Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Semalam adalah hari pekerja ataupu hari buruh satu Malaysia. Memang kalau bekerja waktu pejabat, memang semalam tidak payah keluar bekerja dan hanya duduk ' melepak' di rumah. Namun apakan daya, pekerjaan aku tidak macam itu. Saya bekerja shift dan walaupun bekerja hanya sebagai pembantu tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang ada.
Tidak bercadang untuk bekerja lebih lama di sini, cuma sekadar ingin mencari seberapa banyak pengalaman berniaga cara bangsa lain berniaga dan mengukuhkan perniagaan mereka.
Di dalam bidang perniagaan kesabaran dan niat untuk belajar sesuatu haruslah ada di dalam diri masing-masing. Pengurusan kewangan juga amat penting selain kepercayaan yang kuat di antara majikan dan juga pekerjanya.
Telah hampir 10 tahun lebih mencari rezeki di sini dan kini saya terpaksa bersaing dengan warga asing untuk mencari rezeki. Saya akui setiap hamba Allah di bumi ini telah dijanjikan rezekinya masing-masing. Maka dengan itu setiap cabaran yang datang harus di hadapi dengan hati yang redha. Bidang pekerjaan saya menawarkan perkhidmatan dan sudah tentulah layanan haruslah sebaik yang mungkin. Tidak bermakna layanan haruslah seperti di hotel 5 lima, namun cukuplah dengan cara hormat menghormati di antara pekerja dan juga dengan para pelanggan. Janganlah terlalu cepat menunding jari jika sesuatu permasalahan yang berlaku.
Contohnya baru-baru ini dengan sistem GST yang baru sahaja di jalankan keatas semua para peniaga. Tiada guna melepaskan kemarahan terhadap pekerja. Saya sebagai pengguna berhadapan juga dengan masalah GST. Namun tidaklah merasa terlalu marah. Cuma sedang berfikir untuk mencari jalan alternatif lain untuk dapatkan kembali wang GST yang telah saya belanjakan di dalam sebulan.
Salah satu caranya ialah dengan berniaga melalui secara online ataupun offline. Di laman sosial terdapat bermacam-macam peluang perniagaan. Tetapi haruslah berhati-hati jika ada sebarang penipuan yang mungkin akan berlaku.
Okey, sempena hari pekerja ini saya ucapkan Selamat Hari Pekerja, dan semoga pekerjaan yang kita lakukan mendapat manfaat di dunia dan juga akhirat. Inha Allah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment