Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Cepat sungguh masa berlalu kan. Rasanya baru sahaja nak sambut tahun 2016. Ini dah sambut tahun 2017. Biasanya cuti sekolah ini, tiada agenda istimewa yang saya selalu lakukan. Hanya fikir nak luangkan seberapa banyak masa yang ada bersama anak-anak yang semakin membesar dan juga ada yang bakal melangkah ke alam dewasa.
Kalau nak diikutkan saya selalu bayangkan nak bersama anak-anak habiskan cuti sekolah yang ada ditempat-tempat yang menarik.
Tapi mungkin tidak ada rezeki lagi. Mungkin saya perlu berusaha lebih gigih lagi untuk mereka berdua.
Anak bujang tersayang baru sahaja selesai peperiksaan SPM . Dan pada hari Isnin yang lepas pula, si anak dara tersayang sudah pun menjadi anak gadis.
Maka secara tidak langsung makin bertambahlah lagi tanggungjawab menjaga dan juga mendidik mereka berdua. Bukan sahaja barus dididik dari segi mental dan fizikal,malah lebih daripada itu. Dari segi sosial dan juga aspek keagamaan harus selalu dititik beratkan.
Yalah, bukan mudah menjaga si anak gadis ini. Nak dikongkong duduk dirumah juga, bukanlah satu perkara. Nanti menjadi seorang yang tidak pandai bercampur gaul bersama dengan rakan-rakan yang sebaya. Apa pun banyak aspek yang harus diambil kira.
Aspek kebersihan diri juga harus diambil kira.
Bagaimana menghadapi segala pergolakan emosi yang ada semasa sakit perut dan juga sebagainya.
Menjaga penampilan dan juga apa yang harus dilakukan setelah habis kedatangan haid. Perkara yang perlu diingatkan ialah, harus mandi wajib setelah bersih dari darah haid.
Memang bukan senang nak ajar dia semua perkara itu, Tapi sebagai seorang ibu yang selalu berusaha yang terbaik buat anak-anak tersayang, itu sudah menjadi suatu amanah Allah yang sangat besar dan sangat besar ganjarannya disisi Allah nanti.
Ingatkan, masih lambat. Rupanya belum mencecah 12 tahun dah pun menjadi anak gadis. Tapi dia sempat berpesan kepada saya supaya tidak memberitahu sesiapa. Dan saya juga mengingatkannya, perkara itu, bukanlah satu perkara yang memalukan.
Dan sebagai seorang wanita, semuanya harus dilalui. Apa pun syukur segalanya berjalan dengan lancar dan saya telah pun memberitahu si anak gadis apa yang harus dilakukannya.
Semoga dia menjadi seorang anak yang solehah dan tahu menjaga kedua ibubapanya.
Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment