Wednesday 8 February 2017

BLOG SEBAGAI AGENT PEMASARAN ALAM MAYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Selesai juga segala urusan penting tengahari tadi. Daripada memperbaharui lesen sehinggalah segala urusan negara di rumah saya yang kecil lagi comel itu.

Sambil dengar radio Sinar Fm dan si anak dara terus lena dibuai mimpi yang serba indah. Pasti dia penat jalankan segala aktiviti kokurikulumnya petang tadi.

Jujurnya dulu saya tidak tahu pun akan apa itu blog yang sebenarnya. Dari kewujudannya sehinggalah manfaat menggunakan blog sebagai salah satu tempat untuk berkongsi apa saja yang menarik sama ada tentang bisnes ataupun perkhidmatan.

Selain dari dua perkara yang saya sebutkan diatas, blog juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk kita menulis segala pengalaman berharga tentang apa yang berlaku dalam hidup kita seharian. Seeloknya tulislah yang baik-baik dan juga dapat dijadikan sebagai panduan berharga buat pembaca blog yang singgah membaca entri yang kita isikan di blog tersebut.

Dan yang paling bestnya, blog dapat dijadikan sebagai agent pemasaran alam maya yang paling terbaik.

Mempunyai perniagaan dan juga perkhidmatan tidak semestinya kita mesti mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.
Dengan kos yang murah pun, kita mampu memperkenalkan perniagaan dan juga perkhidmatan ke pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Syaratnya, asalkan kita rajin menulis entri-entri terkini tentang segala aktiviti perniagaan yang sedang kita usahakan. Tidak perlu tulis panjang-panjang. Secara ringkas pun sudah memandai.

Apabila kita rajin menulis entri tentang apa sahaja yang sedang kita lakukan secara automatik menjadikan blog kita amat dikenali dipapan Google. Ada sesetengah pembaca suka menjadi silent reader dan suka singgah membaca entri kita, sehinggalah secara tanpa sedar mereka menjadi follower di blog kita.

Google dan blog, bagaikan aur dengan tebing. Macam adik-beradik. Sangat perlu memerlukan antara satu sama lain. Dan juga dah jadi satu trend, mencari segala macam maklumat dengan hanya satu perkataan.

Jadi yang magiknya, bila taip saja apa saja, maka secara automatiknya akan keluarkan pelbagai maklumat yang kita perlukan.
Tidak payahlah lagi buang masa dan juga duit dengan menyewa kedai dan juga mengaji pekerja untuk bekerja dengan kita.

Dengan cara demikian kita telah menjimatkan duit, dan bolehlah digunakan duit tersebut untuk tujuan yang lain. Maka, memang sahlah blog adalah salah satu agent pemasaran terbaik dengan kos yang sangat murah dan berpatutan. Melalui blog kita dapatkan secara lebih terperinci tentang apa saja sama ada perniagaan ataupun perkhidmatan.

Bagaimana kita nak belajar menulis blog yang betul untuk tujuan perniagaan dan juga perkhidmatan pun, boleh kita pelajari secara online dan yang paling menyeronokkan adalah belajar mengikut masa yang kita tetapkan tanpa menganggu segala aktiviti harian kita.

Anda nak tahu lebih lanjut, bolehlah whatshapp saya, Sariah Awang Senik di no 019-4075634.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...