Wednesday 29 April 2015

APAKAH YANG TERSIRAT DI BUKU ALLAH TEMPAT MEMINTA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dropship Aizmall Gedung
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dalam mengharungi segala dugaan di dalam kehidupan kita akan terpaksa melalui pelbagai masalah. Setiap masalah yang datang, tersembunyi seribu rahmat dan hanya Allah jua yang mengetahuinya. Hanya dia yang maha memahami apakah yang terbaik untuk setiap hamba-hamba.

Membaca sepintas lalu segala kisah yang terkandung di dalam buku ALLAH TEMPAT MEMINTA, membuat hati terasa sebak dan tersentuh dengan segala kisah yang di tulis oleh penulis buku ini iaitu Fathuri Salehuddin. Terdapat 40 orang penulis yang telah pun melalui kisah-kisah mereka yang tersendiri.
Antara kisah yang menarik perhatian saya ialah di dalam episode, Allah Pemberi Kehidupan yang ditulis oleh Izmar Md Taib. Kisah tentang sepasang suami isteri yang mempunyai anak istimewa yang diberi nama Muhamad Amar Qayyum. Anaknya menghidap ' Down Syndrome.

Jika anda ingin mendapatkan buku ATM ini bolehlah terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
Harganya ialah RM 25 dah termasuk postage. Insha Allah setelah anda selesai membaca buku ini dan mengamalkan segala ajarannya anda akan dapat merasai perubahannya sedikit demi sedikit.

Sekian Coretan Tentang ATM
Sariah Awang Senik

SUTRA MULTIPURPOSE AROMATHERAPY SPRAY

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dropship Aizmall Gedung
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sebagai seorang surirumah pasti kita akan tercari-cari satu produk yang dapat digunakan untuk pelbagai serangga yang terdapat di rumah kita. Antara serangga yang selalu terdapat di rumah kita ialah, lipas, semut, cicak, lalat dan juga tikus. Ada juga pelbagai lagi serangga yang lain.

Kini terdapat satu produk yang bebas daripada bahan kimia dan semua bahan yang ada adalah bahan-bahan semula jadi. 100% keluaran bumiputera dan sangat berkesan dan selamat digunakan di rumah. Produk tersebut ialah SUTRA MULTIPURPOSE AROMATHERAPY SPRAY. Harga mampu milik dan sangat berpatutan. Terdapat 4 jenis aroma. Antaranya ialah :
@@ Lavendar
@@ Citrus Berry
@@ Rose
@@ Pandan.
Harganya ialah RM 27 dan sudah termasuk postage. Terdapat di dalam 200ml. Jika anda berminat untuk mencuba produk ini di rumah, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Catatan Produk Aromatherapy
Sariah Awang Senik

Tuesday 28 April 2015

SEISI TERAPI STRESS BERSAMA BINATANG KESAYANGAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Syukur kerana Allah masih memberikan saya idea untuk sesuatu yang mungkin berguna buat pembaca di luar sana. Dalam melalui kehidupan seharian, kita akan senantiasa menghadapi pelbagai masalah. Dengan masalah yang datanglah akan membuatkan kita bertambah tertekan dari masa ke semasa. Bagi yang pandai mengawal semua stress yang ada tidak mengapa. Tetapi jika sebaliknya, ianya mungkin akan menjadi barah di dalam kehidupan dan menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit.

Saya suka menjadikan binatang kesayangan sebagai terapi kala diri terlampau stress dengan tekanan kerja, kehidupan dan sebagainya. Tidak bermakna hendak ketepikan kekuatan yang maha esa, tetapi ianya juga membantu saya mengawal semua gelodak emosi di dalam diri saya. Sejak dahulu, saya gemar memelihara kucing. Kucing adalah makhluk Allah yang senantiasa membuatkan saya tertarik dan selalu belas kasihan terhadap makhluk Allah yang comel ini.

Sejak dahulu ketika saya belum dikurniakan cahaya mata, saya gemar membelai dan memanjakan kucing. Dahulu kucing yang saya pelihara ada yang dari kucing kampung dan juga baka kucing parsi. Yang kucing kampung mungkin tidak banyak karenahnya. Tapi yang kucing parsi ini kena berhati-hati apabila memeliharanya. Semua kucing-kucing saya layan mereka bagai anak-anak kecil. Kalau namanya, memang macam-macam ada. Saya gemar memanggil mereka mengikut perangai dan juga hobi masing-masing. Kalau yang suka tangkap tikus itu, saya akan panggil dengan gelaran ' monster' ataupun hanya sebagai pengawal keselamatan yang tidak bergaji di rumah.

Antara nama-nama mereka ialah, Comot, Atam, Comel, Mama Mot, Momok, Mimi dan bermacam lagi. Anak-anak saya sangat gemar kan kucing. Bila balik je dari sekolah, pasti mereka akan bercakap-cakap dengan kucing mereka. Bila hati saya sedang sedih ke ataupun gembria, kucinglah tempat saya meluahkan perasaan. Kucing-kucing ini juga akan sentiasa setia bersama saya sepanjang hari.

Setiap hari jikalau saya balik sahaja daripada kerja, pasti salah seekor daripada kucing-kucing ini akan menunggu saya di luar pagar rumah. Yang suka mencuci segala tahi mata kucing adalah anak perempuan saya. Dia memang tidak suka melihat semua kucing-kucing banyak tahi mata. Sebelum pergi sekolah, dia sempat lagi membelek mata kucing kesayangan daripada segala kekotoran.

Part yang paling best sekali ialah, bila semua kucing kesayangan lepas makan. Ada yang terus je tidur, tetapi ada juga yang gemar bermain dan berlari ke sana dan juga sini. Tidak apa sahaja, semuanya akan jadi bahan mainan mereka. Stokin busuk anak-anak pun jadi mereka bermain. Baunya dahlah busuk. Tapi kucing-kucing ini selamba je bermain. Anak-anak paling gemar melayan mereka bermain. Kadang-kadang 'homework' sekolah pun tidak buat dek sibuk melayan kucing kesayangan bermain. Kalau tidak siap, alamat bisinglah mulut saya membebel.

Begitu saya dan juga anak-anak mengawal emosi dan meluahkan segala stress yang ada kepada binatang kesayangan kami iaitu kucing. Dah tentulah nak bela kucing kena konsisten dan berdisplin saat memberikan mereka makanan. Selalunya mereka akan menunggu masa makan dengan begitu sabar sekali. Sampai je nak makan, barulah dengar bunyi mereka mengiau dengan pelbagai nada yang ada.

Masa mereka makanlah, saat yang paling membahagiakan bagi diri saya. Walaupun kekadang rezeki yang ada tidaklah banyak mana, namun saya tetap berkongsi rezeki bersama-sama mereka. Selalunya  kalau rezeki hari ini tidak banyak, esok akan ada rezeki yang tidak disangka-sangka datang. Kucing juga kan binatang kesayangan nabi.

Apapun sejak berpindah dan memelihara kucing kembali, segala tikus yang ada kat rumah makin berkurangan. Bukan tidak ada tikus. Memang ada. Cuma agak berkurangan kerana kucing saya yang bernama ' Momok' amat gemar menangkap mereka. Dia akan tangkap dan bermain dengan tikus, sampailah tikus itu mati. Momok juga paling tidak sukakan lalat ataupun serangga yang besar berterbangan di sana dan sini.

Dengan mempunyai binatang kesayangan segala stress dan juga emosi yang kurang stabil dapat di kawal dengan sebaik yang mungkin. Mungkin ada juga rakan-rakan yang lain yang mempunyai binatang kesayangan selain daripada kucing. Apa pun itulah saya meluahkan segala stress yang ada. Dengan cara meluahkannya kepada binatang kesayangan akan lebih mengajar saya menjadi lebih bertimbang rasa dan sifat hormat menghormati di antara satu dengan yang lain.

Sekian Terima Kasih.
Sariah Awang Senik

DUGAAN VS NIKMAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Cuaca di luar beransur mendung. Maknanya hujan akan melanda lagi di daerah kecilku ini. Betapa mendungnya awan yang bertompok hitam di langit begitu jugalah pelbagai dugaan yang berlalu di dalam kehidupan. Syukur alhamdulilah, aku berjaya juga mengharungi segala permasalahan berkat doa yang tidak pernah putus ku panjatkan kepada yang maha esa.

Saat dilanda semua dugaan itu, aku bagaikan terpana dari mimpi yang panjang. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran aku. Antara persoalannya ialah :
@@ Mengapa jadi macam ini?
@@ Kenapa aku yang dipilih untuk melalui semua dugaan ini?
@@ Aku kurang baikkah?
@@ Dimana kesilapan aku yang sebenar?
@@ Adakah semua ini berlaku akibat daripada kesilapanku yang telah lalu?

Entah berapa kali 'kah' yang aku persoalkan di setiap kesilapan yang dan juga dugaan yang berlaku. Kalau hendak tahu bagaimana perasaannya sewaktu di landa dugaan tersebut, hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Sedih, kecewa, marah dan juga pelbagai perasaan yang ada. Namun secara perlahan-lahan aku belajar menerima semua kenyataan yang telah berlaku. Mencari di mana kelemahan dan juga kekuatan diri sendiri. 

Satu persatu aku kutip kembali , merangka kembali kehidupan yang musnah dek badai dugaan tersebut. Hanya Allah sahaja yang menjadi pegangan utama aku. Tiada yang lain. Berserah dan juga terus berdoa, agar diberikan kekuatan dan juga kesabaran untuk menghadapinya. Alhamdulilah, setelah beberapa fasa , rupanya inilah hikmah yang sebenarnya. Allah jadikan semuanya, supaya aku kembali mendekatkan diri dan memohon kepadanya. Mungkin selama ini aku terlalu lalai dan juga leka dengan segala nikmat yang di beri. 

Satu persatu Allah bukakan peluang yang baru yang tidak pernah terfikir selama ini di fikiran aku. Tidak di sangka, rupanya dengan segala dugaan yang berlaku di dalam kehidupan aku, boleh juga menjadi sumber inspirasi kepada sesiapa yang pernah melalui nasib yang sama seperti diriku. Nekad untuk membantu dan juga memberi semangat baru kepada yang memerlukannya. Selain daripada itu, aku juga dipertemukan dengan ramai insan-insan yang senantiasa berfikiran positif dan mencari peluang di sebalik sesuatu masalah yang berlaku.

Kini, aku harus teruskan segala perjuangan inisehingga selesai. Masa yang ada aku harus manfaatkan sebaik yang mungkin. Selagi masa ada hari esok, selagi itulah aku harus berbuat sesuatu dengan lebih terbaik lagi. Namun esok yang bakal tiba dan juga berlalu pergi bukanlah alasan terbaik aku untuk merasa terlalu selesa. Zon selesa itu harus aku tinggalkan sebaik yang mungkin dan cuba terokai segala peluang di hadapan mata.

Semoga di dalam masa yang terdekat ini, aku harus dan mesti berusaha 200% daripada biasa. Ketepikan semuanya dan fokus kepada matlamat yang ingin di capai. Jikalau ada dugaan anggaplah ada hikmah ataupun nikmat yang tersembunyi di sebaliknya. Insha Allah. Moga sesiapa sahaja yang membaca akan lebih bersemangat dan bermotivasi di dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Coretan Dugaan Dan Nikmat Kehidupan

Sariah Awang Senik.

Monday 27 April 2015

PROMOSI EBOOK AKAN BERAKHIR 1/5/2015

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hampir sebulan pakej ebook dari Akademi Bekerja Dari Rumah berlangsung. Tidak lama lagi, akan berakhir dan kembali kepada harga asal.
Jom kita cepat-cepat dapat kan ebook dengan pakej harga yang teramat menarik iaitu dengan harga RM 50 untuk setiap satu pakej.

Semua ebook ini ditulis oleh para protege yang telah berjaya bekerja dari rumah sekaligus meraih pendapatan sendiri serta meringankan beban kewangan rumahtangga anda.

Promosi ini akan berakhir tidak lama lagi pada 1/5/2015  iaitu pada hari Jumaat ini. Jangan berlengah lagi dan jom dapatkan salah satu daripada ebook ini.
Berminat jangan segan hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 26 April 2015

RESIPI CHEZZY PANINI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Inginkan kelainan di dalam resipi harian anda. Ada suatu resipi yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan pagi ataupun santapan petang di rumah anda. Tidaklah anda sekeluarga merasa bosan dengan makanan dan juga hidangan yang sama.

Nak tahu nama resipi istimewa dan juga ringkas tersebut?
Namanya ialah Resipi Chezzy Panini. Bahan-bahannya amat mudah di dapati di pasaraya berdekatan. Antara bahan tersebut ialah :
@@ 2 Keping Roti Pound ( Guna roti Gardenis @ Daily Bread ). Boleh dileperkan hingga nipis.
@@ 1/2 Labu Bawang Holland @ Bawang besar biasa di potong dadu / cincang halus.
@@ 1 Keping meatloaf di potong kecil.
@@ 1 sudu besar ataupun secukupnya Mozarella cheese diparut.
@@ Sedikit serbuk lada hitam.
@@ 1 sudu kecil minyak zaitun.
@@ 1 sudu serbuk cheese I-Mukmin.

Okey, dah ada semua ini, apa lagi  jom kita merempit masak kat dapur ya. Bukan rempit kat tengah jalan pulak.
Cara-caranya:

- Gaulkan semua bahan hingga sebati. Letakkan inti di atas roti, grill sehingga bahagian luar roti kelihatan garing dan Mozarella cheese cair. Dan yang best partnya, hiaskanlah mengikut citarasa masing. Boleh hidangkan bersama dengan sos keju I-Mukmin.

Berminat ingin dapatkan serbuk cheese I-Mukmin ini, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com


Sekian Terima Kasih

Sariah Awang Senik

 

Wednesday 22 April 2015

BILIARY ATRESIA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia www.mpaweb.org.my- Dr Zakaria Zahari
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Biliary Atresia, adalah satu penyakit yang pernah dialami oleh arwah anak berbelas tahun yang lalu. Walaupun telah lama meninggal dunia namun segala kenangan manis semasa menjaga arwah tetap segar di dalam ingatan saya. Mana mungkin saya melupakannya begitu sahaja, kerana dialah anak yang istimewa yang Allah berikan saya kesempatan untuk menjaga dan juga merawatnya.

Namun sejak kebelakangan ini, terlalu ramai sekali bayi yang telah mengalami penyakit yang sama seperti arwah anak.
Penyakit Biliary Atresia ialah satu penyakit yang tidak mempunyai sistem hempedu luar dan menyebabkan seorang bayi itu akan mengalami kuning ataupun jaundis yang berpanjangan. Punca penyakit ini terjadi tidak dapat diketahui dengan pasti. Namun ada teori mengatakan bahawa ianya terjadi disebabkan oleh sistem hempedu luar telah diserang oleh antibodi badan pesakit.

Penyakit ini dapat dikesan seawal bayi berusia 2 ataupun 3 minggu dilahirkan. Tanda-tanda penyakit Biliary Atresia ini ialah seorang bayi itu akan mengalami keadaan-keadaan berikut. Antaranya ialah:
@ Masalah kuning ataupun jaundis yang berpanjangan.
@ Najis yang berwarna pucat.
@ Air kencing bayi akan berwarna kuning pekat.
@ Kerapkali menangis.
@ Seorang bayi itu sukar tidur lena.
@ Pembesaran hati dan juga limpa.

Penyakit ini dapat di kesan melalui ujian sinar x-ray, pemeriksaan darah ataupun biospi hati. Untuk pengetahuan semua tiada ubat untuk merawat penyakit Biliary Atresia. Ianya hanya dapat di rawat melalui satu pembedahan.

Pembedahan tersebut dipanggil pembedahan 'Kasai'. Di namakan pembedahan ' Kasai' adalah bersempena dengan nama doktor pertama yang membuat pembedahan tersebut. Melalui pembedahan ' Kasai' sistem hempedu luar bayi akan dibuang. Manakala usus kecil akan disambungkan ke porta hepatis. Umumnya pembedahan ini dilakukan ketika umur bayi tidak melebihi 60 hari. Pembedahan ini sepatutnya dijalankan di peringkat terjadinya kerosakan hati. Hanya dengan kaedah ini mampu merawat bayi namun ianya tidak terdapat di negara kita.

Kesan selepas pembedahan ' Kasai ' ini amatlah tipis. 1/3 daripada bayi yang pernah melalui pembedahan ini langsung tidak memberikan apa-apa kesan. Ada juga bayi yang terpaksa menanggung risiko akibat daripada pembedahan dan menjalani rawatan yang berpanjangan akibat daripada komplikasi yang timbul.
Tetapi ada juga 1/3 lagi bayi yang bebas daripada jaundis yang berpanjangan dan mampu melalui kehidupan yang normal seperti mana bayi-bayi yang lain.

Semuanya bergantung kepada keadaan dan juga nasib bayi tersebut. Antara komplikasi yang sering timbul akibat daripada kegagalan pembedahan tersebut ialah:
@ Bayi akan mengalami sesak nafas.
@ Deman yang berpanjangan.
@ Perut bayi akan membuncit dan mengandungi cecair di dalamnya.
@ Hujung jari kaki dan juga tangan akan membengkak.
@ Muntah darah dan juga ada bayi akan keluarkan darah melalui najisnya.

Ini semua adalah komplikasi yang bakal dilalui oleh bayi yang pembedahan ' Kasai' nya tidak berjaya ataupun gagal.
Jika ada ibubapa ataupun sesiapa sahaja yang mempunyai semua tanda-tanda penyakit Biliary Artesia, maka segeralah membawa bayi tersebut ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

Kemungkinan besar rawatan dapat dilakukan dengan segera ke atas bayi dan tidak menunggu hingga usia bayi melebihi 2 bulan. Itu adalah keadaan yang sama seperti mana arwah anak telah mengalaminya. Penyakitnya sukar dilihat oleh mata kasar kerana ianya terletak di dalam sistem hempedu bayi tersebut.

Walaupun telah berbelas tahun berlalu namun segala kenangan semasa arwah anak mendapatkan rawatan di Hospital Pediatrik Kuala Lumpur di wad KK4 masih segar dalam ingatan saya. Dengan layanan yang baik daripada jururawat-jururawat dan juga doktor pakar yang merawat arwah anak pada masa itu tidak dapat saya balas. Hanya ucapan dan tuhan sahaja yang dapat membalas segala jasa jururawat dan juga doktor pakar yang telah memberikan rawatan yang terbaik semasa arwah anak berada diwad tersebut hinggalah saat-saat akhir dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Al-Fatihah untuk arwah anak Siti Nurbalqis Bte Ahmad Roslan.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Maklumat tentang penyakit ini juga telah ditulis oleh doktor pakar yang pernah merawat arwah anak iaitu Dr Zakaria Zahari. Sekalung ucapan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi maklumat tentang penyakit Biliary Atresia.

ISU KWSP

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini adalah hari cuti rehat saya ataupun 'offday'. Nama je offday, tapi banyak perkara yang nak dibuat di rumah ini. Menguruskan perniagaan dropship saya secara online, bersama dengan kumpulan sokongan ' Akademi Bekerja Dari Rumah' dan juga melatih diri menulis di ruangan penulisan secara online.

Sejak beberapa minggu yang lepas, saya sibuk dengan urusan kedai yang terpaksa mengubah semua harga mengikut harga GST. Agak kelam kabut di sana dan sini dan juga mesin cashier yang sudah bertukar kepada yang baru. Peringkat permulaan memanglah agak kucar kacir, tapi lama kelamaan saya sudah biasa menggunakannya.

Belum pun reda tentang hal GST, kini timbul pula soal tentang duit KSWP yang mahu melanjutkan pengeluaran duit KWSP pencarum dari 55 tahun ke 60 tahun. Secara jujur memang saya tidak bersetuju sangat. Duit KWSP yang ada dalam simpanan memang banyak dan langsung tidak terusik lagi. Saya sudah berkira-kira untuk menyimpan sendiri duit itu tidak lama lagi. Rasanya saya harus berbuat sesuatu untuk menjadikan agar simpanan hari tua saya tidak sia-sia dan juga bermanfaat.

Bukanlah merasa marah dengan badan pengurusan KWSP, cuma saya rasa sebagai pencarum, kita berhak menentukan apakah yang terbaik untuk lakukan dengan semua simpanan yang ada. Rasanga tidak salah kalau saya gunakan simpanan yang ada untuk tujuan yang lebih berfaedah. Contoh, melaburkan sedikit wang yang ada di dalam bidang perniagaan , hartanah ataupun di dalam apa jua bidang yang mendatangkan hasil bagi jangka masa yang panjang.

Hendak menunggu sampai umur 60 tahun baru boleh keluarkan semua simpanan, entahkan sampai ataupun tidak. Hanya mampu berdoa, agar dapat melepasi had umur tersebut dan juga bersabar dengan segala masalah yang ada sekarang ini. Walau apa pun sebagai pencarum, saya tetap bersetuju hanya sampai had umur 55 tahun sahaja.

Biarlah pencarum berpeluang menikmati duit simpanan yang ada bersama-sama keluarga dan juga anak-anak tersayang. Ataupun menggunakan simpanan yang ada untuk tujuan perniagaan dan juga membuka perniagaan secara kecil-kecilan tanpa perlu bergantung kepada orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sekian Terima Kasih.
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dengan hanya duduk di rumah dan menggunakan kemudahan internet melalui telephone pintar, saya mampu juga meraih pendapatan secara sampingan.
Mempunyai kumpulan sokongan yang senantiasa membantu antara satu sama yang lain semua masalah hanya di selesaikan secara atas talian ataupun online.
Bagaimana saya melakukannya, hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Monday 20 April 2015

KELAS ASAS BLOG DAN FANPAGE SERTA BERIKLAN DI INSTRAGRAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : ABDR
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Anda ingin menambah ilmu pengetahunan, sekaligus dapat membantu anda untuk beriklan di laman sosial seperti Facebook, Wechat ataupun Instragram.

Jika anda ada masa terluang, silalah atapun usahakan untuk anda menghadirkan diri pada tarikh tersebut di bawah. Masa dan juga tempat adalah seperti berikut.

Tarikh 26/4/2014
Masa : 9.15am-01.15am
Shah Alam Sek 16.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut, boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih

PROMOSI EBOOK ABDR DENGAN HARGA YANG PALING ISTIMEWA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : ABDR
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Promosi ebook dari Akademi Bekerja Dari Rumah masih lagi diteruskan dan akan berakhir tidak lama lagi.
Selepas bulan April ini, harganya akan berubah dan yang pasti tidak sama seperti mana yang ditawarkan pada bulan April ini.
Harga promosi untuk 3 buah ebook iaitu RM 50. Ebook yang ditulis sendiri oleh para protege yang telah berjaya bekerja daripada rumah serta menjana pendapatan sendiri.

Anda juga dapat membaca segala perkongsiaan tentang bagaimana mereka menguruskan hal-hal rumahtangga sambil berniaga daripada rumah.
Ingin dapatkannya hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Saturday 18 April 2015

ASSALAMULAIKUM

https://youtu.be/2X_oOzj3UeE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : You Tube
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, syukur. Sekejap je dah pun masuk hari Ahad. Terasa masa selama setahun itu berlalu begitu pantas sekali.
Tentu ramai yang nak tahu, kenapa saya suka sangat mendengar lagu dari artis terkenal Faizal Tahir ini. Secara jujur saya bukan suka pada paras rupanya tetapi lebih kepada semua lirik lagu yang dihasilkannya.

Setiap kali lagunya berkumandang di corong radio dan juga di stesen televisyen, pasti akan menjadi terkenal dan juga siulan di bibir para peminatnya. Dengan hanya mencipta satu perkataan ianya telah memberikan banyak kesedaran kepada setiap daripada kehidupan kita.

Lagu 'Assalamulaikum' ini sebenarnya mempunyai maksud yang amat mendalam. Bukan sahaja terhadap semua penduduk di Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Betapa banyak kekejaman berlaku di sana sini ekoran daripada perbezaan agama, politik dan sebagainya. Dengan banyak perbezaan yang wujud, telah menimbulkan banyak perselisihan pendapat. Akibatnya yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri dan juga orang awam yang tidak bersalah dan berdosa.

Dengan timbulnya semua perbezaan pendapat menyebabkan hilang sikap hormat menghormati dan juga perasaan belas kasihan sesama manusia. Begitu banyak nyawa yang menjadi korban hanya kerana perbezaan pendapat, agama dan juga politik. Nyawa manusia terkorban dan langsung tiada nilainya.

Lagu ini mengajak kita untuk berfikir sejenak akan semua nikmat yang kita kecapi dan juga keamanan yang sedang kita nikmati bersama. Kita bebas bergerak ke sana dan juga ke sini tanpa ada sebarang kerisauan. Bayangkan jika kita berada dan hidup di negara yang sedang dilanda peperangan. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, walaupun hanya ke kedai berhampiran , bahaya senantiasa mengintai kita setiap masa dan saat.

Tetapi itu semua tidak berlaku di negara kita Malaysia. Kita masih bebas bergerak dan juga melakukan apa sahaja aktiviti yang digemari. Kenapa kita harus mempersia-siakannya begitu sahaja? Hanya kerana perbezaan pendapat, politik , agama dan juga bangsa, maka semua kedamaian dan juga keamanan hilang begitu sahaja.

Di dalam video klip lagu ini, bagaimana kita mampu bersatu tanpa mengira bangsa dan juga agama. Tidak kira tua ataupun muda, semuanya melaungkan bersama-sama perkataan ' Assalamulaikum'. Terasa damai dan juga sejuk hati apabila mendengarnya. Tahniah kepada yang menerbitkan video klip lagu ini. Walaupun hanya secara santai dan bersahaja juga hanya berlatar belakangkan kehidupan sebenar kotaraya Kuala Lumpur, namun kesannya terlalu amat mendalam kepada sesiapa sahaja yang melihat dan mendengar lagu ' Assalamulaikum' ini.

Cubalah anda sesekali luangkan sedikit masa untuk mendengar dan juga cuba memahami mesej yang ingin di sampaikan oleh penyanyi Faizal Tahir ini. Jangan asyik leka dan lalai dengan dunia anda yang tersendiri. Hargailah dan hormatilah sesama kita. Tidak kira bangsa, agama dan juga warna kulit, semuanya tetap sama. Setiap agama mengajar manusia untuk senantiasa berbuat kebaikan di antara satu sama yang lain.

Sekian Terima Kasih.
Sariah Awang Senik

MASALAH VS PELUANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada.
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, syukur saya senantiasa ada idea untuk di tulis buat tatapan minda anda semua. Sepatutnya saya harus tidur awal. Kerana kebiasaannya dari hari Isnin hinggalah Jumaat saya dah terbiasa bangun awal iaitu pada pukul 4 pagi untuk menyiapkan kelengakapan anak-anak sekolah juga menyediakan sarapan pagi untuk anak ke sekolah.

Kalau tidak pun saya hanya belikan mereka nasi lemak ataupun kuih muih sebagai sarapan mereka ke sekolah. Saya merasa sangat bersyukur kerana kedua anak tersayang tidak pernah cerewet di dalam jenis makanan yang saya selalu sediakan.

Sebenarnya seharian saya akan dan bakal berhadapan dengan pelbagai masalah. Kalau nak cerita semua masalah di entri ini, nanti bosan pula yang membacanya. Namun saya cuba sedaya upaya untuk tidak terlalu memikirkan tentang semua permasalahan tersebut. Nak fikir semua, nanti saya pulak yang pening kepala.

Saya pernah terbaca tentang suatu post di facebook, jika setiap hari kita bangun pagi dan terus fikirkan tentang masalah, makan masalahlah yang akan dihadapi oleh kita pada hari tersebut. Apa yang kita fikir, cakap dan buat semuanya merupakan suatu doa. Jadi berhati-hatilah apa akan dicakap, fikir dan juga buat.

Sebagai seorang ibu tunggal, saya suka melihat sesuatu masalah sebagai suatu peluang. Berhadapan dengan pandangan masyarakat, menghadapi pelbagai masalah membuatkan saya harus bersedia dari segi mental dan juga fizikal.
Bukanlah suka masalah melanda diri saya, tetapi cuba menilai kembali apakah peluang yang ada di sebalik semua masalah tersebut. Katakan sebagai contoh, saya hendak membeli sesuatu tetapi tidak cukup duit. Dah usaha ke sana ke sini dan juga cuba meminjam daripada adik beradik, namun semuanya gagal. Dalam sehari ataupun dua hari tu memanglah agak kecewa. Tetapi saya redha. Mungkin ada hikmah ataupun Allah nak suruh saya supaya usaha cara yang lain ataupun saya belum usaha secara 'all out' lagi.

Saya sangat pasti Allah akan selesaikan semua masalah saya dengan cara yang tersendiri. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah berdoa dan usaha sedaya yang termampu. 

Dah hampir pukul 2 pagi ini, saya nak berhenti dahulu menulis. Insha Allah esok saya akan kongsikan sesuatu yang lebih istimewa dan juga bermanfaat buat semua.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 14 April 2015

KECACATAN BUKAN HALANGAN SEBUAH KEJAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Whatshapp dan koleksi sendiri.
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kecacatan bukanlah halangan di dalam mencapai suatu kejayaan. Tidak kiralah bagaimana keadaan kita sama ada sempurna ataupun tidak. Selagi bernama manusia dan hamba Allah di muka bumi ini, pasti akan mempunyai cita-cita dan juga impian yang tersendiri.

Inilah aku, Zulhelmi Fazrul Bin Jasimi. Bergelar 'oku' ataupun orang kurang upaya. Kini aku berumur 27 tahun dan mempunyai seorang adik dan juga abang. Abangku juga ada mempunyai sedikit kecacatan di bahagian kakinya dan juga adikku yang perempuan adalah seorang yang sempurna dan juga cukup sifatnya. Aku dilahirkan lemas sewaktu bersalin dan disahkan mempunyai penyakit ' Cerebral Palsy'. Dengan penyakit tersebutlah aku cacat dan tidak berupaya untuk berjalan dan juga menjalani kehidupan seperti mana insan yang lain.

Namun aku tidak pernah merasa terpencil ataupun disisihkan oleh ahli keluarga dan juga saudara mara yang lain. Sejak aku lahir hinggalah berumur 20 tahun aku menjalani rawatan fisioterapi bagi membolehkan aku bergerak dan juga menguruskan diri aku sendiri. Sungguhpun begitu aku berusaha belajar hidup berdikari tanpa selalu mengharapkan pertolongan daripada oranglain. Ibu dan abahlah orang yang banyak memberikan aku dorongan untuk meneruskan segala cita-cita dan juga impian aku.

Sepertimana insan yang lain, aku punyai impian dan cita-citaku sendiri. Segala kelemahan diri dan juga kecacatan ini tidak pernah sesekali pun melemahkan semangat aku untuk menghadapi segala cabaran kehidupan. Kini aku mempunyai perniagaan sendiri. Dengan berniaga secara kecil-kecilan aku dapat membantu kedua orang tuaku dan sekaligus meraih pendapatan aku sendiri. Memang aku tahu ibu, abah dan juga adik beradik senantiasa akan membantu diriku tetapi aku juga perlu untuk berusaha membuat sesuatu untuk diriku dan juga dapat membahagiakan kedua ibubapaku yang tersayang.

Pada tahun 2011, aku membuka sebuah kedai yang menjual makanan ringan, buah-buahan dan juga topup handphone. Kedai yang aku maksudkan itu ialah kedaiku sendiri yang dinamakan Setia Jaya Bersatu. Walaupun kedai ini tidak sebesar mana namun aku sangat berpuas hati. Melalui kedai yang kecil inilah aku belajar berniaga dan juga berurusan dengan para pelanggan. Pelanggan yang singgah di kedai datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kebanyakannya kanak-kanak dan juga jiran-jiran terdekat yang mengenali diriku dan juga keluarga. Hatiku merasa sangat gembria dengan kesudian mereka berkunjung ke kedaiku yang tidak seberapa ini.

Cabaran dan juga pelbagai rintangan tetap ada. Ada juga yang memandang rendah akan keupayaan diriku. Sesekalipun aku tidak pernah rasa lemah semangat atas segala pandangan mereka semua terhadap diriku. Selain daripada itu, aku juga ada ramai kawan yang cukup sempurna sifat mereka. Mereka tetap melayani diriku seadanya dan tidak pernah membezakan diriku dengan rakan-rakan yang lain.

Impianku suatu hari nanti akan dapat membuka sebuah lagi kedai runcit yang menjual barang keperluan harian dan juga sebuah kedai handphone suatu hari nanti. Apapun aku akan tetap berusaha dan juga terus menimba ilmu pengetahuanan di dalam dunia perniagaan ini.

Pesanku pada para sahabat yang mempunyai nasib seperti diriku ialah kuatkan semangat. Jangan mudah berputus asa. Usah peduli apa pandangan orang lain terhadap segala kekurangan diri kita. Dan yang pastinya kenalah rajin  belajar dan juga berusaha bersungguh-sungguh mencapai segala kejayaan.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Aku yang dimaksudkan di atas ialah Zulhelmi Fazrul Bin Jasimi. Seorang anak 'OKU' di sebelah salah seorang saudara kakak sepupu saya. Hati merasa sangat kagum dengan kebolehannya menguruskan sebuah perniagaan yang sangat sederhana walaupun keadaannya fizikalnya tidak sempurna seperti mana insan yang lain. Hanya cacat fizikal tetapi tidak mental. Sudahpun mempunyai kenderaan sendiri dan gigih berusaha menguruskan perniagaannya.

Monday 13 April 2015

GST DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIANKU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, syukur saya masih di beri peluang untuk menulis entri yang tidak seberapa ini. Mungkin di sana sini sedang sibuk dengan GST yang baru sahaja dilaksanakan oleh kerajaan kita baru-baru ini. Memang keadaannya agak kelam kabut sedikit, namun terpaksa angkur dengan kehendak kerajaan dan juga peminpin sekarang.

Secara jujurnya, saya pun tidak begitu arif tentang GST. Ini kerana saya tidak mengeluarkan perbelanjaan yang banyak setiap bulan. Saya lebih suka membeli barang keperluan secara sedikit demi sedikit. Namun apa yang pasti, perubahan yang agak ketara adalah di tempat saya bekerja sekarang.

Dengan terlaksananya sistem GST di tempat kerja saya, telah banyak mengajar para pelanggan supaya lebih berdisplin dan juga mematuhi peraturan yang ada. Kalau sebelum adanya GST, pelanggan tidak perlu beratur terlalu lama untuk membayar semua barangan yang mereka beli. Kini tidak lagi. Kesemua barangan yang di beli terpaksa di 'scan' terlebih dahulu kerana semua barangan sudah termasuk harga GST.

Secara tidak langsung, ianya mengajar semuapelanggan agar lebih berdisplin dan bersabar menunggu giliran masing-masing. Jadi pelanggan tidak punya banyak pilihan dab terpaksa beratur untuk membayar semua barangan yang telah mereka beli. Pelanggan juga ingin tahu berapa ringgit mereka telah di kenakan GST untuk sesuatu barang yang telah mereka beli.

Ada baik dan juga buruknya GST. Yang baiknya ialah ianya mengajar kita untuk lebih berjimat cermat. Selain daripada itu, kita digalakkan untuk mencari pendapatan sampingan dan tidak terlalu mengharap pada sesuatu sumber kewangan sahaja. 


Itulah penangan GST dalam kehidupan seharian saya. Walau banyak suara-suara negatif, namun semuanya harus dilalui sebaik yang mungkin. Insha Allah kita akan dapat mengatasi semua masalah ini bersama.


Sekian Terima Kasih.

Wednesday 8 April 2015

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi! Seriusnya tajuk entri saya malam ini. Nampak perkataan perjuangan itu luas sangat. Memang perkataannya agak besar. Macam seolah-olah mempertahankan negara. Namun sebenarnya perjuangan itu adalah sebenarnya perjuangan saya mencapai segala yang dicita-citakan dan juga selesaikan semua tugasan dan juga tanggungjawab yang telah diberi.

Ketika orang sana sini bercakap tentang isu GST saya masih sibuk memperjuangkan matlamat agar senantiasa berada di landasan yang betul dan juga fokus dengan apa yang telah diusahakan selama ini. Bukan mudah mencapai segala yang diinginkan dengan keadaan yang serba kekurangan. Tetapi itu bukanlah alasannya. Saya selalu berfikir bahawa ada lagi insan yang lebih susah kehidupannya tetapi berjaya juga di dalam sesuatu bidang yang mereka sedang usahakan.

Semua kesusahan haruslah di hadapi dengan penuh kesabaran dan juga keikhlasan. Kesusahan dan dugaan ada rahmat yang tersembunyi yang sukar dijelaskan dengan segala kata-kata. Hanya yang pernah melaluinya sahaja akan faham apa yang saya cuba sampaikan.

Ketika entri ini sedang ditulis, semua anak-anak saya sedang lena dibuai mimpi nan indah. Melihat wajah mereka bagaikan memberi suatu terapi kepada saya untuk selesaikan segala perjuangan ini. Perjuangan bersama-sama dengan segala amanah yang telah Allah yang maha esa kurniakan terhadap saya.

Setiap saat dan juga detik doa dan juga usaha harus seiring dan juga tanggungjawab kepada yang satu jangan sesekali lalai di dalam mengerjakannya.
Semoga saya dapat selesaikan segala perjuangan ini dan juga dapat merasai kejayaan yang sebenarnya. Kejayaan yang dapat dimanfaatkan juga kepada orang lain dan juga sesiapa sahaja. Insha Allah.

Sekian Terima Kasih


Monday 6 April 2015

YEAY ! ANAK IBU DAH GENAP 10 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini adalah hari yang paling bermakna sekali. Nak tahu kenapa? Tentulah semua orang nak tahu kan. Untuk pengetahunan semua, hari ini genaplah 10 tahun usia puteri kesayangan saya Nur Damia Rifqah. Dia lahir ke dunia yang serba indah ini tepat jam 12.30 tengahari. Masa orang tengah sibuk nak keluar makan tu, masa itulah dia lahir. Saya masih ingat, masa itu kandungan saya dah lewat 2 hari dan terpaksa di masukkan ke hospital kerana bimbang ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Walaupun masa itu pintu rahim telah terbuka sebanyak 3 cm, namun saya tidak merasa sakit. Ajaib ! Bukan. Saya masa itu, masih boleh goyang-goyangkan kaki dan bersembang bersama pesakit-pesakit yang lain. Doktor yang buat pemeriksaan tu pun pelik dengan saya. Apa pun saya dah agak yang kelahiran anak yang ketiga ini agak berlainan sikit. Tidak sepertimana arwah kakak dan juga abangnya, dia adalah yang paling kecil dan ringan sekali. Berat masa dilahirkan hanyalah 2.5 kg sahaja. Dilahirkan secara induce dan masa itulah saya rasa seolah-olah nyawa di hujung tanduk. Selain perit menahan kesakitan, saya tidak henti berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Dan tepat jam 12.30 lahirkan seorang puteri di dalam kehidupan saya sebagai seorang ibu dan tambah melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang isteri pada masa itu.

Masa dia kecil, kulitnya merah sangat dan dah tentulah rambutnya lebat seperti abang dan juga arwah kakaknya. Jururawat yang menyambut kelahirannya berkali-kali bertanya kepada saya, apa yang saya suka makan di sepanjang kehamilan saya. Hanya senyuman yang saya berikan. Apa yang saya ingat, ialah saya gemar menonton cerita korea dan juga Jepun dan sangat suka melihat pelakon wanitanya yang kulit putih kemerahan. Dalam hati saya selalu bayangkan, kalaulah anak dalam kandungan ini pun berkulit macam pelakon-pelakon wanita di dalam semua cerita tersebut. Kelakar bukan. Itulah yang terjadi pada puteri kesayangan saya yang seorang ini.

Sepanjang menjaganya sejak dari kecil, dia tidak banyak karenah. Baik dari segi penyusuaan dan juga waktu tidurnya. Nur Damia Rifqah menyusu susu ibu seratus peratus dan langsung tidak meminum sebarang susu formula. Tidak banyak meragam dan tidak perlukan buaian untuk menidurkannya. Dia hanya mandi dengan air paip biasa dan tidak perlukan air suam. Cepat berpeluh dan itulah yang membuatkan dia berbeza dengan kakak dan juga abangnya.

Cuma satu dia alah pada lampin pakai buang ataupun pampers. Kalau air kencingnya dah banyak dan tidak tukar serta merta dia akan cepat kemerahan di celah-celah kangkangnya. Masa dia berumur 1 tahun lebih, saya pernah cuba-cuba memberinya susu formula, tapi bila dia pegang je botol susu terus di campakkan ke lantai. Geram sangat masa itu. Sebab saya ingat, nak mula bekerja balik namun tidak kesampaian.

Saya menyusukannya hinggalah dia berumur 2 tahun lebih. Memang agak ketara perkembangan mental dan juga fizikalnya berbanding dengan abang dan juga arwah kakaknya. Dia juga dah mula pandai kencing ke bilik air seawal umurnya 2 tahun lebih. Sangat sensitif dengan pampers. Dahlah kulitnya putih. Asal merah je, semuanya jelas kelihatan.

Kini Mia dah genap berumur 10 tahun. Sejak dari bersekolah tadika lagi dia sangat aktif memasuki pelbagai acara. Saya masukkan dia ke sekolah tadika Pasti seawal umur 4 tahun. Umur 5 tahun dia dah boleh membaca sukukata dan pada akhir tahunnya dia dah boleh membaca. Umur 6 tahun dia boleh membaca seperti mana kanak-kanak yang lain. Mia juga pernah mewakili tadika Pasti bertanding di peringkat daerah. Dan alhamdulilah, dia menang di dalam pertandingan tersebut. 

Mia aktif memasuki pelbagai acara sekolahnya sehinggalah sekarang. Baru sahaja mewakili sekolah di alam acara Amal Islami, namun tahun ini dia tidak memenangi sebarang pertandingan. Mungkin bukan rezeki  ataupun kurang latihan. Setiap hari balik je dari sekolah ada sahaja yang diceritakan kepada saya. 

Saya berdoa moga dia menjadi anak yang taat dan solehah serta berjaya dunia dan juga akhirat. Tidak sedar menulis sampai dia dah pun balik dari sekolah. Saya pun terpaksa berhenti di sini untuk melayannya dan menyiapkannya ke sekolah agama pula.


Sekian Terima Kasih

Friday 3 April 2015

BERSANTAI DI HARI SABTU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah. Begitu cepatnya masa berlalu. Sekarang sudah pun memasuki bulan April. Bulan ini terlalu bermakna sangat, kerana bulan inilah adalah bulan kelahiran anak dara kesayanganku. Belum pasti apa hadiah yang akan di beri, namun sejak dari awal lagi saya bercadang untuk membuat sedekah sempena hari jadinya tidak lama lagi.

Rasanya baru semalam sahaja saya melahirkan dia ke dunia yang penuh dengan segala keindahan yang tersendiri. Hari ini hari Sabtu. Awal pagi lagi saya telah menghantar anak perempuan ke sekolah agama kerana terlibat di dalam pertandingan Amal Islami di sekolah. Abangnya baru sahaja terlibat dengan pertandingan yang sama pada hari Selasa yang lepas. Dalam hati saya berdoa moga dia akan memprolehi kemenangan yang besar dan bermakna untuk sekolahnya nanti.

Apapun banyak sangat urusan yang harus saya selesaikan secepat yang mungkin.

Saya bercadang untuk mengemas apa yang patut di rumah ini. Maklum sahajalah sejak dari hari Isnin hinggalah hari Jumaat, segala urusan rumahtangga berlalu begitu pantas sekali. Kekadang bukan semua saya dapat lakukan dan siapkan di dalam sesuatu masa. Selain mengemas rumah, membasuh dan memasak, saya juga bercadang untuk membuat kerja-kerja yang lain. Semoga segala urusan harian berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa perkara yang buruk berlaku. Insha Allah.

Sekian Terima Kasih

Thursday 2 April 2015

MAKANAN RINGAN BERKHASIAT DAN MUDAH.

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Di pasaran terdapat pelbagai jenis makanan ringan tetapi kurang berkhasiat untuk di berikan kepada anak-anak. Bermacam-macam jenama namun belum tentu berkhasiat. Ada juga yang hanya sedap di makan tetapi agak remeh untuk di sediakan.

Kini makanan ringan lagi berkhasiat senang di dapati dan amat mudah di sediakan. Antara yang selalu menarik perhatian anak-anak memakannya ialah kentang goreng, nugget, mashed potato dan juga cheezy wedges.

Semuanya ini sekarang amat mudah di beli dan juga menjimatkan masa menyediakannya. Harganya pula amat berpatutan. Serbuk mashed potato dan juga cheezy wedges ini ialah RM 25 dan termasuk postage.

Jika anda berminat hendak membelinya boleh juga hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

RAGAM ANAK-ANAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sebagai ibu saya sangat bersyukur dengan segala kurniaan yang maha esa. Mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja dan dewasa dan juga cabaran mendidiknya bukanlah perkara yang mudah. Apa yang saya lakukan, semua akan dinilai oleh anak-anak suatu hari nanti. 

Yang lelaki namanya Muhamad Aiman Hakimi dan yang perempuan yang selalu menjadi pengkritik terhebat saya ialah Nur Damia Rifqah. Keduanya ada keistimewaan masing-masing. Sikapnya pun jauh berbeza. Abangnya agak pendiam, suka memerhati dan menilai sesuatu dalam diam. Manakala yang adiknya agak agresif, lasak, dan suka berterus terang jikalau ada yang tidak disukainya.  Bak kata orang, sekali bersuara agak pedas dan tersinggung jugalah di buatnya.

Banyak mewarisi sifat abahnya yang agak tegas itu. Adiknya tidak suka mengemas sesuatu. Kalau buat kerja tu, habislah satu rumah di sepahkan. Selalu juga menguji kesabaran saya sebagai ibu. Bila buat kerja, memang tidak reti nak mengemas. Berbeza sangat dengan si abang. Walaupun lelaki, tetapi agak teliti dan kemas di dalam menyiapkan segala tugasan ataupun projek sekolah. Sanggup keluar belanja lebih sikit sampailah tugasan sekolahnya siap, kemas dan teratur. Jadi terbalik pulak ya. Anak perempuan patutnya lagi kemas. Ini anak lelaki pulak yang lagi cermat segala kerjanya.

Namun kami 3 beranak berkongsi hobi yang sama iatu membaca. Dalam rumah ini, bahan bacaan seperti buku, majalah, novel ataupun apa sahaja banyak di sana dan sini. Kalau yang anak perempuan ini memang dah jadi 'habit' buku mesti ada sebelum tidur. Sama juga macam saya. Membaca dulu sebelum tidur. Abangnya pulak sangat berminat dengan seni penulisan khat. Minatnya itu sudah sebati dalam diri sejak anak teruna ini di bangku sekolah rendah lagi. Selalu mewakili sekolah. Bukan sahaja berbakat di dalam seni khat malah dia juga aktif di dalam acara olahraga di sekolahnya.

Yang dalam gambar itu, adalah Gallary Bawah Tangga anak teruna saya. Tukang sibuk dan penkritik tetap adalah si adiknya. Selalu kena marah oleh si abang kerana mengacau abangnya berlatih membuat tulisan khat. Adiknya selalu cakap, " Abang buat apa-apa semuanya cantik. " Dan katanya lagi, " Adik susahlah nak buat macam tu." Kekadang saya akan tenangkan dirinya dan berkata, setiap orang ada keistimewaan masing-masing. Kita tidak sempurna. Untuk menjadi mahir dan pandai di dalam sesuatu bidang haruslah banyak berlatih.

Itulah ragam anak-anak yang menjadi penghibur saya selama ini. Saya tidak pernah memukul ataupun mengherdik mereka tidak tentu pasal. Semua masalah saya lebih suka selesaikan secara bersama-sama. Walaupun saya seorang ibu tunggal itu bukanlah alasannya yang anak-anak harus bersedih di sepanjang kehidupan mereka. Yang berpisah hanyalah kedua orang tua mereka. Namun kasih dan sayang tetap ada dan akan kekal selamanya. Bersendirian mendidik dan juga membesarkan anak-anak kesayangan membuatkan saya harus menjadi kuat dan sabar dalam mengharungi pelbagai dugaan.

Semoga anak-anak saya berjaya di dalam apa sahaja bidang yang mereka bakal ceburi. Setiap detik dan saat juga doa senantiasa mengiringi mereka berdua. Kejayaan bukan sahaja di dalam pelajaran bahkan agama juga harus seimbang di setiap kejayaan mereka, insha Allah amin.

Sekian Terima Kasih

Nota : Anak yang lelaki sangat berminat di dalam seni penulisan khat. Walau tahun ini tidak menang sebarang pertandingan namun dia tidak pernah jemu berlatih. Jika ada sebarang pertandingan ataupun kelas penulisan khat bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sarian.awangsenik@gmail.com

PROMOSI EBOOK APRIL 2015

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Promosi Ebook dari Akademi Bekerja Dari Rumah untuk April telah pun bermula. Pakejnya sangat menarik. Iaitu RM 50.
Ebooknya ialah:
@@@ Ebook Surirumah Boleh Berbisnes.
@@@ Ebook Yeay Mama Sudah Resign.
@@@ Ebook 101 Idea Homr Based Bisnes.

Pakej yang kedua dengan harga yang sama ialah:
@@@ Ebook Surirumah Boleh Berbisnes.
@@@ Ebook Yeay Mama Sudah Resign.
@@@ Ebook Super WAHM Supermom.

Anda berminat ingin dapatkannya, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Sekian Terima Kasih.

Wednesday 1 April 2015

JADIKAN YANG BIASA BERTUKAR LUAR BIASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hati merasa syukur dengan segala nikmat yang diberi. Walau terpaksa menempuh pelbagai halangan, namun segala cabaran harus diharungi juga. Inilah sebuah kehidupan yang mempunyai warna warninya yang tersendiri.

Setiap hari melakukan pekerjaan seperti biasa dan juga tanggungjawab sebagai pekerja seperti sedia kala. Pekerjaan ini bukan atas dasar minat tetapi lebih kepada keperluan mencari rezeki yang halal.Yakin dan juga pasti bahawa ada hikmah yang tersembunyi. Menghadapi segala permasalahan setiap hari bukanlah suatu perkara yang mudah. Kesabaran dan juga ketenangan adalah sifat yang semesti ada di dalam diri di dalam menghadapi suatu keadaan. Apa pun tetap bersyukur kerana inilah sebenarnya adalah suatu dugaan dari maha penciptanya.

Nekad untuk jadikan pekerjaan sambilan sebagai mata pencarian utama. Maka dengan itu harus siapkan diri dengan pelbagai persediaan. Menguruskan masa di rumah, keluar daripada zon selesa dan menghadapi karenah anak-anak bukanlah perkara yang mudah. Insha Allah dengan pelbagai kaedah dan juga cara yang di amalkan di ajaran Islam, semua halangan dapat di atasi sebaik yang mungkin. 

Apa pun hati kecil ini tetap bersyukur kerana setiap cabaran dapat dilalui dengan jayanya. Moga semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar, tanpa melalui banyak kesusahan.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota: Kesukaran harus di lalui juga



SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...