Monday, 13 April 2015

GST DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIANKU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, syukur saya masih di beri peluang untuk menulis entri yang tidak seberapa ini. Mungkin di sana sini sedang sibuk dengan GST yang baru sahaja dilaksanakan oleh kerajaan kita baru-baru ini. Memang keadaannya agak kelam kabut sedikit, namun terpaksa angkur dengan kehendak kerajaan dan juga peminpin sekarang.

Secara jujurnya, saya pun tidak begitu arif tentang GST. Ini kerana saya tidak mengeluarkan perbelanjaan yang banyak setiap bulan. Saya lebih suka membeli barang keperluan secara sedikit demi sedikit. Namun apa yang pasti, perubahan yang agak ketara adalah di tempat saya bekerja sekarang.

Dengan terlaksananya sistem GST di tempat kerja saya, telah banyak mengajar para pelanggan supaya lebih berdisplin dan juga mematuhi peraturan yang ada. Kalau sebelum adanya GST, pelanggan tidak perlu beratur terlalu lama untuk membayar semua barangan yang mereka beli. Kini tidak lagi. Kesemua barangan yang di beli terpaksa di 'scan' terlebih dahulu kerana semua barangan sudah termasuk harga GST.

Secara tidak langsung, ianya mengajar semuapelanggan agar lebih berdisplin dan bersabar menunggu giliran masing-masing. Jadi pelanggan tidak punya banyak pilihan dab terpaksa beratur untuk membayar semua barangan yang telah mereka beli. Pelanggan juga ingin tahu berapa ringgit mereka telah di kenakan GST untuk sesuatu barang yang telah mereka beli.

Ada baik dan juga buruknya GST. Yang baiknya ialah ianya mengajar kita untuk lebih berjimat cermat. Selain daripada itu, kita digalakkan untuk mencari pendapatan sampingan dan tidak terlalu mengharap pada sesuatu sumber kewangan sahaja. 


Itulah penangan GST dalam kehidupan seharian saya. Walau banyak suara-suara negatif, namun semuanya harus dilalui sebaik yang mungkin. Insha Allah kita akan dapat mengatasi semua masalah ini bersama.


Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...