Wednesday 23 October 2019

KUIH POPIA SAMBAL HATI TERTAWAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Alhamdulillah. Walau dalam keadaan yang agak kurang sihat, namun demi tanggungjawab dan juga minat, saya usahakan juga untuk menaip entri terbaru mengenai sahabat AIM atau Amanah Ikhtiar Malaysia ini.

Secara jujurnya, saya patut join AIM ini sejak awal. Namun dek kerana kurang pendedahan dan juga ilmu dan hanya mendengar perkara buruk tentang Amanah Ikhtiar Malaysia ini, maka niat saya itu tertangguh begitu sahaja.

Sehinggalah pada awal bulan Ogos yang lalu, barulah dapat maklumat sebenar dan terkini tentang Amanah Ikhtiar Malaysia ini. Itupun diatas jasa baik rakan-rakan yang ada disekitar kawasan kejiranan saya ini.

Dalam kumpulan AIM saya ini terdiri daripada lima orang. Rata-rata semuanya ada produk dan perniagaan mereka sendiri. Ada yang menjual karipap frozen, menjual popia, popia frozen, baju bundle, kerepek, barangan keperluan harian dan bermacam lagi.

Dalam entri kali ini, saya kali ini saya ingin memperkenalkan salah seorang dari sahabat AIM saya. Dia juga adalah pengerusi dalam kumpulan AIM saya ini.

Namanya ialah Norizah Binti Musa atau biasa dipanggil Izan ataupun Kak Izan bagi yang jauh lebih muda darinya. Dia juga adalah sebaya dengan diri ini dan juga adalah seorang ibu tunggal.

Sejak dulu dia membuat kuih popia sambal, popia frozen dan juga popia basah. Rasa sambal yang manis-manis pedas dan kulit popianya yang ranggup sangat menyelerakan. Tambahan pula isi sayur-sayuranya rasa segar dan enak. Kebiasaannya dia mengambil tempahan dahulu dan kemudianya menghantar terus kepada para pelanggan di kawasan Tanjung Malim, Bernam Jaya dan juga Hulu Bernam.


Syukur alhamdulillah, sambutannya sangat mengalakkan. Selain mengambil tempahan membuat kuih popia, dia juga ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kenderaan.

Selalunya jiran tetangga, para pelajar UPSI dan juga rakan-rakan terdekat. Untuk pengetahuan semua, Norizah ini tidak mempunyai laman sosial. Yang ada hanyalah group wasap. Melalui aplikasi wasaplah saya berhubung, bertukar pandangan dan sesekali meminta dia untuk ke mana sahaja tempat yang agak jauh dari rumah.

Apa pun kuih popia sambal dan juga popia basah senantiasa menjadi permintaan. Namun setakat ini hanya sekitar kawasan yang terdekat sahaja.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk merasai kelazatan kuih popia sambal dan juga popia basahnya bolehlah hubungi beliau seperti di alamat di bawah.

Nama :Norizah @Noriah Binti Musa
No Tel :013 5086706
Alamat :No 12 Jalan Kemudi 2C,Taman Bernam Jaya 44100 Kerling Selangor
Nama bisnes / Syarikat
Maklumat ttg bisnes : Menjual popia frozen,Popia Sambal dan juga  menjahit Tudung Shawl ke bentuk mudah disarung.
Di mana boleh dapat produk : Popia Homemade Homeline secara cod
Waktu berniaga: Cod selepas jam 3 petang.
Nama fb atau ig kalau ada. Hanya ada email: 

Secara sampingan, dia juga boleh menjahit baju dan macam-macam lagi.

Mohon sesiapa sahaja yang berminat boleh terus sahaja hubungi beliau untuk dapatkan popia frozen dan juga popia sambalnya.

Didoakan semoga perniagaan kuih popianya berkembang baju dan begitu juga produk yang lain di samping perkhidmatan pengangkutanya. Insyaallah amiin Ya Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 21 October 2019

KEJUTAN YANG PALING BERMAKNA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat yang Allah kurniakan. Kata orang ibu ataupun bapa sanggup lakukan apa sahaja untuk bahagiakan anak-anak tersayang.
Dan ada masanya segala kesusahan ibubapa tidak akan langsung anak-anak tahu susah ataupun deritanya.

Apa pun semakin usia bertambah, perasaan ingin membalas segala jasa mereka walau bukan dalam bentuk wang ringgit bagaikan membuak-buak.

Sebenarnya segalanya tidaklah dirancang. Semua perancangan hanya secara akhir atau orang putih kata ' last minute'. Namun terfikir juga, adakah perkhidmatan surprise delivery sebegitu wujud di daerah yang paling saya sayang ini.

Kebetulan pula, hari itu adalah hari jadi abah yang ke 76 tahun. Terfikir di minda ini, nak buat surprise birthday delivery untuk abah. Pasti abah akan berasa gembira dan dihargai. Nak hadiahkan abah hadiah yang mahal-mahal, rasanya belum mampu lagi. Namun setia berdoa agar ada rezeki abah nanti.

Demi nak buat kejutan untuk abah ini, berusaha gigih mencari syarikat-syarikat yang buat surprise birthday delivery ini. Tapi kebanyakannya adalah bukan syarikat bumiputera. Dalam hati mesti ada syarikat bumiputera yang perkhidmatannya jauh lebih baik dari syarikat-syarikat yang ada.

Terus teringatkan akak senior masa sekolah menengah dulu. Walau jarang kami berjumpa, tapi senantiasa berbalas wasap dan bertanya khabar. Kebetulan dia juga ada menjalankan perniagaan puding rajanya secara sampingan.


Setelah berwasap dengan dia, dia terus memberi details tentang syarikat yang buat surprise birthday deliverynya.

Nama syarikat tersebut adalah, RIZAL DE PERFUME. Dan tuan punya syarikat ini adalah seorang anak muda yang masih lagi bekerja tapi menjalankan perniagaan ini secara sampingan. 

Tuan punya syarikat ini ialah Ahmad Samrizal Ahmad Nasir. Masih lagi muda dan sangat agresif serta aktif menjalankan perkhidmatannya demi memberikan yang terbaik buat semua para pelanggannya.

Kebetulan pula dia ada juga menjual perfume, handbag, kasut dan juga beberapa barang lagi.

Kepada seluruh daerah Kuala Lipis, Raub dan juga kawasan yang berdekatan dengannya bolehlah dapatkan khidmat birthday delivery surprise dari RIZAL DE PERFUME ini. Atau boleh follow beliau di Facebook atas nama Ahmad Samrizal dan juga Ignya rizaldeperfume.

Jika anda berminat untuk buat live video untuk penerima surprise birthday delivery ini, boleh juga minta beliau lakukan. Buat masa ini syarikat yang diusahakan oleh Ahmad Samrizal hanya memberikan perkhidmatannya sekitar kawasan yang berhampiran sahaja.

Namun tidak mustahil syarikat anak muda ini akan berkembang pesat satu masa nanti. Ingin tahu maklumat tentang perkhidmatan surprise birthday delivery ini bolehlah dapatkan maklumat lanjut seperti berikut ya.

Nama :Ahmad Samrizal
No Tel :0199788832
Alamat :Ahmad Samrizal Ahmad Nasir
No.5 Tingkat Atas Medan Stesen Keretapi Jalan Stesyen
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur.
Nama bisnes / Syarikat : rizaldeperfume
Maklumat tentang bisnes : rizaldeperfume
Jual apa: Perfume,Handbouquet, Rayban, Kasut , Beg, Jam Tangan, Pomade
Di mana boleh dapatkan perkhidmatan ini : Kuala Lipis Pahang Darul Makmur
Waktu berniaga 24jam
Nama fb atau ig kalau ada Fb Ahmad Samrizal ig rizaldeperfume

Jika ada rakan-rakan yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan surprise birthday delivery ini, boleh sahaja berhubung terus dengan beliau ya.

Dan asbab dari perkhidmatan yang disediakan oleh RIZAL DE PERFUME lah, abah rasa sangat gembira dan sempat juga memberitahu bahawa sepanjang hayatnya tidak pernah rasa gembira seperti pada hari jadinya yang ke 76 tu.


Terima kasih dan segunung ucapan tahniah kepada founder RIZAL DE PERFUME iaitu Ahmad Samrizal yang memberikan perkhidmatan paling cemerlang di saat-saat terakhir.

Didoakan semoga perniagaan perkhidmatannya terus berkembang maju dan dapat meluaskan empayar syarikatnya ke negeri yang lain pula. Insyaallah dan mohon doa juga bagi yang sudi singgah membaca entri ini ya.

Nota : Dah baca entri ini? Terima kasih dan jangan lupa tinggalkan jejak anda diruangan komen dan anda akan dapat satu hadiah, khas buat yang sudi singgah membacanya.

Sekian 
Sariah Awang Senik

Saturday 19 October 2019

GIGIH SANG HUJAN



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :  Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/ sariahawangsenik


Hujan masih lagi gigih turunkan segala rahmatNYA.
Sementara jari-jemari ini tekun menaip sesuatu dari luahan gelodak hati ini.

Walau dihambat dengan sedikit kesakitan kurniaan dari Allah, namun tetap bersyukur Allah lorongkan kesakitan ini untuk lebih bermuhasabah diri.

Jujurnya diri ini tidaklah sehebat mana.
Keaiban diri ini Allah lindungikan dan rasa teramat bersyukur dengan perlindungan Allah ini.

Maka jika ada sesuatu keburukan yang sedang dipersembahkan hebat di depan mata ini, berusaha memujuk hati agar tidak  larut dalam mainan perasaan ini.

Benar, saat dan ketika ini hanya mahu perbaiki diri sendiri.
Kisah tentang insan yang lain, biarlah.
Kisah mereka yang berkata itu dan ini dibelakang, biarkanlah juga.

Yang pasti peluang dan ruang yang ada akan diguna sebaik yang mungkin agar benteng keimanan tak akan begitu mudah roboh dek rasukan perasaan itu lagi.


Sekian
Sariah Awang Senik
O

Monday 14 October 2019

KEPERITAN HIDUP, IKHLAS ATAU SEBALIKNYA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Semua dari kita pasti akan lalui keperitan hidup yang tersendiri.
Namun sejauh manakah kita ikhlas dan redha dalam menghadapi semua ujian-ujian tersebut?

Adakah setiap kali dugaan bertandang, kita akan berubah menjadi manusia yang lebih baik ataupun menyalahkan orang lain atas dugaan yang singgah sebentar dalam hidup kita?

Sejujurnya pilihan senantiasa ada di kiri dan kanan.
Dan buatlah pilihan yang paling terbaik.

Yang molek dan cantiknya berusahalah untuk memaafkan segalanya.
Ketahuilah selagi tak melepaskan semuanya, tak akan mungkin kita dapat hidup lebih tenang.

Di malam dingin kala hujan tak jemu menyirami bumi, tahu dan sangat sedar yang kehidupan taklah sesenang dan sesusah mana.

Namun tak pernah sesali akan segalanya.
Percaya dan yakin bahagia sudah ada didepan mata.
Hanya perlu diserikan lagi dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan kepada maha penciptaNya.

Duhai sahabat usah mengeluh akan segala kesulitan dan musibah.
Kerana musibah yang kita hadapi didunia ini tak sehebat dengan apa yang bakal kita hadapi disana nanti.

Semoga kita semua dapat bersama-sama berkumpul di syurga firdausi nanti.
Aamiin Ya Allah


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 13 October 2019

KELAS ONLINE DI TELEGRAM



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.my/sariahawangsenik


Ramai surirumah suka menulis. Di fb ni surirumah suka berkongsi cerita terutamanya bab masakan. Rajin tulis resepi untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Ada juga yang berkongsi tips kekeluargaan, tips anak-anak, tips kesihatan, tips menabung dan bermacam-macam lagi.

Secara tidak langsung perkongsian ini memberi inspirasi kepada yang lain. Selain memberi inspirasi, ramai surirumah diluar sana telah berjaya menjana pendapatan sebagai ghostwriter ataupun penulis upahan dengan menulis.

Nak tahu kisah bagaimana beberapa orang surirumah yang berjaya menjadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan tambahan?

Boleh baca ebook Ghostwriter : The Confesion (edisi BM). Kisah 17 orang ghostwriter menjana pendapatan dengan menulis. Ada yang menjana pendapatan hingga 5 angka dengan menulis buku untuk orang lain.

Nak tahu bagaimana untuk menulis buku bagi pihak orang lain secara sambilan dari rumah?

Boleh join kelas Online Ghostwriter Junior. Kelas 19 - 20 Oktober ni masih ada lagi kekosongan.

Berita baik untuk surirumah. Ada DISKAUN RM20 sempena combo Oktober sale.

Boleh dapatkan info lanjut di link yang tertera ini ya.

http://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlinrghostwriter/Sariah1974



Sekian
Sariah Awang Senik



SEKOLAHKU SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Kata orang zaman sekolahlah yang paling manis dan indah.
Terutamanya masa sekolah menengah.
Jujur diri ini bukan dari kalangan murid yang pandai dan baik.

Hakikatnya keluar masuk bilik displin itu sudah menjadi perkara biasa.
Abah selalu pening kepala dengan gelagat aku masa sekolah menengah dulu.

Ponteng kelas, tidur, kerja sekolah tak siap, semuanya pernah aku buat masa sekolah dulu. Siap pergi mandi sungai lagi.
Kena denda sebab berborak masa kawad pengakap pun ada.

Korang bayangkanlah kena panjat pokok dan jerit macam monyet tu.
Kau rasa gempak tak?

Rasanya kalau cikgu denda murid zaman sekarang, mahunya dah jadi viral satu Malaysia.

Tapi satu sahaja, walau semua kerja-kerja nakal aku buat zaman sekolah dulu, akhirnya lulus juga SPM walau taklah secemerlang mana.

Result ada jugaklah A, B dan juga C,D.
Paling best belajar subjek Bahasa Melayu, Sastera dan juga Lukisan.
Masa result SPM keluar, aku dah bekerja sambilan pada waktu itu.

Ingat nak sambung belajar form 6.
Tapi masa itu arwah emak sedang sakit dan adik-adik masih bersekolah.
Tak tergamak pulak nak biarkan abah tanggung semua perbelanjaan adik-beradik.

Maka aku mengambil keputusan untuk bekerja dan kalau ada masa menjaga arwah emak yang menghidap sakit kanser pada waktu itu.

Bersekolah di Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis Pahang atau Sekolah Menengah kebangsaan Clifford, itu adalah nama terbaru sekolah yang paling aku sayang ini.

Terlampau banyak memori manis yang aku tinggalkan di setiap blok kelas yang ada di sekolah ini.
Sayang dan rindu sangat nak kembali ke sekolah menengah Clifford ini.

Setiap kali balik kampung, terlalu sibuk nak melawat sekolah lama aku ini.
Hanya mampu memandangnya dari jauh.

Kadang-kadang anak-anak selalu tanya, ibu nakal ya masa sekolah dulu.
Sambil tersenyum aku diamkan diri sahaja.

Hanya sempat berpesan jangan nakal macam ibu masa sekolah tau.

Hari Khamis yang lepas ada satu karnival telah berlansung di sekolah menengah kebangsaan Clifford ini. Karnival #cliffordkugemilang ini telah pun berlansung selama beberapa hari.

Karnival penutupan #cliffordkugemilang ini telah dirasmikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza.
Siapa yang tidak kenal penyanyi tersohor ini. Masa aku di form 5,rasanya di dah pun di form 2, kalau tak silaplah.

Pernah jugaklah satu kelas dengan adik lelaki aku. Memang masa sekolah dulu, selalu Dato Sri Siti Nurhaliza yang akan buat persembahan.

Aku cuma jadi tukang sorak, tukang tepuk dan juga tukang sibuk jelah.

Biarpun sekarang tidaklah berjaya macam Dato Sri Siti Nurhaliza, namun tetap terhutang budi dengan semua guru-guru yang tidak jemu mengajar murid nakal macam diri ini.

Sekurang-kurangnya aku tak gentar dalam menghadapi segala cabaran hidup.
Bermula dari murid yang nakal sehingga berubah seperti sekarang.
Syukur alhamdulillah.

Dan terima kasih juga sebab sudi baca coretan ini hingga ke akhirnya.
Buat rakan-rakan yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah kebangsaan Clifford ini, rindu korang semua dan berdoa ada rezeki dapat berjumpa lagi.

Nota : Yang pernah bersekolah di SMK Clifford, sudilah korang share batch bersekolah di sekolah yang bersejarah ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Friday 11 October 2019

KISAH SEMALAM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Kali terakhir lihat dia menangis dan merayu sewaktu tahu sahaja perpisahan antara ibu dan abahnya.

Itulah kali terakhir dia menitiskan airmata pada usia 12 tahun.
Kebetulan masa itu baru sahaja menerima result UPSRnya.

Bayangkan kejayaan result UPSR diraikan dalam masa yang sama menerima berita yang tidak disangka-sangka itu.

Hanya tuhan yang tahu bagaimana hati anak-anak tersayang.

Namun perancangan Allah maha hebat.
Kisah perit suka dan duka sedikit demi sedikit lenyap dengan hikmah yang Allah kurniakan disebalik kisah duka itu.

Dia terus belajar berdikari, berusaha dan bekerja secara part time untuk mencari duit belanja sekolahnya pada waktu itu.

Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.
Anak-anak makin belajar erti kesusahan, belajar berdikari. Jaga antara satu sama yang lain juga uruskan segala hal rumahtangga.

Semoga kasih sayang Allah senantiasa bersama abang dan adik.
Melihat dia kini , semua kenangan yang menyakitkan itu terhapus begitu sahaja.


Sekian
Sariah Awang Senik


Wednesday 2 October 2019

HUJAN RAHMAT



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Hujan turun.
Sesekali lebat adakalanya reda kembali.
Namun disebalik titisan mutiara dari Allah itu pasti ada kehidupan baru yang bermula disebaliknya.

Begitulah perasaan seorang yang bernama manusia.
Sukar diramal dan senantiasa berubah. Pandangan zahir dan nbatin tak akan sama.

Adakalanya kita makin leka.
Asyik dengan dunia tersendiri.
Terlalu inginkan sesuatu yanh diluar jangkaan kita sampaikan terlupa menghargai apa yang ada di depan mata.

Sangat sedar dan tahu diri tidaklah sesenang mana juga tidaklah seperit kehidupan yang lebih melarat.

Namun tidak rasa malu untuk mengakui akan semua kebenaran ini.
Dan mungkin juga inilah gudang pahala sebagai bekalan disana nanti.

Buat semua sahabat, hanya maaf dipinta andai ada yang pernah terluka.
Ketahuilah kekurangan ini adalah peluang untuk diri lebih peka dalam usaha untuk memberi manfaat buat yang lain.

#bilakaklongmenulis


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...