Tuesday, 26 May 2015

AKTIVITI HARIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rutin harian aku hari ini berjalan seperti biasa. Bangun seawal pukul 4 pagi dan menjalankan tanggungjawab kepada yang maha esa. Sebelum bersolat subuh, aku menyiapkan sarapan untuk anak-anak tersayang. Tiada apa yang istimewa. Kadang-kadang cuma nasi goreng, roti telur ataupun cuma makan roti sahaja. Satu lagi kebiasaan aku ialah memberi kucing-kucing kesayangan aku makan terlebih dahulu. Walaupun cuma kucing peliharaan namun aku senang melayan makhluk Allah yang comel dan manja ini. 

Setelah selesai bersolat subuh, aku akan bersiap-siap untuk menghantar anak bujang tersayang menunggu bas di simpang rumah aku tersebut. Selalunya bas akan sampai dalam pukul 6.30 pagi. Tetapi kadang awal juga. Sampai je dirumah, aku sibuk menyiapkan pulak anak dara kesayangan ke sekolah. Yang seorang ini, memang susah nak bangun awal. Jadi terpaksalah aku selalu mengerakkan dia berkali-kali untuk bangun daripada tidur. Dalam pukul 7.05 pagi, aku pun menghantar anak dara ke sekolah yang tidak jauh daripada rumah aku. 

Selepas balik daripada sekolah, aku sibuk menguruskan rumahtangga dan juga tidak lupa untuk bersarapan. Sebenarnya aku bercadang untuk mengantikan semua puasa yang aku tinggal pada tahun lepas. Tidak puasa memang seronok, tapi nak mengantikannya seksa juga. Sepatutnya hari ini adalah hari cuti rehat aku. Aku tidak pasti dapat bercuti rehat. Banyak sangat masalah dalaman yang terpaksa aku lalui hampir setiap hari. 

Walaubagaimana pun, aku tetap berdoa dan terus berdoa moga semua yang aku rancangkan berjalan dengan lancar. Hari ini untuk hidangan tengahari aku cuma membelinya dari warung yang berhampiran dirumah aku. Selepas menghantar anak dara ke sekolah agama, aku terus memasak apa yang patut untuk hidangan makan malam nanti. 

Dalam hati aku tidak putus berdoa, moga tiada apa yang tidak diingini berlaku ditempat kerja aku. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Sedang asyik leka menulis entri ini, dah pun masuk waktu solat Asar.  Apa pun, aku hendak berhenti sekejap untuk bersolat terlebih dahulu. Nanti aku akan sambungkan dengan entri yang lebih berfaedah dan juga menarik. Insha Allah.

Coretan Harian

Sariah Awang Senik

Nota : Maaf inilah gambar kucing kesayangan yang bernama ' Momok'. Kalau nak tahu dialah yang banyak membantu menjaga rumah aku untuk bebas daripada serangan dan juga gangguan tikus.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...