Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum, alhamdulilah dah pun empat hari berpuasa dan menjalankan segala ibadah yang lain sebaik yang mungkin. Kebetulan hari ini adalah hari bapa dan hati saya teringat dan terasa rindu sangat kepada abah yang tersayang. Sebenarnya bukanlah bertujuan untuk membangga sambutan hari bapa ini, tapi rasa bersalah kerana hampir beberapa bulan tidak menjenguk pulang ke kampung atas alasan yang biasa didengar iaitu sibuk dengan urusan kerja dan anak-anak.
Untuk pengetahunan semua abah adalah salah seorang bekas pekerja KTM dan telah pun pencen selama beberapa tahun. Abah seorang yang tidak suka duduk diam dan gemar melakukan sesuatu untuk menambah pendapatan dan juga menghabiskan masa yang ada dirumah. Abah seorang yang tidak suka mengharapkan orang lain untuk memenuhi segala kehendaknya. Walaupun bergelar seorang suami dan bapa , dia tidak suka menyusahkan orang lain terutama isteri serta anak-anaknya. Itulah abah. Memang perangainya begitu. Abah juga selalu risau tentang keadaan anak-anak dan juga cucu-cucunya yang lain. Setiap kali saya dan adik-adik pulang ke kampung, abah tidak pernah jemu menasihati kami adik beradik dengan pelbagai perkara. Selalunya sebelum melakukan sesuatu abah akan nasihatkan agar selalu berdoa moga semua urusan dipermudahkan sebaik yang mungkin.
Abah juga selalu menasihatkan kami adik beradik supaya senantiasa ikhlas di dalam melakukan sebarang pekerjaan. Apa sahaja dugaan yang dihadapi haruslah bersabar dan berdoa semoga Allah permudahkan setiap urusan yang bakal dilalui.
Itulah abah saya, En Awang Senik Bin Adam. Walaupun usia sudah pun meningkat, namun abah tetap tidak suka berdiam diri tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Saya sangat kagumi sikap abah yang suka berdikari tanpa selalu mengharapkan bantuan orang lain.
Untuk abah tersayang, saya , adik beradik yang lain dan semua cucu kesayangan abah, sangat sayangkan abah dan juga selalu rindu kepada abah. Insha Allah raya nanti kami semua akan pulang ke kampung untuk berhari raya.
Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment