Monday, 6 April 2015

YEAY ! ANAK IBU DAH GENAP 10 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini adalah hari yang paling bermakna sekali. Nak tahu kenapa? Tentulah semua orang nak tahu kan. Untuk pengetahunan semua, hari ini genaplah 10 tahun usia puteri kesayangan saya Nur Damia Rifqah. Dia lahir ke dunia yang serba indah ini tepat jam 12.30 tengahari. Masa orang tengah sibuk nak keluar makan tu, masa itulah dia lahir. Saya masih ingat, masa itu kandungan saya dah lewat 2 hari dan terpaksa di masukkan ke hospital kerana bimbang ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Walaupun masa itu pintu rahim telah terbuka sebanyak 3 cm, namun saya tidak merasa sakit. Ajaib ! Bukan. Saya masa itu, masih boleh goyang-goyangkan kaki dan bersembang bersama pesakit-pesakit yang lain. Doktor yang buat pemeriksaan tu pun pelik dengan saya. Apa pun saya dah agak yang kelahiran anak yang ketiga ini agak berlainan sikit. Tidak sepertimana arwah kakak dan juga abangnya, dia adalah yang paling kecil dan ringan sekali. Berat masa dilahirkan hanyalah 2.5 kg sahaja. Dilahirkan secara induce dan masa itulah saya rasa seolah-olah nyawa di hujung tanduk. Selain perit menahan kesakitan, saya tidak henti berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Dan tepat jam 12.30 lahirkan seorang puteri di dalam kehidupan saya sebagai seorang ibu dan tambah melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang isteri pada masa itu.

Masa dia kecil, kulitnya merah sangat dan dah tentulah rambutnya lebat seperti abang dan juga arwah kakaknya. Jururawat yang menyambut kelahirannya berkali-kali bertanya kepada saya, apa yang saya suka makan di sepanjang kehamilan saya. Hanya senyuman yang saya berikan. Apa yang saya ingat, ialah saya gemar menonton cerita korea dan juga Jepun dan sangat suka melihat pelakon wanitanya yang kulit putih kemerahan. Dalam hati saya selalu bayangkan, kalaulah anak dalam kandungan ini pun berkulit macam pelakon-pelakon wanita di dalam semua cerita tersebut. Kelakar bukan. Itulah yang terjadi pada puteri kesayangan saya yang seorang ini.

Sepanjang menjaganya sejak dari kecil, dia tidak banyak karenah. Baik dari segi penyusuaan dan juga waktu tidurnya. Nur Damia Rifqah menyusu susu ibu seratus peratus dan langsung tidak meminum sebarang susu formula. Tidak banyak meragam dan tidak perlukan buaian untuk menidurkannya. Dia hanya mandi dengan air paip biasa dan tidak perlukan air suam. Cepat berpeluh dan itulah yang membuatkan dia berbeza dengan kakak dan juga abangnya.

Cuma satu dia alah pada lampin pakai buang ataupun pampers. Kalau air kencingnya dah banyak dan tidak tukar serta merta dia akan cepat kemerahan di celah-celah kangkangnya. Masa dia berumur 1 tahun lebih, saya pernah cuba-cuba memberinya susu formula, tapi bila dia pegang je botol susu terus di campakkan ke lantai. Geram sangat masa itu. Sebab saya ingat, nak mula bekerja balik namun tidak kesampaian.

Saya menyusukannya hinggalah dia berumur 2 tahun lebih. Memang agak ketara perkembangan mental dan juga fizikalnya berbanding dengan abang dan juga arwah kakaknya. Dia juga dah mula pandai kencing ke bilik air seawal umurnya 2 tahun lebih. Sangat sensitif dengan pampers. Dahlah kulitnya putih. Asal merah je, semuanya jelas kelihatan.

Kini Mia dah genap berumur 10 tahun. Sejak dari bersekolah tadika lagi dia sangat aktif memasuki pelbagai acara. Saya masukkan dia ke sekolah tadika Pasti seawal umur 4 tahun. Umur 5 tahun dia dah boleh membaca sukukata dan pada akhir tahunnya dia dah boleh membaca. Umur 6 tahun dia boleh membaca seperti mana kanak-kanak yang lain. Mia juga pernah mewakili tadika Pasti bertanding di peringkat daerah. Dan alhamdulilah, dia menang di dalam pertandingan tersebut. 

Mia aktif memasuki pelbagai acara sekolahnya sehinggalah sekarang. Baru sahaja mewakili sekolah di alam acara Amal Islami, namun tahun ini dia tidak memenangi sebarang pertandingan. Mungkin bukan rezeki  ataupun kurang latihan. Setiap hari balik je dari sekolah ada sahaja yang diceritakan kepada saya. 

Saya berdoa moga dia menjadi anak yang taat dan solehah serta berjaya dunia dan juga akhirat. Tidak sedar menulis sampai dia dah pun balik dari sekolah. Saya pun terpaksa berhenti di sini untuk melayannya dan menyiapkannya ke sekolah agama pula.


Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...