Wednesday, 12 February 2014

SEHELAI SELENDANG UNGGU

Teks : Sariah Awang Senik

Pagi ini cuaca terasa nyaman sekali. Kulihat anak dara sedang sibuk bersiap-siap hendak ke sekolah. Mood dia pagi ini nampaknya ceria sangat. Syukur ku ke hadrat Allah kerana segala yang di rancang berjalan dengan lancar.
Selesai tugas ku menghantar anak ke sekolah , aku meneruskan aktiviti harian ku dirumah seperti biasa.

Daripada mengemas hinggalah memasak semua tugasan ku selesaikan sendirian. Ketika ku sedang sibuk menjemur pakaian ku di luar rumah, kelihatan 2 ekor anjing jiran ku berada di luar kebiasaan. Kebiasaannya kalau jiran ku tiada di rumah, dia mengikat kedua ekor anjing tersebut. Walaupun begitu anjing jiranku
amat jinak sekali kalau bersama aku dan juga anak-anakku. Dia tidak pernah mengigit ataupun mengejarku malah akan selalu menghantar aku dan anak separuh jalan kalau aku pergi ke kedai berhampiran. Nasib dia seekor anjing kalaulah dia seekor kucing sudah lama aku belai dan manjakannya.

Nampaknya anjing jiranku seronok berkejar ke sana dan sini dan aku masuk ke rumah untuk meneruskan kembali aktiviti harian ku. Tepat jam 12.45 tengahari anak dara aku pun pulang dari sekolah. Dari jauh ku sudah terdengar suaranya yang memanggil " Ibu, ibu , cepat keluar, Didi pakai selendang ibu. Aku terkejut tetapi terasa lucu pun ada. Hendak marah, pasti dia tidak memahaminya kerana dia cuma seekor anjing. Apabila keluar rumah ku lihat anjing Didi dengan mata terkebil-kebil memandang ke arah aku dan anak sekali. Nampaknya Didi terasa sekali apabila tudung tu dah berada di atas kepalanya itu. Anak dara aku ketawa terbahak-bahak melihat muka Didi yang selamba itu. Mia berkata lagi " Comel la ibu , Didi pakai selendang " anak aku kata mungkin Didi tumpang berteduh sahaja. Lalu.angin bertiup maka selendang iti pun jatuh ke atas kepala Didi

Apa pun Didi nampak selesa bila selendang tersebut jatuh di atas kepalanya itu. Mungkin.dia merasa panas sangat.

Hakikatnya biarpun cuma seekor anjing tetapi dia dapat merasai segala kasih dan sayang seorang yang bernama manusia. Hanya manusia sekarang yang semakin hilang rasa kasih dan sayang.

Ikhlas Dari Sariah Awanh

1 comment:

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...