Monday, 26 May 2014

ULASAN KELAS BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Minat menulis banyak yang telah mendorong saya untuk membuat satu blog yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan beberapa tahun yang lepas. Dengan blog tersebut, hampir setiap hari menulis tentang apa yang terjadi di dalam kehidupan seharian. Apabila telah selesai menulisnya, dan membacanya semula, baru saya terfikir adakah ada orang yang sudi singgah membaca blog saya tersebut.
Semasa membuat blog tersebut, memang tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk membaca blog tersebut.

Sehinggalah suatu hari saya terbaca suatu kenyataan, bahawa bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan berdasarkan minat yang kita ada. Pertemuan yang tidak sangka, di saat sedang tercari-cari peluang untuk memajukan diri dan bangkit semula dengan semengat yang baru setelah melalui pelbagai episode kedukaan yang terlalu perit di dalam kehidupan yang lepas. Hamba Allah tersebut ialah Anys Idayu Zakaria, yang telah banyak menyedarkan saya bahawa pengaruh blog terhadap perniagaan dan produk yang sedang usahakan amatlah luas.

Tidak sangka dengan minat menulis yang ada pada diri, bakal merubah segala tujuan kehidupan selama ini. Blog sangat berpengaruh dan ianya bersahabat rapat dengan Google kerana semua maklumat terdapat di papan Google tersebut. Dengan hanya menaip beberapa patah perkataan di Google , secara automatik semua maklumat akan tertera di situ. Pendaftaran untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan amatlah berpatutan. Apalah harganya RM200 dengan ilmu yang kita pelajari hasil daripada ilmu yang kita dapat di dalam kelas asas blog dan penulisan tersebut.

Syarat yang paling utama setelah menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah ini, adalah setiap ahlinya wajib menyiapkan 44 entri yang  berdasarkan latarbelakang pendidikan dan juga pengalaman kerja sehinggalah kepada apa yang sedang kita lakukan sekarang. Pada awalnya memang tidak faham kenapa harus menyiapkan 44 entri, namun setelah di terangkan lebih lanjut bahawa dengan menyiapkan 44 entri ini kita dapat meningkatkan aliran traffic pembaca untuk singgah membaca ke blog tersebut. Memang benar seperti yang di jangka bahawa aliran traffic pembaca yang membaca di blog tersebut meningkat dari semasa ke semasa.

Setelah hampir setiap hari dan secara konsisten menulis, barulah saya sedar di mana minat dan kekuatan saya selama ini. Di dalam kelas blog dan penulisan segala hasil penulisan akan di pantau secara online oleh Anys Idayu Zakaria dan akan di postkan di facebook untuk menarik pihak yang lain membacanya. Walaupun cara menulis agak santai, namun segala kesalahan ejaan seperti koma, tanda titik dan juga tanda adalah amat di titik beratkan. Sebagai langkah awal bagi menggelakkan sebarang kesilapan, sebelum di terbitkan sesuatu blog, di baca terlebih dahulu dan kemudiannya di terbitkan. Dengan minat menulis juga, kita mampu menceritakan secara lebih terperinci tentang sesuatu produk dan juga perkhidmatan yang sedang di usahakan. Itulah kelebihan dan kebaikan menulis kerana kita mampu menceritakan apa sahaja tentang perniagaan kita. Di kelas asas blog , selalu di ingatkan agar tidak menulis dengan cara syok sendiri kerana akan mengakibatkan para pembaca merasa bosan untuk membacanya. Tulislah sesuatu yang lebih positif dan dapat memberikan lebih maklumat kepada semua pembaca di luar sana.

Dengan jaringan ukhuwah yang terjalin di antara semua ahli akademi akan dapat mempercepatkan process aliran traffic pembaca ke blog kita tersebut. Siapa sangka ada di antara kita sedang mencari-cari maklumat yang sangat berguna tentang produk ataupun perniagaan mereka.

Kini setelah hampir beberapa bulan menyiapkan segala tugasan tersebut, segala keyakinan dan kekuatan untuk menulis makin membara. Berazam untuk menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan juga sangat berguna kepada semua pembaca di luar sana.

Yang Ikhlas Menulis
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...