Teks : Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, rasanya sudah terlalu lama tidak menulis di ruangan kesayangan ini. Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada deman dan juga sakit, tetapi kerana minat dan semengat saya teruskan juga coretan yang tidak seberapa ini. Sebenarnya pada cuti hari raya Cina yang lepas , saya telah pulang ke kampung halaman saya untuk menjenguk kedua orang tua saya dan juga menghadiri kenduri kahwin sepupu lelaki saya.
Memang sudah agak lama saya tidak pulang ke kampung dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan juga hal-hal yang lain.
Saya bersyukur kerana kedua orang tua saya sihat alhamdulilah .
Begitu juga dengan semua saudara mara saya.
Keadaan di kampung halaman tidak banyak berbeza. Banyak kawasan perumahan sedang giat di bina sana dan sini. Apa pun saya tahu yang kampung halaman saya sedang di landa arus permodenan.
Semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu lelaki saya, saya berpeluang bertemu dengan semua saudara mara sebelah emak dan juga arwah ibu saya. Arwah emak memang sudah lama meninggalkan saya dan juga adik-adik tetapi hubungan kekeluargaan tetap erat sampai lah sekarang. Adik beradik sebelah emak sekarang hanya tinggal 2 orang sahaja. Iaitu mak Cu dan juga mak Anjang saya. Mereka berdua adalah adik-adik kepada arwah emak.
Sekarang mereka berdua semakin tua dan menghidap penyakit kencing manis dan juga darah tinggi. Kekadang risau juga sebab saya bukan selalu berjumpa dengan mereka.
Kalau memang saya balik ke kampung selalunya saya akan singgah menjenguk mereka.
Susana majlis perkahwinan sepupu saya semuanya berjalan dengan lancar sekali. Bila semua tetamu sudah pulang, yang tinggal hanyalah saudara mara dan juga sahabat andai. Di ketika ini lah bermacam cerita dan juga isu yang selalu di bincangkan sesama saudara mara.
Lewat petang setelah semuanya selesai, saya dan juga adik
beradik saya meminta izin untuk pulang. Selepas ini saya tidak pasti bila akan bertemu dengan mereka lagi. Doa saya semoga semua saudara mara sihat belaka dan bahagia di samping tersayang.
Ikhlas Dari Sariah Awang Senik
--------------------------------------------------------
Jika berminat mempelajari dan mengetahui tentang lebih lanjut tentang akademi ini boleh sahaja menghubungi saya Sariah 019 4075634 dan juga boleh wechat dan juga whatshapp saya.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment