Wednesday 26 February 2014

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Teks ; Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, moga semua pembaca blog di luar sana sihat walafiat semuanya. Mungkin sekarang ramai di antara kita sedang sibuk memperkatakan tentang wang BRIM . Apapun jikalau ada rezeki kita insha Allah.

Untuk pengetahunan semua tentu ramai di antara kita yang sedang merancang untuk bekerja dari rumah sambil menguruskan rumahtangga. Secara jujurnya saya sendiri baru sahaja mengenali akademi ini dan tidak terlintas langsung untuk menyertainya. Mungkin suatu kebetulan salah satu latihan di dalam akademi ini adalah belajar buat blog dan secara tidak langsung kita harus serba sedikit belajar menulis. Memang sejak di bangku sekolah lagi saya memang minat mencoret tentang apa sahaja di dalam diary kecil saya. Apa sahaja yang berlaku setiap hari saya catat di dalam diary saya. Pada mulanya saya tidak terfikir yang pengalaman hidup yang di alami selama ini bakal jadi suatu perkongsian kepada orang lain.

Untuk pengetahunan semua segala kursus yang di anjurkan di akademi ini adalah diadakan secara online dan mengikut kesuaian masa yang kita ada. Dengan mempelajari blog secara lebih konsisten , produk yang kita ada boleh dipasarkan menerusi setiap entri baru yang kita terbitkan hampir setiap hari.

Apabila sudah menamatkan 44 entri yang perlu di selesaikan oleh semua pelajar, para pelajar tersebut boleh menjadi rakan kongsi akademi dan bakal melatih para pelajar baru.yang lain.

Di akademi ini juga ada juga di sediakan suatu ruangan khas untuk memaparkan dan memasarkan segala produk yang ada. Terdapat banyak kelebihan dengan menyertai akademi ini. Mungkin kita patut membuka minda dan hati kita untuk pelajari sesuatu yang baru.

Segala-gala yang kita pelajari di akademi ini adalah amat berguna dan tidak menganggu tugasan harian kita. Apa pun selamat datang kepada para pelajar yang baru dan senantiasa pastikan anda menulis secara lebih konsisten.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...