Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
Masa terlalu amat bernilai dan terlampau cepat berlalu. Andai bijak mengatur masa, segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Jikalau terleka dengan keselesaan yang ada, maka akan berlalulah masa yang ada begitu sahaja.
Untuk mencapai sebuah kejayaan, seseorang haruslah pandai membahagikan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin. Setiap masa yang ada haruslah disini dengan aktiviti yang berkait rapat dengan kejayaan yang ingin dicapai. Sesuatu kejayaan itu haruslah juga disertakan dengan doa yang tidak pernah putus dan ianya haruslah diteruskan sebaik yang mungkin.
Walaupun kejayaan yang ingin dikecapi masih terlalu jauh, namun tiada yang mustahil di dunia ini. Jika kejayaan itu telah ditetapkan oleh Allah SWT, tiada satu pun yang dapat menghalangnya. Cepat ataupun lambat, bukanlah faktor utama. Tetapi yang paling penting adalah usaha dan pengurusan masa yang bijak.
Sebagai seorang hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan, ada masanya hati bagaikan merasa keliru dengan segala perancangan yang terlalu padat. Nyata menyusun jadual sendiri dirumah adalah salah satu jalan penyelesaian yang paling bijak. Cuba mendisplinkan diri umpama mengikut jadual waktu pada zaman sekolah menengah yang lalu.
Kerana mengejar kejayaan biarlah kejayaan itu lebih bermakna dan tahan lama dan juga kejayaan yang ingin dicapai dapat dikongsi bersama-sama dengan orang lain agar dapat bersama-sama berjaya di dalam bidang yang diceburi nanti.
Nyata sekali pengurusan masa adalah penentu sesebuah kejayaan. Pengurusan masa yang dijadualkan haruslah bersifat kekal agar diri tidak selesa hidup di zon selesa. Biarlah kejayaan yang dicapai dapat dikekalkan dan dapat membantu insan yang lain untuk berjaya, insha Allah.
Perkongsiaan Ikhlas
Sariah Awang Senik
WISHLIST:
- Menjadi seorang penulis yang mempunyai aura tersendiri
- Menjadi usahawan wanita online sendiri
- Berkongsi kisah keperitan kehidupan
- Selesaikan tunggakan dengan.secepat yang boleh.
No comments:
Post a Comment