Saturday, 1 March 2014

MARUAH SEORANG IBU TUNGGAL

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seseorang yang bergelar ibu tunggal. Apa yang terjadi di dalam sesebuah perkahwinan bukanlah dipinta sebaliknya takdir yang telah menentukan semuanya. Masyarakat kita pada hari ini terlalu mudah menghukum dan menilai seorang yang bergelar ibu tunggal. Banyak pandangan negatif yang selalu dilemparkan kepada ibu-ibu tunggal tanpa mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Ada sesetengah suka melabelkan seorang ibu tunggal adalah perosak kebahagian rumahtangga orang lain. Namun bukan semua ibu tunggal bersikap demikian. Memang tidak dapat dinafikan , wujud sesetengah golongan ibu tunggal yang suka mencari jalan mudah untuk menyara kehidupan seharian tanpa mengambil kira halal ataupun tidak mata pencarian mereka.  Seseorang ibu tunggal juga mempunyai hak untuk menentukan kebahagiaan mereka sendiri. Ada yang lebih suka menumpukan sepenuh perhatian membina kembali kehidupan bersama-sama dengan anak-anak yang ada.

Bagi mereka anak-anak adalah kekuatan mereka yang paling utama dan berusaha membesarkan kesemua anak-anak dengan menjadi seorang ibu dan bapa sekaligus. Tanggungjawab nya terlalu berat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal juga kesabaran yang kuat. Hanya doa dan harapan yang tidak putus yang senantiasa memohon kepada yang maha esa.

Sesetengah golongan ibu tunggal sanggup berkorban dengan melupakan kebahagiaan sendiri dengan mengutamakan kebahagiaan anak-anak adalah tunggak utama kebahagiaan di dalam kehidupan mereka. Percayalah  tiada wanita yang berkahwin dan kemudiannya bercerai. Dan kekadang sebuah perceraian itu terjadi bukanlah kehendak dan kemahuan wanita tersebut.

Mungkin seseorang wanita itu menjadi mangsa keadaan dan terpaksa akur dengan keputusan si suami dengan alasan yang selalu diberikan kepada seorang isteri bahawa hati dan perasaan suami sudah beralih arah.

Apalah daya seorang wanita yang terpaksa menerima semua keputusan pihak suami
walaupun bukan kehendak pihak si isteri.

Walau bertapa perit semua keputusan yang diterima seorang ibu tunggal terpaksa meneruskan kehidupan yang telah musnah bersama-sama dengan anak-anak dan menjadi perhatian masyarakat setempat di dalam melalui kehidupan seharian.

Kesusahan dan rintangan yang dilalui oleh seorang ibu tunggal tidak akan pernah melemahkan hati dan perasaan seorang ibu tunggal. Berkat kesabaran dan doa, insha Allah golongan ibu tunggal akan berjaya juga membina kembali kehidupan mereka. Malah ada golongan ibu tunggal yang mampu membina empayar perniagaan mereka sendiri. Kesabaran dan usaha di samping doa adalah kekuatan yang utama di dalam diri seorang wanita. Jangan mudah menyerah kalah dengan masalah yang di lalui oleh seorang ibu tunggal. Jaga diri dan maruah sebaik mungkin. Usah menagih simpati kerana itu hanya akan melemahkan jati diri seorang ibu tunggal.

Akhir kata percayalah melalui kehidupan sebagai seorang ibu tunggal tidak banyak bezanya dengan kehidupan insan-insan yang lain. Cuma golongan ibu tunggal diberi sedikit kelemahan untuk mengatur dan membuat semua keputusan. Wahai, ibu tunggal hargailah masa yang ada dan hadapi semua masalah dengan penuh tulus dan ikhlas. Moga berjaya semua ibu tunggal dan ceriakan selalu kehidupan anda.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

1 comment:

  1. ramai yg buat2 tak paham daripada turut memahami dan menghulurkan bantuan... walau apa pun penyebab ke tunggalan mereka itu.. mereka tidak meminta sebenarnya....semoga kita diberi kekuatan untuk saling bantu membantu, bukan saling label melabel..

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...