Wednesday, 8 April 2015

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi! Seriusnya tajuk entri saya malam ini. Nampak perkataan perjuangan itu luas sangat. Memang perkataannya agak besar. Macam seolah-olah mempertahankan negara. Namun sebenarnya perjuangan itu adalah sebenarnya perjuangan saya mencapai segala yang dicita-citakan dan juga selesaikan semua tugasan dan juga tanggungjawab yang telah diberi.

Ketika orang sana sini bercakap tentang isu GST saya masih sibuk memperjuangkan matlamat agar senantiasa berada di landasan yang betul dan juga fokus dengan apa yang telah diusahakan selama ini. Bukan mudah mencapai segala yang diinginkan dengan keadaan yang serba kekurangan. Tetapi itu bukanlah alasannya. Saya selalu berfikir bahawa ada lagi insan yang lebih susah kehidupannya tetapi berjaya juga di dalam sesuatu bidang yang mereka sedang usahakan.

Semua kesusahan haruslah di hadapi dengan penuh kesabaran dan juga keikhlasan. Kesusahan dan dugaan ada rahmat yang tersembunyi yang sukar dijelaskan dengan segala kata-kata. Hanya yang pernah melaluinya sahaja akan faham apa yang saya cuba sampaikan.

Ketika entri ini sedang ditulis, semua anak-anak saya sedang lena dibuai mimpi nan indah. Melihat wajah mereka bagaikan memberi suatu terapi kepada saya untuk selesaikan segala perjuangan ini. Perjuangan bersama-sama dengan segala amanah yang telah Allah yang maha esa kurniakan terhadap saya.

Setiap saat dan juga detik doa dan juga usaha harus seiring dan juga tanggungjawab kepada yang satu jangan sesekali lalai di dalam mengerjakannya.
Semoga saya dapat selesaikan segala perjuangan ini dan juga dapat merasai kejayaan yang sebenarnya. Kejayaan yang dapat dimanfaatkan juga kepada orang lain dan juga sesiapa sahaja. Insha Allah.

Sekian Terima Kasih


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...