Wednesday, 26 February 2014

MENUJU SEBUAH KEJAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik

Setiap daripada kita pasti inginkan sebuah kejayaan dan juga kebahagiaan di dalan kehidupan. Tetapi untuk mencapai sebuah kejayaan perlukan terlalu banyak pengorbanan.

Displin diri dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan sesuatu bukanlah suatu perkara yang mudah. Apa sahaja masalah yang berlaku dan juga kesukaran menuntut banyak kesabaran di dalam mencipta sebuah kejayaan. Di dalam mengejar sesuatu yang diimpikan janganlah terlalu mengharap pertolongan daripada orang lain di dalam menyelesaikan masalah yang sedang di hadapi. Ada masa dan ketikanya kita boleh memohon pertolongan daripada orang lain tetapi janganlah hampir  setiap masa.
Kadang kala segala masalah dan dugaan harus di selesaikan secara bersendirian dan berusahalah di samping berdoa dan bertawakallah selalu kepada Allah SWT.

Kita sering mendengar orang-orang yang telah berjaya terpaksa melalui pelbagai masalah dan juga kesukaran, namun mereka tidak pernah merasa putus asa untuk bangun dan berjuang sekali lagi.
Itulah sebenarnga kekuatan orang-orang yang telah berjaya. Mereka tidak kenal putus asa dan senantiasa bersabar di dalam menghadapi segala cabaran.

Andai di kala dan saat ini segala usaha-usaha anda di dalam menuju sebuah kejayaan menemui kegagalan, janganlah cepat berputus asa. Bangkit dan berusahalah sekali lagi. Hadapi semuanya dengan penuh keikhlasan dan anggap apa yang gagal adalah sebahagian daripada suatu cabaran. Akhir kata janganlah pernah cepat berputus asa jika gagal mencapai kejayaan. Untuk mencapai sebuah kejayaan perlukan banyak pengorbanan. Insha Allah satu masa nanti kita akan berjaya juga. Amin.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...