Wednesday 7 June 2017

TUHAN, JAGAKAN DIA UNTUKKU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogsot.com

Hampir 18, anak tersayang berada di depan mata. Kini dah tiba pula giliran nya untuk belajar berdikari demi mengejar segala cita-citanya.

Sekarang dia sedang menyambung pengajiannya di Politeknik Kuantan Pahang Darul Makmur.
Dia menyambung pengajiannya di peringkat diploma dan InshaAllah bakal juga melanjutkan pelajarannya di peringkat degree satu masa nanti.

Jujurnya saya tidak pernah berjauhan lama dengannya. Selalunya hanya dua atau tiga hari sahaja. Tetapi kini redha berjauhan dengannya selama tiga tahun.

Syukur segala urusan dan persiapannya untuk melanjutkan pelajarannya berjalan dengan lancar.

Dan paling yang membuatkan saya terharu ialah dia membayar sendiri duit hasil kerja sampingan untuk yuran pendaftaran belajar nanti.

Walaupun yuran pendaftarannya itu tidak sebanyak mana, namun itulah duit titik peluhnya sendiri. Agak lama juga saya tidak pernah ke Kuantan.

Sekarang bandar cukup pesat membangun. Di tempat lagi dengan pantainya seperti Teluk Cempedak dan juga Cherating. Pantai Teluk Cempedaknya tidak seperti dahulu.

Makin bertambah cantik dan juga bersih. Ditambah lagi dengan gerai-gerai makanan dan juga pelbagai aktiviti menarik terutama di malam minggu.

Selain nasihat dan juga tunjuk ajar kepada anak bujang tersayang, saya tidak pernah putus-putus berpesan untuk dahulukan suruhan Allah dahulu sebelum melakukan perkara yang lain.

Jika diutamakan Allah dahulu, insha Allah segala apa yang kita rancangkan pada hari tersebut akan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Apa pun setiap masa saya tidak pernah berhenti berdoa untuk anak tersayang. Semoga Allah senantiasa merahmatinya dan juga menjaga keimanannya walau dimana saja dia berada.

Ya, Allah lindungilah anak tersayang dan jagakanlah dia dengan sepenuh kasih sayangMu dengan sebaik-baiknya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...