Monday 30 January 2017

KISAH SERIBU SATU MACAM DI TAHUN BARU CINA 2017

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Hai! Selamat Tahun Baru Cina bagi semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Semoga tahun 2017 ini akan lebih memberikan kebahagiaan dan juga kekayaan bagi masyarakat Cina.

Amboi! Rasa ucapan terlalu rasmi pulak. Memang rasmi pun. Lagipun inikan masih di mood hari raya Cina. Seperti masa bila tiba raya Cina ini, saya selalunya tiada istimewa yang nak dihabiskan. Cuma kena kerja shift dari pagi sampailah ke malam.

Bermula dari hari Jumaat sampailah berakhir semalam. Bukan mudah juga nak bertahan sampai ke malam itu. Almaklumlah, tenaga yang ada itu, kena digunakan sebaik yang mungkin.

Keadaan ditempat kerja, biasalah. Walau banyak yang negatif, tapi saya usahakan juga untuk berfikir sepositif yang mungkin. Sebab kalau terlalu asyik fikirkan semua masalah yang ada, secara automatiknya akan sebabkan semangat saya mudah luntur dan hilang terus.

Dah sibuk bekerja dua, tiga hari ini, sampaikan saya terlupa nak update semua status yang penting di laman sosial Facebook. Semua itu penting sebagai salah seorang peniaga online di laman-laman sosial yang tertentu.

Selalunya saya akan buat rutin harian itu di wall peribadi facebook dan juga di akaun peribadi Instragram.

Mana tahu, akan ada rezeki yang melimpah ruah pulak di online ini. Asyik sibuk siapkan entri ini, menyebabkan saya rasa mengantuk dan terpaksa berehat sebentar.

Alhamdulillah. Dah pun masuk waktu Zohor.
Jom kita tunaikan solat Zohor dahulu sebelum selesaikan aktiviti yang lain ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 18 January 2017

PROGRAM PERJUMPAAN ( MESRA WARIS ) IBUBAPA PENJAGA TAHUN 6

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirrahim. Moga segala rahmat dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang singgah membaca di blog ini.

Pada 18 Januari yang lepas, saya telah menghadiri satu Program Perjumpaan Ibubapa bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2017. Anak dara tersayang juga adalah salah seorang calon bagi peperiksaan UPSR tahun 2017. Banyak agenda menarik yang para guru dan ibubapa bincangkan.

Di antara yang paling menarik perhatian ialah menubuhkan satu kelab ibubapa khusus untuk para pelajar yang dinamakan sebagai GROW. 
Agenda utama penubuhan kelab ini adalah lebih untuk mengadakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR ini nanti. Dan yang paling menarik perhatian ialah guru besar barunya telah pun mengaktifkan semula blog sekolah, bagi Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam ini. Banyak program-program menarik yang bakal dijalankan untuk semua murid tahun 6 ini. 
Dan kerjasama semua ibubapa dan juga guru-guru sangat-sangatlah dialu-alukan.
Segala perbincangan semasa program itu dijalankan berjalan dengan lancar dan jayanya. Yang paling membanggakan dan rasa terharu adalah apabila guru besar sekolah mengumumkan bahawa nama dara tersayang tersenarai bagi target sekolah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 orang pelajar yang akan mendapat 6A. Saya berdoa semoga apa yang dicita-citakan akan tercapai dan melepasi target semua guru-guru. Mana tahun pada tahun ini murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam mendapat 12 orang yang mendapat 6A. 
Siapa tahu kan?
Semuanya tiada yang mustahil. Asalkan berusaha bersungguh-sungguh dan teruskan berdoa dan insha Allah semuanya akan tercapai. 
Aamiin.



Sekian Terima Kasih.

Monday 16 January 2017

NIKMATNYA SEBUAH KEJAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Mendungnya cuaca pagi ini. Agak-agak macam nak hujan je. Tapi kalaupun hujan atau sebaliknya, saya tetap rasa bersyukur.
Bersyukur kerana Allah itu masih lagi beri peluang untuk saya menjalani kehidupan sebagai hambanya dan membuat seberapa banyak kebaikan tidak kira kepada sesiapa sahaja.

Paling bermakna dalam sebuah kehidupan, apabila kita dapat capai suatu kejayaan. Tidak kiralah kejayaan itu besar ataupun kecil. Tapi impaknya sangat bermakna dalam kehidupan kita ini kan.

Nak capai suatu kejayaan bukanlah perkara yang mudah bukan. Perlu banyak berusaha, sabar dan juga jangan sesekali lupa untuk berdoa. Sebab kalau buat apa pun, jika tidak berdoa, memang susah berjaya.

Siapa lagi yang menguasai seluruh alam maya ini, jika tidak Allah yang maha esa.

Dalam nak capai satu kejayaan, pasti kita terpaksa berkorban apa sahaja. Korbankan masa santai yang ada dan luangkan lebih banyak masa dalam menjalankan aktiviti yang ada kaitan dengan sebuah kejayaan.

Maknanya tiada jalan singkat nak berjaya. Nak capai satu kejayaan itu memang agak perit, tapi setelah berjaya harungi semua dugaan, pasti akan terasa akan sebuah kenikmatannya.

Seronok dan bahagia bukan?
Tapi perlu bersabar dan jangan sesekali berputus asa untuk berusaha lagi, jika ditengah jalan nanti, kita gagal.

Okey. Perjalanan masih jauh dan perjuangan tidak akan pernah berhenti. Teruskan segala usaha sehingga membuahkan hasil yang paling membanggakan.

Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat yang Allah kurniakan.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday 12 January 2017

GALAU DI HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Pagi ini agak mendung sangat. Rasa macam nak hujan. Tapi tidak pun tunjukkan macam nak hujan.
Hari ini, dah pun hari Jumaat. Cepat sungguh masa berlalu kan?

Tidak lama lagi, akan menyambut pula, perayaan Hari Raya Cina. Dan seperti biasa dan tahun-fahun sebelumnya, saya akan bekerja lebih masa, selama beberapa hari.

Ada masanya, saya bosan juga, asyik buat benda yang sama setiap tahun. Untuk sementara ini, biarlah saya bersabar dahulu.

Sekarang ini saya sedang sibuk belajar tentang bau dari perfume Dexandra. Entah apa yang membuatkan saya begitu tertarik hati dengan wangiannya itu.

Mungkin juga sebab kesannya dan yang paling utama, ialah dapat terus dibawa bersolat. Apa pun saya menyimpan yang sangat besar dalam Dexandra ini.

Bukan setakat nak pakai saja, malah bercita-cita ingin berjaya berniaga bersama Dexandra dengan menyebarkan segala kebaikan yang ada dalam empayar perniagaan Dexandra ini.

Risau itu selalu ada. Tapi kalau nak selalu fikirkan tentangnya susah juga. Fikir tapi tidak mahu usaha dan juga bertindak.
Lebih baik buat sahaja terlebih dahulu.

Tengah sibuk menaip entri ini, tidak sedar anak dara dan juga abangnya telah pun ke sekolah. Si abangnya sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPMnya.

Ehem!! Sebab itulah si adik ini agak manja sedikit. Okey. Sebelum saya terlupa, YES di Dexandra dah berakhir ya. Maka secara automatik, harganya kembali kepada harga asal iaitu,

RM 65, 35ml dan jika beli 2 botol pulak, berharga RM 120 dan percuma 1 botol tester 3ml. Yang paling BESTnya berpeluang menang Ipad Pro untuk cabutan bertuah bulan Januari 2017 ini. Jika ada yang berminat, bolehlah hubungi saya, Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 10 January 2017

HARI TERAKHIR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi! Panas betul diluar itu. Dah dua atau 3 hari cuaca panas terik . Tekak pun asyik dahaga je. Nak minum pulak air sejuk atau yang ada ais batu.

Tapi kalau asyik minum sahaja ais, nanti demam dan selsema pulak. Apa pun, sama ada panas atau hujan hati ini tetap rasa bersyukur.

Dibandingkan dengan daerah lain seperti Kelantan dan Terengganu yang sedang dilanda banjir sekarang. Alhamdulillah. Syukur seadanya dengan apa yang kjta miliki sekarang

Hari ini adalah hari terakhir YES di DEXANDRA. Dengan harga yang sangat berpatutan, bolehlah kita membeli pelbagai jenis perfume kegemaran.

Selalunya harga sebelum promo ialah RM 65, 35ml sebotol.
Tapi disebabkan YES, harga sekarang RM 55 sebotol.
Kala beli 2 botol pulak harganya RM100.

Okey, kepada sesiapa yang tertarik nak cuba macam mana rasanya memakai perfume DEXANDRA, jangan segan untuk call saya disinib 019-4075634.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Friday 6 January 2017

TENANG, BAHAGIA SELAMANYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah.
Dalam hidup ini, semua orang nakkan kehidupan yang bahagia dan ada segalanya kan. Ada keluarga yang baik juga seorang suami yang penyayang dan baik hati.

Tapi, kalau kehidupan kita tidak seperti yang kita harap dan bayangkan, kita masih juga boleh hidup bahagia dengan gembria.

Untuk merasa bahagia dan tenang adakalanya, kita kena jadi lebih kreatif. Selama mana nak terus rasa sedih dan asyik fikirkan nasib diri kan. Rasa sedih dan kecewa itu perlu, tapi janganlah lelama sangat.

Takut nanti, apa yang dicita-citakan dan rancang akan terlepas semuanya. Yalah! Asyik sibuk bercerita tentang nasib diri, hinggakan kita terlupa matlamat sebenar kehidupan yang perlu kita lalui.

Setiap hari laluilah kehidupan ini dengan penuh rasa bersyukur dengan gembria dan bahagianya. Tidak perlu kehidupan serba lengkap dan ada segalanya.

Cukuplah dengan hanya satu semburan mampu merubah segalanya. Dari rasa sedih kepada rasa gembria . Jangan ikutkan sangat rasa kecewa itu. Bukan untung . Baik fikirkan sesuatu yang boleh buat kita lupa segalanya.

Betul tidak?

Dengan wangian juga mampu merawat segala segala keresahan yang ada. Dan adakala dapat memberikan kita lebih keyakinan untuk jalani kehidupan harian kita setiap hari.

Contohnya, dengan wangian Bombshell ini. Kalau nak tahu, inilah salah satu wangian yang paling saya suka. Wangian Bombshell ini dapat elakkan kita dari digigit nyamuk. Macam hari itu, saya semburkan sedikit wangian Bombshell kepada badan kucing dan hasilnya, tiada nyamuk lagi yang hinggap dibadan kucing saya tersebut.


Nak dapatkan wangian Bombshell ini, senang je. Boleh terus hubungi saya Sariah Awang Senik atau terus whatshapp di sini 019-4075634 dan juga email sariah.awangsenik@gmail.com


Sekian Terima Kasih

Sariah Awang Senik

Thursday 5 January 2017

NYAHLAH KAU SI BIAWAK HIDUP

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Dah seminggu memasuki tahun 2017. Cepat sangat masa berlalu kan! Kebiasaannya, waktu persekolahan ini, masa memang berlalu begitu pantas sekali.

Jangan terkejut dan takut ya, bila tengok gambar biawak itu. Tapi saya selalu juga terserempak biawak ini di dalam semak-samun sedang khusyuk menangkap ayam belaan jiran sebelah rumah. Ayam kampung banyak memang jadi daya tarikan bagi biawak ini.

Tapi apa kaitan biawak dengan entri saya kali ini ya?

Sebenarnya banyak. Biawak seumpama suara-suara kecil yang berunsur negatif yang senantiasa menjadi penghalang untuk membuat suatu kebaikan. Jangan salah faham ya! Suara-suara negatif itulah saya umpamakan seperti biawak dan kini saya telah lenyapkan dia terus dari kehidupan saya buat selama-lamanya.

Selalu bila kita nak buat sesuatu, ada masanya seakan ada satu suara kecil yang bersuara dari dalam diri kita.
Contohnya, " Hari ini aku nak niaga all out kat sinilah."
Maka suara biawak ini akan menghasut kita, " Boleh ke kau niaga kat situ?"
" Kang ada orang marah. Padan muka kau."

Itu hanya sebagai satu contoh.
Tapi bagaimana kita nak NYAHkan terus semua suara biawak hidup itu ya?

Semuanya berbalik kepada apa matlamat kita dalam kehidupan. Tidak akan selamanya kita masih nak berada di tahap yang sama tanpa sesuatu perubahan yang boleh membanggakan dan memberi kepuasan kepada diri kita.

Apabila sampai sesuatu saat, kita akan berasa bosan melakukan aktiviti yang sama dan ingin lakukan perubahan yang lebih besar dan yang pastinya dapat menyenangkan dan membahagiakan kedua ibubapa tersayang.

Setiap hari, katakan pada diri apa yang kita mahukan dan apa yang ingin dicapai setiap hari, Dan yang sangat penting haruslah banyak berdoa dan minta teruslah pada ALLAH yang maha esa.

Insha Allah, jika diamalkan selalu semua suara-suara biawak itu akan terus lenyap terus dan tiada lagi kedengaran dari dalam diri kita.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 4 January 2017

ALKISAH SI HARRY BOY

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Asalnya memang aku tidak suka sangat dengan kehadiran kau. Tapi dah lama-lama rasa diri kau itu, ok jugak.

Dengan gelagat dan juga perangai kau yang lawak itu, selalu buat aku tersenyum, masa aku tengah stress dan juga sedih. Rupa kau itu tidaklah kacak mana pun. Warna pun bukanlah lawa sangat. Dua warna je.
Putih dan juga hitam. Macam tahi cicak kan.
Amboi! Kemain lagi mengutuk ya.

Semakin lama membenci makin rasa sayang itu makin menebal kan. Tapi si Harry ini memang bertuah. Walau duduk rumah biasa-biasa je, tapi minum air yang bertapis tahu.
Air penapis air Mr Cuckoo. Yang sekarang tengah terkenal.

Harry memang suka lakukan aktiviti outdoor. Dan yang pasti Harry ini amat pentingkan kebersihan. Mana tidak hatta seekor lalat pun dia berusaha menghalaunya, inikan lagi hal yang lainnya.

Disebabkan hobinya yang suka duduk dalam semak dan suka menangkap apa yang patut, jadi si Harry suka sangat dengan bau BOMBSHELL.

Lepas dah dispraykan sikit dengan bau Bombshell, jadi senanglah si Harry berguling-guling dalam semak itu menangkap burung atau apa saja kan. Si Harry ini hanyalah seekor kucing tapi dah tahu menilai apa yang baik atau tidak untuk dirinya.

Kalau yang mahal pun, kesannya sama dengan yang murah, jadi tidaklah salahnya kalau beli dengan harga yang berpatutan.

Kalau beli sebotol RM 300 tapi hanya dapat satu botol je, baik beli dengan harga yang sama tapi dapat pulak enam jenis wangian yang berlainan baunya.

Jadi jimatkan. Kesannya masih sama . Tapi setiap hari boleh pulak bertukar-tukar bau kan. Mood pun senantiasa berubah dan terus kekal ceria macam Si Harry yang suka mencuit hati orang lain.

Memang Si Harry hanya sekadar seekor binatang. Tapi dia paling bijak membezakan apa yang sesuai untuk diri dan juga kemampuannya. Masa aku tengah menulis entri ini, Si Harry sedang lena tidur berbantalkan seluar jeans aku yang berbau Bombshell itu.

Sedapnya kau lentok dengan asyik sekali ya.
Sementara Si Harry tengah tidur lena, nak beritahu yang YES di DEXANDRA bakal berakhir tidak lama lagi.

Tidak akan nak tunggu habis baru nak menyesal kan. Sementara masih ada promosi ini, jomlah beramai-ramai dapatkan perfume kegemaran dengan harga yang paling BOMBASTIK!!.

Cara nak dapatkannya senang je. Whatshapp disini 019-4075634 atau kalau malu email je kat sini sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 3 January 2017

YES DI DEXANDRA BAKAL BERAKHIR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. 2017 hadir membawa seribu kerahmatan. Rasa terlalu cepat masa ini berlalu kan. Hari ini juga, bermulalah seisi persekolahan untuk tahun 2017.

Maka secara rasminya cuti sekolah selama sebulan pun dah berakhir. Anak dara saya pagi ini, nampak ceria dan begitu yakin ke sekolah. Almaklumlah dah lama tidak bertemu dengan semua rakannya disekolah kan.

Biasalah pepagi macam ini, walau sudah bangun awal pun, masih tidak cukup-cukup masa untuk bersiap. Nasib beg sekolah dan buku-buku sudah disiapkan sejak dari awal. Kalau tidak, memang siaplah telinga anak dara akan jadi makin nipis, apabila mendengar saya membebel.

Sudah bersarapan dan sebagainya, maka dia pun sudah bersedia untuk ke sekolah. Nak tahu apa yang dia buat sebelum keluar rumah?

Dia sempat lagi menyembur sedikit minyak wangi kegemarannya.
Apa lagi kalau bukan DEXANDRAkan.

Dia sapu sedikit pada pergelangan tangannya dan kemudiannya sedikit ke leher. Amboi!! Bukan main lagi anak dara ini membelasah minyak wangi saya yang ada.

Kebetulan pulak wangian kegemarannya sama dengan saya. Kalau bukan MIRACLE dan BOMBSHELL, apa lagi kan.
Ikutkan hati saya yang tamak ini, saya nak je beli semua perfume dari DEXANDRA ini.

Sebelum itu, saya nak beritahu yang YES di DEXANDRA bakal berakhir beberapa hari lagi. Promosi akan berakhir pada 10 Jan 2017 dan hanya tinggal beberapa hari lagi.

Hari itu, semasa saya dan adik tersayang pulang ke kampung, saya dan adik sempat menjual sebanyak 2 botol DEXANDRA kepada abah dan juga mak cik. Tidak sangka abah dan makcik begitu sporting sekali.

Saya dan adik sempat lagi mengambil gambar abah dan juga makcik bersama wangian kegemaran mereka.

Sebelum YES ini berakhir, jom dapatkan wangian kegemaran anda dengan harga yang paling BEST dan membahagiakan.

2 botol RM 100

RM 100 untuk 2 botol.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...