Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada.
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum, syukur saya senantiasa ada idea untuk di tulis buat tatapan minda anda semua. Sepatutnya saya harus tidur awal. Kerana kebiasaannya dari hari Isnin hinggalah Jumaat saya dah terbiasa bangun awal iaitu pada pukul 4 pagi untuk menyiapkan kelengakapan anak-anak sekolah juga menyediakan sarapan pagi untuk anak ke sekolah.
Kalau tidak pun saya hanya belikan mereka nasi lemak ataupun kuih muih sebagai sarapan mereka ke sekolah. Saya merasa sangat bersyukur kerana kedua anak tersayang tidak pernah cerewet di dalam jenis makanan yang saya selalu sediakan.
Sebenarnya seharian saya akan dan bakal berhadapan dengan pelbagai masalah. Kalau nak cerita semua masalah di entri ini, nanti bosan pula yang membacanya. Namun saya cuba sedaya upaya untuk tidak terlalu memikirkan tentang semua permasalahan tersebut. Nak fikir semua, nanti saya pulak yang pening kepala.
Saya pernah terbaca tentang suatu post di facebook, jika setiap hari kita bangun pagi dan terus fikirkan tentang masalah, makan masalahlah yang akan dihadapi oleh kita pada hari tersebut. Apa yang kita fikir, cakap dan buat semuanya merupakan suatu doa. Jadi berhati-hatilah apa akan dicakap, fikir dan juga buat.
Sebagai seorang ibu tunggal, saya suka melihat sesuatu masalah sebagai suatu peluang. Berhadapan dengan pandangan masyarakat, menghadapi pelbagai masalah membuatkan saya harus bersedia dari segi mental dan juga fizikal.
Bukanlah suka masalah melanda diri saya, tetapi cuba menilai kembali apakah peluang yang ada di sebalik semua masalah tersebut. Katakan sebagai contoh, saya hendak membeli sesuatu tetapi tidak cukup duit. Dah usaha ke sana ke sini dan juga cuba meminjam daripada adik beradik, namun semuanya gagal. Dalam sehari ataupun dua hari tu memanglah agak kecewa. Tetapi saya redha. Mungkin ada hikmah ataupun Allah nak suruh saya supaya usaha cara yang lain ataupun saya belum usaha secara 'all out' lagi.
Saya sangat pasti Allah akan selesaikan semua masalah saya dengan cara yang tersendiri. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah berdoa dan usaha sedaya yang termampu.
Dah hampir pukul 2 pagi ini, saya nak berhenti dahulu menulis. Insha Allah esok saya akan kongsikan sesuatu yang lebih istimewa dan juga bermanfaat buat semua.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment