Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulilah. Rasanya lama betul tidak berkongsi sesuatu di blog ini. Sebelum terus berhabuk dan bersawang, saya akan berusaha untuk menulis suatu entri yang lebih bermanfaat buat semua.
Tidak lama lagi bulan Mac akan berakhir dan akan berlabuhlah tirai bulan April. Walau hanya beberapa hari bulan Mac akan berakhir namun saya tetap bersemangat menjalani kehidupan harian agar lebih bermotivasi dari semasa ke semasa.
Ditakdirkan oleh Allah bergelar seorang ibu tunggal bukanlah alasan saya untuk merasa rendah diri. Ada hikmah disebaliknya dan hanya dia sahaja yang maha mengetahuinya. Dahulu saya tidak punya banyak masa untuk fikirkan tentang diri sendiri dan masa hadapan. Tetapi kini setelah hidup bersama dengan anak-anak, banyak perkara yang ingin saya capai dan jayakan. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih mempunyai keluarga, rakan-rakan dan juga anak-anak tersayang yang senantiasa memberi dorongan yang sepatutnya.
Selain daripada itu, saya juga ada sahabat-sahabat yang kenal secara online yang senantiasa ada aura positif dan sekaligus membantu menaikkan semangat saya setiap hari. Mereka ini saya kenal melalui satu kelompok kumpulan sokongan yang dinamakan Group Support Like /Komen.
Kumpulan ini adalah dibawah kelolaan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Fungsi utama adalah untuk bantu dan memberi sokongan antara satu sama yang lain. Bernaung dan bergerak bersama kumpulan ini hanyalah secara online dan menggunakan laman sosial Facebook sebagai medan utama untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru.
Memberi sokongan dan semangat dengan cara LIKE status ataupun posting sahabat dan sesekali KOMEN barulah kita tahu bahawa ada orang yang mengikuti setiap perkembangan diri kita ataupun perniagaan yang sedang kita jalankan.
Dengan membaca setiap newsfeed rakan-rakan secara automatik kita tidak akan pernah rasa rendah diri. Setiap hari semua rakan-rakan daripada group ini akan berkongsi tentang ilmu, motivasi ataupun tips-tips tentang bidang perniagaan. Segala perkongsian mereka walau hanya di Facebook sangat membantu saya untuk kekalkan semangat agar senantiasa hangat dan membara.
Alhamdulilah. Syukur saya kerana dapat berkenalan dan juga beramah mesra bersama mereka semua tanpa melebihi sempadan yang telah ditetapkan.
Semangat yang membara bersama Group Support Like/Komen telah membantu saya untuk sentiasa kekal positif walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Nota : Jika ada sebarang pertanyaan tentang group ini ataupun tentang Akademi Bekerja Dari Rumah, bolehlah hubungi saya seperti dibawah :
Sariah Awang Senik
019-4075634
sariah.awangsenik@gmail.com
Fb : Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment