Tuesday, 12 May 2015

SIFAT MALAS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, cuaca mendung sahaja di luar itu. Hujan yang turun pun cuma sedikit. Aku masih lagi di tempat kerja. Menjalankan tugas dan juga amanah sebaik yang mungkin. Kalau difikirkan dalam cuaca yang mendung macam ini, kalau tidur pun seronok juga. Kalau mengikut kata hati memang macam itu. Nak kerja senang dan selalu dapat duit tetapi malas nak berusaha. Namun sampai bila ya, aku tewas dek perasaan malas ini?

Secara jujurnya, aku nak berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada ' zon selesa ' ini. Tetapi ada sahaja godaan yang selalu mengusik hati dan juga minda aku yang satu ini. Aku pasti jika aku berusaha ' all out' tentu hasilnya lebih memberangsangkan. Bak kata orang, rezeki seseorang hanya tuhan sahaja yang lebih mengetahuinya.

Sifat malas ini selalu sahaja mengoda jiwa dan juga naluri aku. Biarlah, nantilah, takut gagal, dan bermacam lagi perasaan yang negatif. Kalau mendengar semua bisikan hati itu, alamat tidak ke mana-manalah kehidupan aku. Aku tidak mahu menjadi manusia yang gagal merancang. Mujur sudah menjadi kebiasaan aku suka mencoretkan sesuatu di dalam diari aku yang tidak seberapa itu. Berbekalkan coretan yang ada itulah yang tidak membuatkan diriku cepat leka dengan dunia yang aku ciptakan sendiri.

Aku harus berusaha dan merancang sebaik yang mungkin demi masa depan aku dan anak-anak. Insha Allah berbekal doa dan usaha yang tidak pernah putus, aku juga mampu meraih kejayaan aku sendiri insha Allah.


Sekian Terima Kasih

Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...