Tuesday, 10 February 2015

SEJENAK BERSAMA ANAK-ANAK TERSAYANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semalam hari Selasa adalah hari yang paling mencabar dan menduga aku sebagai seorang ibu dan juga tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Sebenarnya kerja aku ini tidaklah seglamour mana. Rasanya dah banyak kali juga, aku nyatakan di dalam entri yang lepas. Kerja sebagai seorang pembantu kedai di sebuah hentian Rehat dan Rawat.

Tetapi asalkan kerjanya halal aku tetap dan setia dengan pekerjaan aku sekarang. Bercadang untuk berhenti kerja suatu hari nanti dan memulakan pekerjaan hanya dari rumah. Maka sebagai persediaan awal segala kerja secara sambilan, aku usahakan menjadikannya sebagai rutin harian aku.

Pukul 11.37 malam, itu adalah waktu kedai aku di tutup. Sampai di rumah tepat pukul 12 malam. Masa sampai di rumah anak-anak masih belum tidur. Mungkin sedang mengemaskan buku sekolah dan menyediakan segala keperluan persekolahan untuk keesokan harinya. Si adik sudah pun penat, dan ingin terus tidur. Manakala si abang masih lagi sibuk membuat latihan penulisan khatnya. Memang si abang suka dengan penulisan khat sejak di sekolah rendah agama lagi. Tahun lepas sahaja si abang mendapat tempat kedua di dalam acra amal islami peringat daerah. Nyata si abang mewarisi bakat seni daripada aku sebagai ibunya.

Masa sekolah dahulu, aku minat melukis dan suka menghabiskan berjam-jam melukis gambar yang menjadi perhatian diri aku sendiri. Kini semua bakat seni ini jatuh kepada anak bujang tersayang. Aku berfikir untuk menghantar anak bujang tersayang untuk belajar mendalami seni khat ini. Menurut si abang, seni khat ada bermacam-macam jenis. Si abang agak pendiam berbanding dengan si adik yang agak agresif dan tahan lasak. Adik agak peramah dan suka memberi apa sahaja pendapat.

Aku berdoa moga si abang akan berjaya membawa bakat seni penulisan khat ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya. Tidak ramai anak-anak muda zaman sekarang yang berminat di dalam seni warisan khat. Memandangkan faktor kewangan dan juga masa yang amat terhad, aku berharap dengan sedikit perkongsiaan yang tidak seberapa ini dapat membantu mengembangkan bakat seni khat anak bujang tersayang.

Kepada Muhamad Aiman Hakimi, ibu doakan abang akan memprolehi kejayaan di dalam seni penulisan khat. Insha Allah suatu hari nanti bakat abang akan dapat di kenali ramai. Amin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota :
Jika ada sesiapa yang berminat dengan bakat ataupun ingin menawarkan kelas ataupun apa sahaja tentang seni penulisan khat kepada anak bujang tersayang, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...