Sunday 27 November 2016

MANISNYA DEXANDRA FAMILY ORIENTATION 2016

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur atas rahmat Allah yang tiada ternilainya. Pagi mendung sahaja. Tapi sangat nyaman dan damai sekali. Mungkin sebab dah berapa hari sebelah petang asyik hujan je.

Sejak dua, tiga hari saya masih teringat akan segala kenangan manis semasa pergi berseminar bersama dengan satu syarikat minyak wangi yang terkenal iaitu DE'XANDRA INSPIRED PERFUME. Alhamdulilah, sekarang hampir setiap hari iklannya akan keluar di tv terutamanya di TV 3.

Jadi bila tengok iklan itu secara automatik saya teringat segala apa yang telah saya belajar di seminar tersebut.

Asalnya, saya hanya nak temnakan adik tersayang berseminar. Walau saya tahu, dia dah lama menjual minyak wangi DEXANDRA, hati saya belum terbukak sepenuhnya untuk turut sama menjual produk minyak wangi ini.

Agaknya, masa itu, tuhan belum nampakkan segala peluang perniagaan bersama dengan DEXANDRA. Tapi bila dah duduk dan mendengar segala ilmu semasa berseminar itiu, nyata saya harus buat dan lakukan sesuatu untuk perbaiki kehidupan saya agak menjadi lebih baik .

Jujurnya saya amat tersentuh hati dengan perkongsiaan pengasas DEXANDRA iaitu Pn Eryanee tentang betapab pentingnya restu kedua ibubapa dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Apa saja yang kita ingin lakukan minta restu dan mohon kedua ibubapa mendoakan untuk kita,

Paling saya tersentuh hati dengan pesanan yang amat menyentuh hati oleh penceramah terkenal iaitu Dr Robiah agak menjaga hubungan yang amat baik dengan maha pencipta iaitu ALLAH yang maha esa,

Sesibuk mana pun kita, dan setinggi mana pangkat dan kedudukan dan walau sebesar mana gaji yang kita dapat setiap bulan, semuanya tidak akan berlaku jika tidak dengan izinnya. Maka senantiasalah panjatkan rasa syukur dan selalulah berterima kasih kepada ALLAH dengan cara menjaga solat 5 waktu, berzikir dan juga selalulah bersedekah tidak kira bagaimana kita membuat sedekah tersebut.

Kemuncak seminar, adalah perkongsiaan dari Coach Zie, tentang bagaimana melakukan rutin harian dan juga melakukan aktiviti perniagaan berdasarkana dari teknik RAS.

Teknik RAS adalah satu kelenjar yang sangat aktif di otak kanan dan ianya memang wujud dalam setiap otak manusia. Selalunya ianya akan bertindak mengikut apa yang kita bayangkan setiap hari. Nyata kaedah itu amat berkesan dan WAJIB diaktifkan setiap hari melalui teknik pernafasan yang betul.

Seminar dikendalikan oleh seorang MC yang sangat hebat dan sporting iaitu MC Naaz. Cara dia mengendalikan seminar yang gila-gila sporting itu membuatkan peserta seminar tidak bosan dan juga mengantuk.

Dexandra Family Orientation berakhir pada 13 November pada hari Ahad. Banyak ilmu-ilmu baru yang telah saya pelajari dan insha Allah akan diaplikasikan sebaik yang mungkin dalam perniagaan Dexandra nanti.
Disamping itu juga saya berpeluang berkenalan dengan lebih rapat dengan team adik saya, iaitu Team Perfume Garden. Hampir semuanya lebih muda dari saya, tapi semangat berniaga Dexandra sangat berkobar-kobar.

Team Perfume Garden diketuai oleh Kapten Adha bersama dengan isterinya iaitu Nordiana. Mereka berdua sangat komited menjalankan perniagaan Dexandra walaupun hanya bermula sebagai seorang dropship sahaja. Semengat mereka selalu membuatkan saya teruja dan saya tidak akan sesekali mensia-siakan peluang yang ada,

Di kesempatan ini, saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada adik tersayang Sarimah Awang Senik kerana memberi peluang kepada saya menyertai seminar Dexandra Family Orientation selama 2 hari tersebut,

Apa pun semuanya tidak terjadi tanpa satu tindakan. Buat apa pun mohonlah restu kedua orangtua dan selebihnya mohonlah kepada Allah untuk permudahkan segala urusan.

Dexandra! Wangian Kehidupan
Dexandra! Wangian Kehidupan
Dexandra! Jutawan 2017.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Jika berminat nak mencuba wangian dari Dexandra ini, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Saturday 26 November 2016

BERMULALAH CUTI SEKOLAH 2016

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Bismillahirahmahnirahim.
Assalamualaikum. Selamat pagi dan juga salam sejahtera. Alhamdulilah. Cepatnya masa berlalu. Hanya sebulan sahaja sudah nak masuk ke tahun 2017. Semalam adalah seisi persekolahan terakhir bagi tahun 2016. Walaupun pencapaian anak-anak adalah sederhana, tapi saya tetap bersyukur.

Ialah bukan mudah juga mereka nak jadi pandai dan bijak dalam semua segi. Sudahlah sibuk dengan akan kokurikulum, terpaksa pulak membahagikan masa dengan kerja sekolah dan juga tuisyen. Jadi cuti selama sebulan ini, biarlah mereka rehatkan minda mereka daripada sebarang beban pembelajaran.

Cadang saya, cuti sekolah ini hendak beli banyak buku cerita dan juga buku ilmu pengetahunan buat anak-anak tersayang. Itu untuk anak dara. Untuk abangnya pula, tidak pasti apa sebenar rancangannya sementara tunggu keputusan SPMnya nanti.

Mujur jugalah saya ini mempunyai minat yang sama dengan anak-anak tersayang iaitu suka meluangkan masa dengan membaca selain minat menulis.

Ehemm, anak-anak masih lena diulit mimpi. Mentang-mentanglah hujan lebat dan hari minggu pulak itu. Nampak sangatlah kemalasan hampir menguasai anak-anak tersayang,

Tidak apa, saya peluang sikit je lagi. Kalau masih tidak bangun dan teruskan semua aktiviti seperti biasa, alamak nanti berdondang sayanglah saya nanti.

Okey. Saya nak berhenti disini dahulu. Sebenarnya masa kerja lagi nak buat. Tapi saya memilih untuk menulis entri ini terlebih dahulu. Insha Allah nanti akan saya sambung entri yang lain terlebih dahulu ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 6 November 2016

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Pagi yang dingin dan sangat tenang. Tapi hakikatnya hanya Allah yang lebih mengetahui. Alhamdulillah. Hari ini bermulalah peperiksaan SPM buat semua anak-anak di seluruh negara Malaysia.

Sebagai seorang ibu, bohonglah kalau saya tidak risau. Tapi tidaklah terlalu ketara sehinggakan anak bujang tersayang tidak selesa. Ada masanya kita perlu yakin akan kebolehan anak- anak. Dan yang paling utama jangan berikan terlalu banyak tekanan dan harapan yang terlalu tinggi.

Membesar dan mendidik anak-anak sendirian bukanlah perkara yang mudah. Dan jadi sebagai seorang ibu dan ayah juga bukanlah perkara yang mudah.

Semuanya telah ditentukan dan tugas saya hanyalah lalui dan hadapi semua dugaan. Mengalah tidak sama sekali.

Menjadi anak-anak mangsa perceraian bukanlah perkara yang mudah. Dahulu anak bujang yang seorang ini sukar terima kenyataan. Tetapi semakin hari dia belajar menerima kenyataannya secara beransur-ansur.

Seorang yang kreatif, aktif dan sangat suka membantu orang lain. Bertanggungjawab dan suka berdikari untuk dapatkan sesuatu.

Kini dia semakin dewasa melayari segala kehidupannya. Apa sahaja diselesaikan dengan caranya yang tersendiri.
Buat anak tersayang Muhamad Aiman Hakimi, semoga dengan mengambil berkat nama Muhamad , nama Nabi Muhamad SAW, kau akan juga berjuang menghadapi segala rintangannya.

Perjuangan ini baru bermula. Dan perjalanan masih jauh. Usah gentar untuk melaluinya. Jangan putus berdoa kepada Allah yang maha esa.
InshaAllah.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday 2 November 2016

HARI YANG PENUH DUGAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Syukur berakhir juga cuti persekolahan yang lepas. Kalau ikutkan bukanlah lama sangat cuti pun. Rasanya dalam empat hari jugalah. Cuti sempena sambutan Hari Raya Deepavali.

Biasalah tiap kali cuti perayaan, maka berduyun=duyunlah orang ramai untuk pulang ke kampung dan juga menghabiskan cuti yang ada bersama keluarga tersayang.

Tapi saya tidak boleh cuti pada musim macam ini, sebab terpaksa bekerja di shift pagi untuk gantikan staff yang bercuti hari raya Deepavali.

Kebetulan pula, saya bekerja di hentian Rehat dan Rawat, masa ramailah orang yang akan singgah berehat dan melepaskan segala penat lelah semasa sedang memandu ke sesuatu destinasi.

Punyalah ramai orang pada musim cuti selama  empat hari ini. Dengan staff yang tidak cukup dan kerja yang banyak, hanya doa dan kesabarn yang menjadi tunggak utama saya.

Dengan terpaksa menghadapi karenah pelanggan yang berbagai ragam, semuanya bukanlah perkara yang mudah. Dahlah bekerja dalam keadaan yang panas, semuanya bukanlah satu pekerjaan yang mudah.

Kata orang jadi pembantu kedai ini mudah je kerjanya. Tapi tidaklah semudah yang disangka. Rasanya kalau orang yang berjawatan tinggi pun belum tentu dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang pembantu kefai yang baik.

Berkat berdoa dan memohon dahulu kepada Allah, syukur segala tanggungjawab saya sebagai seorang pembantu kedai berjalan dengan lancar.

Terima kasih, Ya Allah kerana telah membuat semua tugasan saya berjalan dengan lancar sekali.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...