAN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; FacebookAssalamulaikum, terasa terlalu lama tidak menulis di ruangan yang paling diminati ini. Masa berlalu begitu pantas dan semakin hari kita sebagai ibubapa terlalu leka dengan kesibukan dan tanggungjawab masing-masing. Anak-anak pula tanpa disedari oleh ibubapa membesar terlalu cepat sekali dan senantiasa menagih kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa mereka. Pada hari Ahad yang lepas, saya berkesempatan menghadiri majlis motivasi yang diadakan di sekolah anak lelaki yang terletak dengan kawasan felda. Kursus ini diadakan untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan khasnya untuk murid-murid yang berada di tingkatan 3,4 dan juga 5.Antara intipati kursus motivasi tersebut ialah:
Sikap ibubapa yang terlalu cepat menghukum anak, jika anak-anak melakukan sesuatu kesilapan.
sikap ibubapa kaum melayu yang sukar memberikan penghargaan kepada anak-anak jika anak mencapai sesuatu kejayaan.
Setiap percakapaan ibubapa.adalah suatu doa.
Menerapkan…

KERANA ALATAN GAJET HUBUNGAN KEKELUARGAAN SEMAKIN RENGGANG

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; GoogleAssalaumulaikum, dunia semakin moden dan berubah. Begitu juga dengan manusia berubah mengikut peredaran masa dan juga arus kemajuan. Di sekeliling kita, begitu banyak alatan moden yang semakin melalaikan kita dan hampir merenggangkan hubungan persaudaraan dan juga persahabatan. Sudah menjadi suatu kemestian ramai di antara kita pasti akan mempunyai telefon bimbit, Tab, Ipad dan juga laptop sebagai salah satu pelengkap kehidupan. Semua kemudahan itu senang di miliki dengan harga yang berpatutan.Di dalam sesebuah keluarga, ayah,ibu, abang, kakak, adik, nenek dan juga datuk pasti dilihat memiliki telefon bimbit sebagai salah satu kemudahan asas kehidupan. Tidak salah memilikinya namum disetiap satu alatan gajet terdapat buruk dan juga baiknya. Telefon bimbit yang kita miliki pasti mempunyai kemudahan internet dan itulah yang membuatkan seseorang semakin leka dan asyik dengan telefon bimbit dan juga alatan gajetnya. Cuba anda perhatikan semasa mena…

PUR Q ACTIVE

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : FacebookP Q ACTIVE, adalah salah satu makanan minda yang berasaskan minda. Ianya berbentuk jelly yang berwarna-warni dan amat menarik perhatian kanak-kanak untuk memakannya.
Di makan 2 kali sehari sebelum makan. Rasanya yang kurang manis, memang membuatkan kanak-kanak tertarik memakannya.Harga amat menarik iaitu RM 60 untuk 2 botol. Jika ingin mencuba dan untuk dapatkan lebih maklumat bolehlah hubungi saya:
Sariah 019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Face book Sariah Awang SenikIkhlas Dari Sariah Awang Senik.

MASA PENENTU KEJAYAAN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : FacebookMasa terlalu amat bernilai dan terlampau cepat berlalu. Andai bijak mengatur masa, segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Jikalau terleka dengan keselesaan yang ada, maka akan berlalulah masa yang ada begitu sahaja.Untuk mencapai sebuah kejayaan, seseorang haruslah pandai membahagikan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin. Setiap masa yang ada haruslah disini dengan aktiviti yang berkait rapat dengan kejayaan yang ingin dicapai. Sesuatu kejayaan itu haruslah juga disertakan dengan doa yang tidak pernah putus dan ianya haruslah diteruskan sebaik yang mungkin.Walaupun kejayaan yang ingin dikecapi masih terlalu jauh, namun tiada yang mustahil di dunia ini. Jika kejayaan itu telah ditetapkan oleh Allah SWT, tiada satu pun yang dapat menghalangnya. Cepat ataupun lambat, bukanlah faktor utama. Tetapi yang paling penting adalah usaha dan pengurusan masa yang bijak.Sebagai seorang hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan, ada masanya h…

PERSEDIAAN BANGUN SOLAT TAHAJJUD

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Facebook Dan GoogleAssalamulaikum nampak mudah dan simple, tapi untuk tetap dan memastikan senantiasa setiap amalan itu tetap dilakukan, amatlah sukar sekali. Terpanggil untuk berkongsi sesuatu berdasarkan pengalaman yang dilalui dan semoga perkongsiaan ini dapat membantu rakan-rakan lain, agar lebih konsisten di dalam melakukan sesuatu walaupun hanyalah setakat solat sunat tahajjud. Berusaha setiap hari menjadi yang terbaik walaupun setiap hari ada sahaja salah dan silap di mana-mana. Dahulu, memang agak sukar mengerjakan solat wajib, kerana selalu dahulukan apa yang difikirkan penting selain solat. Mungkin di masa itu, kurangnya pendedahan dan tidak sedar segala rezeki dan nikmat yang dinikmati datangnya dari Allah SWT. Walau bertapa sibuk segala urusan yang sedang dilakukan, kita haruslah berusaha meluangkan masa yang ada untuk menambahkan segala amalan-amalan kita. Selain daripada solat 5 waktu, zikir dan mengaji, kita juga digalakkan untuk mengerj…

PROMOSI MAXI DAN JUBAH CANTIK

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi FacebookDi sini ada disediakan koleksi terbaru dari butik kami. Antara koleksi baju serta maxi jubah yang menarik ialah ;- Floral Outer Jacket with inner maxi jubah dress. Terdapat di dalam pelbagai warna yang menarik.
- Black, Green and Red
-Shoulder 33cm
- Sleeve 55cm
- Bust 74-88cm
- Waist 66-82cm
- Lenght 54cmHarga tersangat menarik RM49 postage RM6.
Jika berkenaan sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun boleh whatshapp ataupun email saya.Facebook - Sariah Awang Senik
Email - sariah.awangsenik@gmail.com