https://youtu.be/2X_oOzj3UeE
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : You Tube
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah, syukur. Sekejap je dah pun masuk hari Ahad. Terasa masa selama setahun itu berlalu begitu pantas sekali.
Tentu ramai yang nak tahu, kenapa saya suka sangat mendengar lagu dari artis terkenal Faizal Tahir ini. Secara jujur saya bukan suka pada paras rupanya tetapi lebih kepada semua lirik lagu yang dihasilkannya.
Setiap kali lagunya berkumandang di corong radio dan juga di stesen televisyen, pasti akan menjadi terkenal dan juga siulan di bibir para peminatnya. Dengan hanya mencipta satu perkataan ianya telah memberikan banyak kesedaran kepada setiap daripada kehidupan kita.
Lagu 'Assalamulaikum' ini sebenarnya mempunyai maksud yang amat mendalam. Bukan sahaja terhadap semua penduduk di Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Betapa banyak kekejaman berlaku di sana sini ekoran daripada perbezaan agama, politik dan sebagainya. Dengan banyak perbezaan yang wujud, telah menimbulkan banyak perselisihan pendapat. Akibatnya yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri dan juga orang awam yang tidak bersalah dan berdosa.
Dengan timbulnya semua perbezaan pendapat menyebabkan hilang sikap hormat menghormati dan juga perasaan belas kasihan sesama manusia. Begitu banyak nyawa yang menjadi korban hanya kerana perbezaan pendapat, agama dan juga politik. Nyawa manusia terkorban dan langsung tiada nilainya.
Lagu ini mengajak kita untuk berfikir sejenak akan semua nikmat yang kita kecapi dan juga keamanan yang sedang kita nikmati bersama. Kita bebas bergerak ke sana dan juga ke sini tanpa ada sebarang kerisauan. Bayangkan jika kita berada dan hidup di negara yang sedang dilanda peperangan. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, walaupun hanya ke kedai berhampiran , bahaya senantiasa mengintai kita setiap masa dan saat.
Tetapi itu semua tidak berlaku di negara kita Malaysia. Kita masih bebas bergerak dan juga melakukan apa sahaja aktiviti yang digemari. Kenapa kita harus mempersia-siakannya begitu sahaja? Hanya kerana perbezaan pendapat, politik , agama dan juga bangsa, maka semua kedamaian dan juga keamanan hilang begitu sahaja.
Di dalam video klip lagu ini, bagaimana kita mampu bersatu tanpa mengira bangsa dan juga agama. Tidak kira tua ataupun muda, semuanya melaungkan bersama-sama perkataan ' Assalamulaikum'. Terasa damai dan juga sejuk hati apabila mendengarnya. Tahniah kepada yang menerbitkan video klip lagu ini. Walaupun hanya secara santai dan bersahaja juga hanya berlatar belakangkan kehidupan sebenar kotaraya Kuala Lumpur, namun kesannya terlalu amat mendalam kepada sesiapa sahaja yang melihat dan mendengar lagu ' Assalamulaikum' ini.
Cubalah anda sesekali luangkan sedikit masa untuk mendengar dan juga cuba memahami mesej yang ingin di sampaikan oleh penyanyi Faizal Tahir ini. Jangan asyik leka dan lalai dengan dunia anda yang tersendiri. Hargailah dan hormatilah sesama kita. Tidak kira bangsa, agama dan juga warna kulit, semuanya tetap sama. Setiap agama mengajar manusia untuk senantiasa berbuat kebaikan di antara satu sama yang lain.
Sekian Terima Kasih.
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment