Monday, 10 February 2014

PENGHIJRAHAN

Teks : Sariah Awang Senik

Kata orang bukan mudah hendak membuat sesuatu perubahan. Lebih-lebih lagi jikalau perubahan itu melibatkan seluruh kehidupan harian . Di dalam sesebuah organisasi kekeluargaan yang berada di sekeliling kita pasti akan ada keluarga yang kehidupannya bahagia dan begitulah juganya sebaliknya.

Sesuatu penghijrahan adalah perlu di dalam kehidupan seseorang. Apa juga bentuk penghijrahan yang cuba di lakukan oleh seseorang manusia yang bergelar hamba Allah pasti melibatkan banyak faktor. Antaranya adalah:

- Faktor usia
- Mempunyai keluarga yang tidak bahagia
- Sudah terlalu lama berada di suatu tahap
- Tidak pernah mengecapi sebuah kebahagiaan.
- Kurang keyakinan diri
- Teringin hendak mencipta sebuah kejayaan hasil usaha sendiri

Hijrah memang memerlukan masa yang agak panjang. Bukan mudah untuk kita senantiasa mengekalkan sesuatu perkara jikalau diri kita sendiri yang tidak mahu berubah.

Kekuatan keimanan, kesabaran dan sifat rendah diri perlu ada di dalam kehidupan setiap insan.
Akhir kata jikalau penghijrahan itu membawa seribu satu macam dugaan, maka sedekahkan selalu surah Kusri, Al-fatihah dan sebagainya.

Ikhlas Dari Sariah Awang senik

2 comments:

  1. Terima kasih puan atas perkongsian ilmu. In shaa Allah, saya cuba melazimi Surah Al Khursi dan Al Fatihah untuk diri sendiri...

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah adalah ibu segala surah insha Allah senantiasa amalkan bacaannya di dalam setiap kegiatan harian kita.

    ReplyDelete

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...