Wednesday, 12 February 2014

SEGALANYA BERMULA PADA 40 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, bersyukur ku ke hadrat Allah SWt kerana masih di beri peluang untuk bernafas dan menjalankan segala tanggungjawab sebagai seorang ibu dan berusaha mendidik semua kedua anugerah dan amanah yang sungguh tidak ternilai ini. Kata orang " Life begin at fourty" mungkin ada kebenaran kata-kata yang tertulis namun sebenarnya banyak maksud yang tersurat disebalik ungkapan inggeris ini. 

Mungkin pada sesetengah orang usia 40 kehidupan seseorang itu telah pun stabil dan sudah hampir mencapai beberapa kejayaan namun bagi diriku usia 40 ini semakin terasa terlalu banyak kekurangan yang harus diperbaiki lagi. Ketika usia inilah barulah ada banyak peluang yang selama ini tidak ku sedari. Di dalam al-quran juga ada terdapat suatu cerita tentang usia 40 an. Seharusnya apabila usia sudah hampir mencecah 40 banyak perkara yang haru di ambil kira di dalam kehidupan seseorang insan.


Antaranya adalah pada usia ini lah seseorang sudah mencapai puncak kehidupan baik dari segi mental dan juga fizikal, intelektual , emosi dan juga spiritual. Di ketika inilah seseorang telah benar-benar berubah meninggalkan usia mudanya kepada usia dewasa yang sebenarnya. Kebiasaannya seseorang akan lebih berkeyakinan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Melalui pengalaman yang lepas mungkin inilah yang dikatakan hikmah di atas semua dugaan dan rintagan yang berlaku selama ini. Walaupun diri telah hampir beberapa tahun bergelar seorang ibu tunggal, namun secara jujurnya tidak pernah menyesali apa sahaja yang berlaku kerana setiap apa yang berlaku ada ganjarannya yang tersendiri.


Sebenarnya setelah melalui pelbagai episode kedukaan di dalam kehidupan ku ini, baru sekarang tanpa di sedari peluang terbuka satu persatu. Peluang untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan juga untuk mendalami dan mempelajari tentang agama yang suci ini secara lebih terperinci. Benar kata orang apabila sudah mencapai umur 40 maka sebagai hamba Allah dan umat ini, banyak pekara yang perlu peka dan yang paling penting perlu memperkukuhkan lagi kefahaman tentang kehidupan ini terutamanya tentang agama.
Akan tetapi jikalau masih juga leka dan tidak mahu berubah maka akan dikuatiri seseorang akan terus leka dengan hal-hal duniawi sahaja.
Seharusnya ku perlu lebih mempersiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan pada hari esok. Moga esok segalanya akan bermula dengan lebih baik lagi daripada hari semalam.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.

Kepada sesiapa yang masih lagi berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang akademi ini bolehlah menghubungi Anys Idayu Zakaria. Akademi ini menawarkan kursus yang boleh dipelajari secara online mengikut kesuaian masa anda. Antara kelas online yang dianjurkan ialah :
-Kelas online asas bina blog penulisan.
-Kelas online asas blog fanpage
-Kelas beriklan di mudah.my
-Kelas penulisan kreatif- bagi yang bercita-cita menulis cerpen dan kemudiannya novel
-Rakan niaga/Pengurus online akademi
-Kelas urus niaga akaun bisnes kecil

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online.
Bagi yang berminat untuk menyertai akademi ini bolehlah email: anysidayuzakaria@gmail.com ataupun whatshapp ; 0177912993
Anys Idayu Zakaria.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...