Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum.
Syukur kerana Allah masih memberikan saya idea untuk sesuatu yang mungkin berguna buat pembaca di luar sana. Dalam melalui kehidupan seharian, kita akan senantiasa menghadapi pelbagai masalah. Dengan masalah yang datanglah akan membuatkan kita bertambah tertekan dari masa ke semasa. Bagi yang pandai mengawal semua stress yang ada tidak mengapa. Tetapi jika sebaliknya, ianya mungkin akan menjadi barah di dalam kehidupan dan menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit.
Saya suka menjadikan binatang kesayangan sebagai terapi kala diri terlampau stress dengan tekanan kerja, kehidupan dan sebagainya. Tidak bermakna hendak ketepikan kekuatan yang maha esa, tetapi ianya juga membantu saya mengawal semua gelodak emosi di dalam diri saya. Sejak dahulu, saya gemar memelihara kucing. Kucing adalah makhluk Allah yang senantiasa membuatkan saya tertarik dan selalu belas kasihan terhadap makhluk Allah yang comel ini.
Sejak dahulu ketika saya belum dikurniakan cahaya mata, saya gemar membelai dan memanjakan kucing. Dahulu kucing yang saya pelihara ada yang dari kucing kampung dan juga baka kucing parsi. Yang kucing kampung mungkin tidak banyak karenahnya. Tapi yang kucing parsi ini kena berhati-hati apabila memeliharanya. Semua kucing-kucing saya layan mereka bagai anak-anak kecil. Kalau namanya, memang macam-macam ada. Saya gemar memanggil mereka mengikut perangai dan juga hobi masing-masing. Kalau yang suka tangkap tikus itu, saya akan panggil dengan gelaran ' monster' ataupun hanya sebagai pengawal keselamatan yang tidak bergaji di rumah.
Antara nama-nama mereka ialah, Comot, Atam, Comel, Mama Mot, Momok, Mimi dan bermacam lagi. Anak-anak saya sangat gemar kan kucing. Bila balik je dari sekolah, pasti mereka akan bercakap-cakap dengan kucing mereka. Bila hati saya sedang sedih ke ataupun gembria, kucinglah tempat saya meluahkan perasaan. Kucing-kucing ini juga akan sentiasa setia bersama saya sepanjang hari.
Setiap hari jikalau saya balik sahaja daripada kerja, pasti salah seekor daripada kucing-kucing ini akan menunggu saya di luar pagar rumah. Yang suka mencuci segala tahi mata kucing adalah anak perempuan saya. Dia memang tidak suka melihat semua kucing-kucing banyak tahi mata. Sebelum pergi sekolah, dia sempat lagi membelek mata kucing kesayangan daripada segala kekotoran.
Part yang paling best sekali ialah, bila semua kucing kesayangan lepas makan. Ada yang terus je tidur, tetapi ada juga yang gemar bermain dan berlari ke sana dan juga sini. Tidak apa sahaja, semuanya akan jadi bahan mainan mereka. Stokin busuk anak-anak pun jadi mereka bermain. Baunya dahlah busuk. Tapi kucing-kucing ini selamba je bermain. Anak-anak paling gemar melayan mereka bermain. Kadang-kadang 'homework' sekolah pun tidak buat dek sibuk melayan kucing kesayangan bermain. Kalau tidak siap, alamat bisinglah mulut saya membebel.
Begitu saya dan juga anak-anak mengawal emosi dan meluahkan segala stress yang ada kepada binatang kesayangan kami iaitu kucing. Dah tentulah nak bela kucing kena konsisten dan berdisplin saat memberikan mereka makanan. Selalunya mereka akan menunggu masa makan dengan begitu sabar sekali. Sampai je nak makan, barulah dengar bunyi mereka mengiau dengan pelbagai nada yang ada.
Masa mereka makanlah, saat yang paling membahagiakan bagi diri saya. Walaupun kekadang rezeki yang ada tidaklah banyak mana, namun saya tetap berkongsi rezeki bersama-sama mereka. Selalunya kalau rezeki hari ini tidak banyak, esok akan ada rezeki yang tidak disangka-sangka datang. Kucing juga kan binatang kesayangan nabi.
Apapun sejak berpindah dan memelihara kucing kembali, segala tikus yang ada kat rumah makin berkurangan. Bukan tidak ada tikus. Memang ada. Cuma agak berkurangan kerana kucing saya yang bernama ' Momok' amat gemar menangkap mereka. Dia akan tangkap dan bermain dengan tikus, sampailah tikus itu mati. Momok juga paling tidak sukakan lalat ataupun serangga yang besar berterbangan di sana dan sini.
Dengan mempunyai binatang kesayangan segala stress dan juga emosi yang kurang stabil dapat di kawal dengan sebaik yang mungkin. Mungkin ada juga rakan-rakan yang lain yang mempunyai binatang kesayangan selain daripada kucing. Apa pun itulah saya meluahkan segala stress yang ada. Dengan cara meluahkannya kepada binatang kesayangan akan lebih mengajar saya menjadi lebih bertimbang rasa dan sifat hormat menghormati di antara satu dengan yang lain.
Sekian Terima Kasih.
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment