Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sebagai ibu saya sangat bersyukur dengan segala kurniaan yang maha esa. Mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja dan dewasa dan juga cabaran mendidiknya bukanlah perkara yang mudah. Apa yang saya lakukan, semua akan dinilai oleh anak-anak suatu hari nanti.
Yang lelaki namanya Muhamad Aiman Hakimi dan yang perempuan yang selalu menjadi pengkritik terhebat saya ialah Nur Damia Rifqah. Keduanya ada keistimewaan masing-masing. Sikapnya pun jauh berbeza. Abangnya agak pendiam, suka memerhati dan menilai sesuatu dalam diam. Manakala yang adiknya agak agresif, lasak, dan suka berterus terang jikalau ada yang tidak disukainya. Bak kata orang, sekali bersuara agak pedas dan tersinggung jugalah di buatnya.
Banyak mewarisi sifat abahnya yang agak tegas itu. Adiknya tidak suka mengemas sesuatu. Kalau buat kerja tu, habislah satu rumah di sepahkan. Selalu juga menguji kesabaran saya sebagai ibu. Bila buat kerja, memang tidak reti nak mengemas. Berbeza sangat dengan si abang. Walaupun lelaki, tetapi agak teliti dan kemas di dalam menyiapkan segala tugasan ataupun projek sekolah. Sanggup keluar belanja lebih sikit sampailah tugasan sekolahnya siap, kemas dan teratur. Jadi terbalik pulak ya. Anak perempuan patutnya lagi kemas. Ini anak lelaki pulak yang lagi cermat segala kerjanya.
Namun kami 3 beranak berkongsi hobi yang sama iatu membaca. Dalam rumah ini, bahan bacaan seperti buku, majalah, novel ataupun apa sahaja banyak di sana dan sini. Kalau yang anak perempuan ini memang dah jadi 'habit' buku mesti ada sebelum tidur. Sama juga macam saya. Membaca dulu sebelum tidur. Abangnya pulak sangat berminat dengan seni penulisan khat. Minatnya itu sudah sebati dalam diri sejak anak teruna ini di bangku sekolah rendah lagi. Selalu mewakili sekolah. Bukan sahaja berbakat di dalam seni khat malah dia juga aktif di dalam acara olahraga di sekolahnya.
Yang dalam gambar itu, adalah Gallary Bawah Tangga anak teruna saya. Tukang sibuk dan penkritik tetap adalah si adiknya. Selalu kena marah oleh si abang kerana mengacau abangnya berlatih membuat tulisan khat. Adiknya selalu cakap, " Abang buat apa-apa semuanya cantik. " Dan katanya lagi, " Adik susahlah nak buat macam tu." Kekadang saya akan tenangkan dirinya dan berkata, setiap orang ada keistimewaan masing-masing. Kita tidak sempurna. Untuk menjadi mahir dan pandai di dalam sesuatu bidang haruslah banyak berlatih.
Itulah ragam anak-anak yang menjadi penghibur saya selama ini. Saya tidak pernah memukul ataupun mengherdik mereka tidak tentu pasal. Semua masalah saya lebih suka selesaikan secara bersama-sama. Walaupun saya seorang ibu tunggal itu bukanlah alasannya yang anak-anak harus bersedih di sepanjang kehidupan mereka. Yang berpisah hanyalah kedua orang tua mereka. Namun kasih dan sayang tetap ada dan akan kekal selamanya. Bersendirian mendidik dan juga membesarkan anak-anak kesayangan membuatkan saya harus menjadi kuat dan sabar dalam mengharungi pelbagai dugaan.
Semoga anak-anak saya berjaya di dalam apa sahaja bidang yang mereka bakal ceburi. Setiap detik dan saat juga doa senantiasa mengiringi mereka berdua. Kejayaan bukan sahaja di dalam pelajaran bahkan agama juga harus seimbang di setiap kejayaan mereka, insha Allah amin.
Sekian Terima Kasih
Nota : Anak yang lelaki sangat berminat di dalam seni penulisan khat. Walau tahun ini tidak menang sebarang pertandingan namun dia tidak pernah jemu berlatih. Jika ada sebarang pertandingan ataupun kelas penulisan khat bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sarian.awangsenik@gmail.com
No comments:
Post a Comment