Sunday, 17 May 2015

HUJAN RAHMAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi, hujan masih lagi turun diluar. Alhamdulilah hujan juga hari ini. Hampir beberapa minggu yang lepas cuaca terlalu panas dan hanya hujan sekejap sahaja. Hari ini pula hujan turun dengan lebatnya. Saya berasa sangat bersyukur kerana selalunya saya tidak dapat selesaikan segala urusan rumahtangga sebaik yang mungkin seperti hari ini. Bila dah rancang untuk buat sesuatu yang berat, ada sahaja yang menghalangnya.

Hari ini juga, anak-anak tersayang ringan tulang untuk menolong membantu mengemas rumah dan juga menyusun apa yang patut. Di rumah ini yang paling banyak hanyalah koleksi buku-buku anak tersayang dan juga buku-buku koleksi saya sendiri. Buku yang ada di simpanan saya adalah novel, buku-buku ilmiah dan juga buku motivasi. Agak sejuk juga apabila hujan dah turun. Sekejap lagi saya terpaksa menjalankan tanggungjawab saya sebagai pekerja dan berdoa moga semua urusan dipermudahkan sebaik yang mungkin.

Anak dara tersayang saya hari ini, hanya sibuk menonton rancangan kegemarannya sahaja. Daripada cerita kartun hinggalah rancangan drama tv yang popular suatu waktu dahulu. Saya sempat mengingatkan dia supaya jangan lupa mengulangkaji kerana tidak lama akan ada peperiksaan di sekolah agamanya.

Hampir terlupa saya untuk bersiap ke tempat kerja dek sibuk menyiapkan entri saya untuk hari minggu ini. Okey, saya seharus bersiap secepat yang mungkin. Walaupun masih hujan, namun saya pasti ianya akan reda tidak lama lagi. Kata orang, hujan lebat macam ini adalah masih paling baik untuk berdoa. Di kesempatan ini saya berdoa, moga semua insan yang saya kenali tidak kira di laman sosial ataupun di luar, moga mereka akan berbahagia selalu dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Insha Allah.

Coretan Harian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...