Posts

Showing posts from June, 2017

BULAN RAMADAN BULAN TERBAIK UNTUK BERDOA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
https://sariahawangsenik.blogspot.comBetapa cepatnya masa berlalu. Puasa pun dah nak sampai ke penghujungnya. Dan patutnya perbanyakkan lagi amal ibadah dan sedekah sebagai salah satu bonus kita di akhirat kelak.Bulan puasa ini kalau nak tahu, adalah bulan yang paling terbaik untuk berpuasa. Mintalah apa saja seikhlas hati dan berdoalah bersungguh-sungguh serta yakin sepenuhnya kepada Allah yang maha esa.Tapi janganlah hanya tunggu bulan puasa, baru nak berdoa. Berdoalah setiap hari tiap saat dan juga minit.Perbanyakkan jugalah sedekah bukan hanya pada manusia bahkan boleh juga pada binatang.Teruskanlah berdoa dan mintalah apa sahaja asalkan ianya tidak bercanggah dengan segala yang telah ditentukan.
Insha Allah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

PROMOSI RAYA DI DEXANDRA

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.comBila tiba hari raya, pasti banyak jualan murah tidak kira dipasaraya ataupun dimana-mana saja.Macam itu jugaklah dengan DEXANDRA INSPIRED PERFUME. Sempena bulan Ramadan dan juga hari raya yang tidak berapa lama lagi, 2 botol 35ml boleh dibeli dengan hanya berharga RM 100.Selain daripada itu, boleh juga beli 1 botol perfume DEXANDRA 35ml dan juga 1 Botol Body Odourless juga dengan harga RM 100.Dahlah, ada promosi, boleh pulak berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik.Kalaupun tidak menang sebarang cabutan bertuah, boleh kumpul point dan ditukarkan dengan hadiah-hadiah yang memang gempaq.Nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah menghubungi saya, Sariah Awang Senik 019-4075634 .
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

TUHAN, JAGAKAN DIA UNTUKKU

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogsot.comHampir 18, anak tersayang berada di depan mata. Kini dah tiba pula giliran nya untuk belajar berdikari demi mengejar segala cita-citanya.Sekarang dia sedang menyambung pengajiannya di Politeknik Kuantan Pahang Darul Makmur.
Dia menyambung pengajiannya di peringkat diploma dan InshaAllah bakal juga melanjutkan pelajarannya di peringkat degree satu masa nanti.Jujurnya saya tidak pernah berjauhan lama dengannya. Selalunya hanya dua atau tiga hari sahaja. Tetapi kini redha berjauhan dengannya selama tiga tahun.Syukur segala urusan dan persiapannya untuk melanjutkan pelajarannya berjalan dengan lancar.Dan paling yang membuatkan saya terharu ialah dia membayar sendiri duit hasil kerja sampingan untuk yuran pendaftaran belajar nanti.Walaupun yuran pendaftarannya itu tidak sebanyak mana, namun itulah duit titik peluhnya sendiri. Agak lama juga saya tidak pernah ke Kuantan.Sekarang bandar cukup pesat membang…