Teks : Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, hampir setiap hari diri kita di duga dengan pelbagai masalah dan cabaran kehidupan, namun sebagai hamba Allah yang lemah dan serba kekurangan ini segala -gala yang berlaku harus hadapi dengan redha dan pasrah.
Apabila telah melalui berbagai kesusahan ternyata kita selalu memikirkan jalan penyelesaiannya. Selalunya kita akan memikirkan cara untuk selesaikan sesuatu masalah dengan cara yang paling baik dan tidak menyakiti mana-mana pihak yang lain.
Apabila segala masalah yang di hadapi telah selesai barulah kita boleh menarik nafas lega dan meneruskan segala usaha-usaha yang lain. Namun kekadang kita harus merasa kasihan kepada diri kita sendiri. Jika sesuatu usaha yang sedang di kerjakan menemui jalan kegagalan jangan cepat berputus asa. Anggap segala kegagalan yang berlaku bagai suatu cabaran di dalam mengejar impian dan juga cita-cita yang selalu di angan-angankan. Jangan menzalimi diri anda sendiri memikirkan hal-hal yang langsung tiada kaitan dengan impian yang sedang anda bina sekarang. Ketepikan semua perkara yang menganggu pemikiran anda. Fokuskan kepada apa yang anda selalu impikan.
Kesalahan yang terbesar di dalam kehidupan seseorang yang sedang mengejar ataupun membina sebuah kejayaan adalah takut kepada sebuah kegagalan dan kurangnya keyakinan di samping sibuk membandingkan diri sendiri dengan orang lain di sekeliling anda. Percayalah setiap hamba Allah yang hidup di muka bumi sudah tertulis segala suratan yang telah pun tertulis sejak di dalam rahim seorang ibu lagi.
Jika suka berkhayal sekarang sudah tiba masanya untuk hidup menghadapi semua kenyataan. Seharusnya kita menikmati segala detik yang di cipta di dalam menuju sebuah kejayaan.
Walau bertapa banyak kegagalan dan penderitaan namun suatu masa nanti kita akan juga berpeluang menikmati kejayaan kita sendiri yang sering kita angan-angankan selalu. Percayalah pada diri dan jangan pernah berhenti berdoa kepada yang satu.
Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment