Thursday, 6 February 2014

SIKAP MANUSIA

Teks : Sariah Awang Senik

Di dalam sesebuah masyarakat kita akan menghadapi pelbagai ragam dan bentuk perangai manusia yang berada di sekeliling kita. Secara sedar ataupun tidak hampir 99% sikap manusia yang berada di sekeliling kita , akan menpengaruhi setiap keputusan dan tindakan yang kita ambil. Sama ada ianya mendatangkan kebaikan ataupun sebaliknya hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya. Tetapi sebagai hamba Allah yang sentiasa cuba untuk berfikiran positif di dalam menghadapi apa jua bentuk permasalahan yang sedang berlaku memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Bukan mudah mempunyai sahabat-sahabat yang selalu berfikir negatif sementara kita sendiri ingin selalu fikir positif dalam menghadapi apa jua bentuk masalah yang sedang kita hadapi. Ketika sedang di landa masalah, pemikiran kita haruslah fokus pada apa yang kita inginkan selama ini. Contohnya , jikalau mempunyai hutang yang banyak, fikirkanlah cara terbaik untuk selesaikan semua tunggakan tersebut secepat yang mungkin. Kekadang sahabat yang berada di samping kita mungkin sengaja melemahkan kita dengan segala masalah yang melanda kehidupan kita. Berdoa senantiasa kepada yang maha esa moga kita senantiasa dilindungi daripada masalah dan juga moga hati dan perasaan kita senantiasa tetap pada yang maha kuasa. 

Sahabat yang berada di samping kita sekarang, mungkin adalah sahabat yang baik dan juga sebaliknya. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya apa yang tersurat di hati sahabat andai yang bersama kita sekarang.

Ketahuilah bukan mudah untuk senantiasa berada di dalam keadaan positif apabila menghadapi sesuatu keadaan yang merumitkan perjalanan kehidupan kita.
Tanamkan di dalam jiwa kita bahawa apa sahaja permasalahan yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri dan segala perasaan yang di hadapi anggaplah umpama iklan bergerak yang berada di kaca televisyen kita di rumah. Ingat banyak lagi kejayaan yang belum kita kecapi dan ingin kita capai. Adakah kita ingin mengundurkan hanya semata-mata masalah yang sedang membelenggu diri kita.

Setiap yang berlaku akan ada akhirnya. Begitu juga dengan segala kesedihan yang melanda di dalam diri kita. Jika kawan-kawan yang berada di sekeliling kita adalah hamba Allah yang negatif, positifkan diri kita senantiasa. Insha Allah segala aura positif yang berada di dalam diri kita akan mempengaruhi sahabat kita akhirnya nanti.

Doa adalah senjata yang paling utama di dalam menghadapi sikap manusia yang terlalu negatif. Jangan pernah putus berdoa setiap masa. Konsisten di dalam melakukan sesuatu pekara. Hargai setiap masa yang ada. Masa umpama wang terlalu berharga dan tidak akan berulang lagi. Hargai setiap detik yang indah yang berlaku di dalam kehidupan kita. Leka dan suka bertangguh di dalam melakukan sesuatu pekara adalah sifat yang boleh melumpuhkan segala apa yang di cita-citakan .

Akhir sekali, jangan melihat sesuatu masalah yang berlaku dari suatu pandangan sahaja. Lihat daripada banyak faktor. Tukarkan senantiasa yang negatf menjadi positif. Selalu berkata pada diri, aku mampu melepasi semua halangan ini.
Itu adalah mantera keajaiban yang mampu mengubah semua halangan dan juga rintangan yang kita sedang hadapi.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

--------------------------------------------------------------------------

         PROMOSI BARANGAN TERBAIK DARI LADANG!!!!!!!!


Bedak Arab
Bedak Tanaka
Ibu Putih
3 Barang Dengan Harga RM70



Dapatkan sekarang sementara stok masih ada. Jika berminat boleh whatshapp ataupun wechat saya Sariah 019 4075634.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...