Sunday 16 November 2014

ASAL BERCERITA LANGSUNG TERJUAL

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, masih berpeluang menulis sesuatu yang istimewa yang telah berlaku pada minggu lepas. Memikirkan yang anak-anak bakal memulakan cuti persekolahan pada hanya beberapa sahaja lagi, saya sedang memikirkan dan juga menyediakan juadah makanan ringan seperti mana dijual di restoran makanan ringan yang terkenal seperti KFC.

Anak-anak gemar memakan cheezy wedges dan juga mashed potato. Saya teringat yang serbuk cheezy wedges dan juga mashed potato pernah dijual di group ABDR. Kalau tidak silap, guru online saya sendiri ada menjual produk ini secara dropship.

Ketika itu saya sedang bersembang dengan beberapa jiran yang sedang berbual dan bercerita tentang anak-anak. Untuk memastikan yang guru online saya ada menjual produk ini, saya lantas menghantar pesanan melalui whatshapp tentang hal ini. Setelah menghubunginya, maka benarlah dan mengakui bahawa dia menjual produk ini secara dropship.

Dalam masa yang sama , saya berbual-bual kosong dengan jiran lalu terkeluarlah cerita tentang produk cheezy wedges dan juga mashed potato. Jiran amat berminat dan menyatakan akan membeli produk ini. Saya cuba mempromosikan di group whatshapp yang lain dan ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Bermulalah daripada saat itu, saya terus mempromosikan lagi dan sekarang sudah menjual sebanyak 6 peket serbuk cheezy wedges dan mashed potato.

Saya nekad untuk berusaha meneruskan perniagaan dropship ini.

Kepada yang berminat untuk mencuba serbuk cheezy wedges dan mashed potato bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com. Harga produk ini ialah :
@@@ Serbuk cheezy wedges 200gm RM200.
@@@  Serbuk mashed potato 200gm dan 50gm sos.

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...